BAB 40

8.3K 207 1
                                    

Qaisara menarik bekas garam ke pinggannya. Satu sudu kecil garam dimasukkan. Barulah sedap! 😋

Zafran memandang mama sya yang tersenyum memandang qaisara. Dia menggelengkan kepala. Pelik. Kenapa mama sya tak larang?

"Sorry ma. Tapi lauk ni tawar la.", kata qaisara dengan muka selamba. Kesemua mereka tersedak kecuali mama dan papa.

"Ye ke? Hm, mungkin mama dengan papa dah tua. Dah tak rasa dah tawar ke apa. Asalkan makan je. Tambah la garam tu kalau nak.", puan marsya melayan anaknya. Papa pula tak berhenti tersenyum.

"Kenapa papa dengan mama senyum bila ara tambah garam? Kan masin? Bahaya la. Hm, hari tu zafran dah cuba larang. Tapi dia marah. Lepastu dia merajuk, katanya zafran nak kutuk masakan dia.", kata zafran selesai makan. Sengaja dia tak bercakap tentang qaisara didepan qaisara.

"Hm, kalau kamu nak tahu mama sya ni dulu lagi teruk. Semua dia tambah bahan perasa. Lepastu garam 4 atau 5 sudu. Huh! Semua makan berkerut. Ni turun dekat ara la ni. ", jawap papa. Zafran menganggukkan kepala tanda faham. Tiba-tiba sahaja papa ketawa.

"Hahaha.. papa teringat lagi masa first dia mengandung. Papa order la makanan dekat luar. Lepastu mama boleh sound pekerja tu. Dia kata tawar. Tak ada rasa. Bila orang tu datang periksa, semuanya ok je. Nasib baik mengandung. Kalau tak dah mengamuk dah tuan kedai tu.", mama mencubit tangan papa bila cerita lama yang memalukan tersebut diputar semula.

Zafran ketawa dan menganggukkan kepala tanda faham. Zafran terkejut bila qaosara berdiri disebelahnya dengan muka masam.

"Eh sayang.",

"Bie mengadu dekat mama kan? Dah la. Ara tak nak masak dah. Kalau nak makan pergi masak sendiri!", tangan zafran dipukul geram. Dia melangkah laju tinggalkan zafran dibelakang.

"Tak sayang. Mana ada bie mengadu. Dengar dulu. Jangan macam ni please. Jangan jalan laju sangat. Nanti jatuh!", zafran terus mengejar qaisara ke dalam bilik.

"Tadi bie tanya papa dengan mama kenapa dorang tak larang sayang dari tambah garam. Err, masin sangat tu...", terang zafran ragu-ragu. Takut kalau tersalah cakap. 

"Tawar la.",

"Hahaha. Papa kata sayang dengan mama sama masa mengandung. Dua-dua macam hilang deria rasa.", sambung zafran. Pipi tembam qaisara dicubit.

"Ye ke? Laaa. Sorry bie. Sayang tak tahu pula pasal benda ni. Kesian bie makan benda masin, lepastu pahit.. emm, manis.. lagiii..", qaisara cuba untuk fikir semua jenis deria rasa.

"Hahaha.. tak apa lah. Semua ni kan sebab baby. Bie terima je.", zafran menukar ke tshirt nipis. Qaisara pula hanya memandang zafran. Sejak mengandung, qaisara selalu menyuruh zafran supaya selalu pakai baju. Kalau tak nanti bau peluh. Sensitifnya hidung dia sekarang. Huhu

"Apa pandang-pandang? Rindu six pack bie la tu. Huh. Hari tu dia yang tak bagi bie tayang six pack. Lepastu nak pandang-pandang pula.",

"Biarlah orang nak pandang pun. Nak sentuh pun boleh kan?", qaisara bangun dan terus memeluk zafran dari belakang. Zafran tersentak terkejut dengan tindakan qaisara yang tiba-tiba manja.

"I miss you", mukanya dirapatkan ke belakang badan zafran. Agak terseksa sebenarnya dengan perut yang besar dan tangan yang pendek nak peluk badan sasa suaminya tu.

"I miss you too.", tangan qaisara dibawa kemulutnya. Kemudian dia memandang qaisara. Perut qaisara dicium.

"Umi kata dia rindu babah la baby!", usik zafran. Qaisara memukul tangan zafran. Nakal!

"Nak malu-malu pula sayang ni. Dah, jom tidur.", zafran mendukung qaisara ke katil. Zafran selalu tidur dalam keadaan memeluk qaisara sambil tangannya mengusap perut qaisara.

Zafran mula faham kenapa qaisara selalu suruh dia pakai baju masa tidur. Bukan sebab bau. Tapi sebab tak sanggup dipeluk dengan badan yang melekitnya tu. Dia tersenyum bila terbayang bayi yang akan dilahirkan lagi 2 bulan.

Katakan,
Kata padaku.

"Nak kata apa?",

Kitakan bersama harungi semua, darling 😉

"Ye la bie. Sakit perut sayang bila bie nyanyi. Hehehe", gurau qaisara saja mengusik zafran yang sedang menyanyi sambil bermain dengan telefon.

"Em, tahu la suara dia sedap. Suara kita tak. Merajuk la macam ni.",

"Baru tadi kata nak harungi semua bersama. Belum apa-apa dah nak pergi. 😣", telefon zafran ditarik. Whatssap zafran dibuka dan satu persatu dilihat.

"Bie, hari tu ara ada terbaca satu berita pasal haiqa.", langkah zafran terus terhenti.

"Haiqa terlepas dari penjara. Kan?", dia terus menaip berita tersebut dalam telefon zafran untuk dapat kepastian.

"Jangan main-main sayang.", dia kembali pada qaisara. Berita yang dicari dibaca dengan fokus.

"Oh, bukan terlepas. Tapi ada orang lepaskan. Hm, apalah masa depan dia nanti. Kesian dia.", qaisara memandang zafran.

"What?! Kesian? Sayang ni kenapa?! Dia dah buat macam-macam dekat sayang. Sayang masih nak kesian dekat dia? Sepatutnya dia kena penjara seumur hidup tahu?! Apa sayang ni? Dah! Bagi fon bie.", amarah zafran tiba-tiba menaik. Geram dengan sikap qaisara yang cepat sangat rasa kesian.

Zafran berjalan dengan laju ke dalam bilik. Qaisara pula masih terpaku.

"Sayang~~",

"Emm..", selimut ditarik menutup muka.

"Sayang, bie risaukan sayang je tadi. Sorryla. Bie tak sengaja termarah sayang tadi. Bie cuma pelik dengan sayang yang masih kesian dengan orang yang dah anaiya sayang. Cuba kalau dia bertindak lebih ganas. Nak buat benda lagi jahat ke? Haa.",

"Astaghfirullah. Bie, tak baik tau. Mana tahu kalau dia berubah ke? Hati manusia ni seumpama kerak nasi yang bila direndam akan lembut semula.",

"Ok. Ok. Dah la. Kita berhenti cakap pasal haiqa ye sayang? Cuma bie nak ingatkan hati-hati kalau dia datang spa atau terjumpa ke apa.", qaisara terus duduk memandang zafran. Dia tersenyum. Muka zafran dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Dahi zafran dicium.

"Baiklah my honey bunny, handsome, buchuk, manja.. emm...", zafran membalas dengan ciuman 💋

Terkejut qaisara dibuatnya.

"Love you.",

*****
Spa qaisara semakin membangun. Masalah yang dia tanggung sebelum ini dah stabil. Pelanggan pun semakin ramai yang memberi sokongan pada qaisara. Pelanggan dan pekerjanya juga sudah tak sabar menunggu bayi qaisara dilahirkan.

Malah, setiap kali zafran datang pasti ramai yang akan kata mereka sweet dan comel.

"Maaf, tapi cik tak dibenarkan masuk. Cik tolong jangan ganggu spa ni. Tolong. Cik pergi dari sini!cik tak dibenarkan masuk!",

"Aku nak jumpa qaisara!",

"Kenapa bising-bising ni?",

"Saya nak jumpa qaisara.", bunyi bising tadi terus reda. Suara yang melawan meminta dibenarkan masuk terus menjadi lembut. Gaya wanita itu juga lain. Sungguh ayu dengan tudung yang menutup dada, baju longgar. Sama seperti penampilan qaisara.

"Kita jumpa dekat luar ya? Saya ambil barang sekejap.",

"Yang lain boleh sambung buat kerja", sambung qaisara.

"Hati-hati ya puan.", qaisara membalas dengan senyuman dan anggukan.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now