"Mama, ara dah jumpa kedai. Esok qaisara dah janji untuk jumpa dengan owner tu.", kata qaisara teruja. Misha yang berada didalam dukungan mama sudah bertukar tangan. Muka bayi tersebut sudah menjadi sasaran ciumannya.
"Alhamdulillah. Tapi jangan gembira sangat. Esok kamu pergi tengok dulu kedai tu, dan buat keputusan.", mama mengusap rambut qaisara lembut.
"Ok Mama. Emm, qaisara pergi tasik sekejap ye. Kalau boleh nak bawa misha sekali. Boleh ma?", pinta qaisara. Dan mama mengizinkan.
Qaisara duduk dibangku yang terdapat ditepi tasik sambil mendukung misha. Misha seorang bayi yang sangat baik. Dia tak selalu menangis kecuali bila ibunya sendiri mendukung. Apa yang shima buat dekat bayi yang tak bersalah tu pun tak tahulah.
"Qaisara! Eddy main bola tak malam ni?", soal kawan eddy dari seberang tasik. Qaisara hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia memang jarang bercakap dengan lelaki kecuali ahli keluarganya. Bukan lelaki sahaja, dengan sesama perempuan juga jarang.
*******
"Zapp" langsir bilik mandi ditutup dan ditahan dengan kuat dari luar. Qaisara yang sedang mengambil wudhuk didalamnya terus terkejut dan memandang ke belakang.Seorang perempuan sedang memandang qaisara dengan seribu maksud. Qaisara takut kerana dia pernah terdengar cerita dari senior tentang 'lesbian' yang suka menyerang mangsa didalam bilik mandi. Dia bersandar ke dinding bilik dan mencari idea untuk lari.
Perempuan tersebut cuba untuk memeluk qaisara. Qaisara terus menjerit dan tepis tangan perempuan tersebut. Dia tahu, usahanya menjerit dan meminta tolong hanya sia-sia. Qaisara terpaksa bertindak kasar. Dia menampar perempuan tersebut sekuat hati dan berlari keluar.
Tapi malangnya langsir tersebut sedang ditahan oleh seorang lagi perempuan dari luar. Qaisara tak perasan tentang langsir tersebut terus termasuk kedalam pelukan beralaskan langsir. Dia melawan semahu-mahunya sehingga badannya lemah. Dia semakin lemas berada didalam langsir. Kalau langsir dibuka, dia perlu berurusan dengan dua orang sekali gus.
Qaisara terdengar tapak kaki seseorang di luar tandas. Pintu tandas dibuka. Pelukan tadi terlepas kerana terkejut akan kehadiran seorang senior. Qaisara yang lemas terus pengsan.
Dia trauma dengan kejadian yang berlaku pada tahun pertamanya di asrama. Puan marsya, mama qaisara membuat keputusan untuk qaisara keluar dari asrama. Akhirnya, papa mendapat kerja di tempat lain dan mereka berpindah ke sini sehingga sekarang.
*****
"Abang farid--- tiga tahun abang hilang. Macam-macam jadi dekat kami.", kata qaisara sambil memandang tasik. Tasik tersebut merupakan tempat untuk qaisara dan abang farid meluangkan masa. Hanya abang farid,mama, eddy dan qaisara sahaja tahu."Kalau macam tu. Biar eddy tinggal dengan kami. Dia dengan farid anak susuan saya. Jadi, tak ada yang bukan mahram dalam rumah along.", kata papa dengan tegas. Papa memang tak mahu kehilangan eddy seperti farid yang entah hilang kemana tiga tahun lepas semasa mengikuti askar yang ingin membebaskan syria
"Angah bukan tak bagi eddy ni duduk dengan along. Tapi, angah ada hak untuk jaga dia.", balas ayah eddy pula.
"Kamu tinggal dengan isteri baru. Isteri kamu ada anak perempuan yang bukan semahram dengan dia. Kesianlah dekat mereka.", pujuk papa. Eddy yang berada di tepi hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak berkata apa.
"Eddy, ayah nak kamu tahu. Ibu meninggal bukan sebab ayah. Ibu meninggal sebab kekurangan air dalam badan masa kamu bayi lagi. Sebab tu ayah minta tolong mak long.", terang ayah eddy.
Eddy memandang ayahnya. "Eddy tahu. Ayah dah banyak kali bagi tahu. Eddy pun dah baik dengan semua orang. Ayah tak perlu risau.",
"Kamu tinggal lah dengan paklong. Nanti apa-apa cakap dekat ayah. Ayah boleh belikan apa sahaja.", kata ayah eddy sambil memeluk anaknya. Hanya eddy seorang sahaja anak dia dengan arwah. Betapa beratnya hati dia ketika itu.
Eddy sudah bersiap untuk pergi ke padang. Dia ternampak pintu shima yang terbuka sedikit. Pelik. Pintu bilik itu tak pernah di biarkan terbuka. Eddy menghampiri bilik tersebut dan ternampak misha diatas katil seorang diri. Bayi itu dalam keadaan yang tidak terurus. Tanpa stokin dan sarung tangan.
Eddy terus mendukung misha dan dibawa kebawah. Qaisara yang ingin naik keatas terus berhenti menghadap eddy yang kelihatan marah. " kau nak ikut aku pergi padang tak? Kau boleh duduk kat tasik. Permandangan malam ni macam cantik. sebab banyak bintang.", soal eddy.
"Petang tadi aku baru pergi dengan misha. Ni kenapa ni? Mana stokin dengan sarung tangan misha?"
"Haa. Kau tahu lah kakak kau tu kan.", eddy meneruskan berjalan kearah shima yang sedang menonton tv dan ketawa terbahak-bahak.
"Lawak sangat ke cerita tu?", soal eddy. Shima menjeling. Dia tahu agenda sebenar eddy.
"Kau dah tahu sebab apa aku datang sini kan? Dah tu tak reti nak ambil anak kau ni?," Eddy menahan marah. Telinga sudah memerah. Qaisara segera turun ke bawah dan mengambil misha. Takut-takut kalau eddy terjerit disebelah telinga misha.
"Kau jangan masuk campur, qaisara. Tak payah nak buat baik sangat dengan kakak tak guna kau ni.",
"Dah la ed. Kau kata nak main bola.", pujuk qaisara.
"Ah! Kau pergi la main bola sana! Dah ara nak jaga budak haram ni. Biarla dia jaga!", jerit shima tiba-tiba. Qaisara terus mengambil misha. Risau betul jika mereka menjerit atau terbuat apa-apa pada bayi itu.
"Anak haram ke kau yang haram?! Dah. Aku nak nanti qaisara bagi tahu aku yang kau dah uruskan anak kau tu."
"Kau bagi misha dekat mak dia sekarang. Nasib baik la nama mak sama dengan nama anak. Kalau tak, dia memang tak kan mengaku budak ni anak dia.", kata eddy lagi.
Qaisara menggelengkan kepala. "Kak, kesian misha ni. Dia nak akak layan dia manja macam ibu lain layan anak dia. Dia tak berbapa macam orang lain,kak.",
Shima langsung tak bergerak. Matanya masih pada kaca tv. "Tak ada mood aku malam ni. Bagi sini budak tu.", shima menghulurkan tangannya. Qaisara tahu, dari sudut hati kakaknya masih ada rasa sayang dan kesian pada misha.
"Qaisara tak ikut kau ke malam ni?", soal kawan eddy.
"Ha'ah, permandangan malam ni cantik. Mana tahu dapat date dengan dia.", kata seorang lagi sambil menjongketkan kening.
"Dia jaga anak. Dah jom start game.", balas eddy . Malas melayan. Kesemua mereka terdiam kecuali azam. Azam tahu anak siapa. Dia juga tahu siapa bapa bayi tersebut.
Qaisara terdengar satu suara sedang menyanyikan lagu didalam bilik shima. Sungguh perlahan dan mendayu.
Dalam pukul 1, qaisara mengintai kedalam bilik. Alhamdulillah, Kak shima sedang memeluk misha. Nampaknya pujukan qaisara menjadi. Malam itu, langsung tiada tangisan dari misha. Kentang bila direbus pasti menjadi lembut. Inikan hati manusia.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...