Sejak kedai spa qaisara dibuka. Qaisara sudah jarang pulang. Eddy dan kak shima juga susah nak mengajak qaisara makan bersama. Malam pula qaisara sering menelefon mama atau papa untuk memberi tahu sama ada dia balik rumah atau tak.
"Assalamualaikum. Mama, papa qaisara rindu semua.", kata qaisara semasa melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana rumahnya kedengaran meriah. Mungkin ada tetamu.
"Waalaikummussalam. Qaisara duduk sini. Kita ada tetamu.", kata mama. Semua tetamu tersenyum memandang qaisara. Qaisara hanya membalas senyuman kerana kesemua mereka ialah lelaki. Diantara mereka ialah azam yang berbalut kerana kemalangan tempoh hari.
"Maaa. Ara penat la. Ara naik rehat sekejap ye. Sorry semua.", qaisara memberikan tunduk hormat pada semua seperti orang korea.
"Qaisara. Dah lama tak nampak. Dia tak sihat ke? Muka dia pucat. Pipi pau dia pun dah cekung.", bisik hati zafran yang baru keluar dari bilik eddy. Mereka bertembung sekejap tapi mungkin qaisara tak perasan kehadirannya.
Lama qaisara berehat. Bila dia membuka mata, langit diluar sudahpun berwarna hitam dan dihiasi bintang. Mujur qaisara ABC. Kalau tak mesti sudah kelam kabut. Rumahnya tidak se meriah tengah hari tadi.
"Sayang dah bangun? Lamanya tidur.", tegur mama yang sedang bersandar pada sofa. Qaisara hanya tersenyum lemah. Mama memegang tangan qaisara lembut. Kepala qaisara dilentokkan ke bahunya.
"Sayang nak makan apa? Mama masak sekejap. Mama tengah rindu nak makan dengan ara ni", kata mama teruja. Risaunya dia dengan qaisara yang kelihatan lemah.
"Ikan keli sambal hijau boleh ma?", soal qaisara. Mama mengangguk dan terus kedapur.
Eddy, kak shima dan papa turun ke dapur untuk teman qaisara. "Bukan senang nak jumpa dengan usahawan muda ni", usik eddy. Mereka semua ketawa.
"Ara. Hujung bulan ni akak dah nak kahwin. Alhamdulillah orang tu ayah kandung misha.", kata shima teruja. Dari mukanya tampak sanat gembira.
"Ayah kandung misha? Maksud akak orang tu nak ambil tanggungjawab dia balik? Bagus la tu. Patut la berseri-seri muka akak.", jawab qaisara. Rasa terkejutnya cuba disimpan bila melihat riak wajah kak shima yang gembira.
"Sekurang-kurangnya lelaki tu nak pegang tanggungjawab dia balik", qaisara cuba melembutkan hatinya. Mungkin sebab terlalu penat yang membuatkan dia sedikit emosi.
Kak shima menundukkan mukanya. "Ara tak suka ke?", soalnya tiba-tiba.
"Eh! Mana ada. Ara bersyukur sangat. Mana ada tak suka. Hujung bulan ni ye?", kata qaisara. Serba salah pula bila kak shima tanya macam tu. Muka qaisara menunjukkan riak tak suka ke?
Shima menganggukkan kepala. "Jap! Hujung bulan ni? Dua minggu lagi la kan? Ya Allah. Cepatnyaaaa", baru qaisara perasan tarikh hari ni. Mereka semua ketawa melihat reaksi qaisara. Mamai ke budak ni?
"Akak nak mandi bunga tak? Mandi susu ke? Untuk naik seri. Ara bagi free.", cadang qaisara. Dia juga teringin untuk luangkan masa dengan kakaknya.
"Tak pe la. Tadi ara kata muka akak dah berserikan?", seloroh kak shima.
Esoknya shima datang ke spa qaisara.
*****
Hari ni zafran kelihatan suka termenung. Teringatkan apa pun tak tahu.Pap!
"Astaghfirullah hal'azim. Papa. Kenapa tak ketuk pintu dulu. Terkejut fran", zafran mengurut dadanya yang berombak laju.
"Ketuk pintu?! Papa dah ketuk banyak kali. Dah bagi salam. Dah call. Kamu nak apa lagi? Papa masuk pejabat kamu, kamu tengah termenung?!", tuan ammaruddin membebel panjang. Zafran tertunduk malu.
"Hehe. Ye ke? Sorry. Kenapa papa nak jumpa fran ni?", soal zafran.
"Bulan depan mama nak bawa anak dato' datang rumah lagi. Kalau kamu tak nak jumpa dengan anak kawan mama tu. Pergi balik kampung. Papa benarkan. Nanti papa cakap dekat mama yang kamu kena pergi outstation last minit.", cadang papa. Papa yakin kedatangan kawan isterinya itu akan memaksa zafran untuk berkahwin. Mulalah nanti isterinya nak buat ayat sentap dekat zafran. Kamu tak sayang mama? Kamu nak mama mati dulu baru nak kahwin? Jangan jadi anak derhaka.
"Bulan depan? Zafran ok je. Rindu pula dengan nenek. Tapi, kalau zafran nak bawa eddy dari department papa tu boleh?", zafran membuat muka comel.
"Dah tu siapa nak uruskan kerja dia?", soal papa cuba membantah. Zafran masih merayu.
"Iye lah. Iye. Buruknya muka.", akhirnya tuan ammaruddin mengalah. Zafran tersenyum. Dia terfikir bercadang sesuatu bersama. Bukan berdua. Tapi bertiga. Yup, bertiga.
"Tapi, hujung bulan ni shima kahwin. Tak pe kot. Just try. You can do it zafran!", zafran menjerit dalam pejabatnya.
"Ehem. Maaf boss. Tadi tuan ammaruddin yang bagi saya masuk. Err..", kata seorang pekerja yang membawa fail.
"Erk. Awak dah dengar ke semua tu?", soal zafran gagap. Pekerja tersebut mengangguk takut. Zafran berdehem. Bajunya dibetulkan sikit untuk mengawal rasa malunya.
"Nanti masa keluar tutup pintu rapat-rapat. Bagi tahu cik suha yang saya tak nak jumpa sesiapa hari ni." Kata zafran. Dia tersenyum sendiri.
Hari yang akan datang sudah dibayang oleh zafran. Bukannya takut pada mama. Tapi teruja dengan cadanganya sendiri. "Terima kasih papa!"
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...