BAB 8

8.1K 286 2
                                    

Alhamdulillah. Semua majlis akad nikah shima dan azam selesai dengan baik. Langsung tiada aral melintang. Perjalanan masa yang diatur berjalan dengan baik.

Majlis mereka tak dibuat secara besar-besaran. Cukuplah 4 canopi, tempat makan pengantin, tempat bergambar dan makanan. Kenduri tersebut hanya kenduri kesyukuran. Kak shima tak nak kendurinya terlalu meriah. Baginya dia tak layak. Dia juga malu.

"Berangan tengah kahwin ke?", bisik seseorang dari belakang. Qaisara yang terkejut terus memandang ke arah suara tersebut. Dia bergerak beberapa langkah kebelakang kerana Zafran terlalu dekat dengan dirinya.

Qaisara menjeling kearah zafran. Rimas. Geram. Atau malu? Dia terus pergi ke meja makan

"Mata tu jeling siapa?", soal papa tiba-tiba. Eddy setia berdiri disebelah papa sambil mengejek qaisara.

"Mana ada sesiapa pa. Adeh. Eddy!", qaisada tergigit lidahnya kerana menipu. Dia geram bila Eddy masih lagi menggaggu. Papa hanya menggelengkan kepala.

Qaisara seorang yang tak boleh menipu. Kalau dia menipu, mesti lidahnya menjadi mangsa tergigit.

Qaisara membantu maksu dan lain-lain menghidang makanan. Qaisara pula ditugaskan untuk menyusun cawan yang berisi air ke atas meja VIP.

"Tumpang tanya pakcik. Ni kenduri siapa ya?", soal sorang lelaki yang berpakaian kemas dan bertopi menutup hampir seuruh mukanya. Qaisara memandang kearah suara tersebut.

"Ni kenduri kahwin shima. Anak ni siapa?", jawab pakcik tersebut. Qaisara masih memerhati. Bentuk badan lelaki tersebut yang tegap dan sado macam pernah dia nampak. Perbualan mereka tak lagi kedengaran.

Ting!
'Dah kahwin? Tahniah shima 😳', qaisara membaca mesej yang masuk ke dalam telefon bimbit kakaknya. Dia ditugaskan memegang telefon tersebut untuk menjawap sebarang panggilan. Takut nanti ada yang menggaggu majlis pernikahan.

"Siapa ni? Macam pernah nampak nombor ni. ", terus qaisara membuka telefonnya dan mengenalpasti nombor tersebut. Yes, nombor yang sama. Nombor itu jugalah yang pernah mesej qaisara. Mesej yang dia terima semasa bersama zafran sementara menunggu eddy.

'Terima kasih. Ni siapa ya? Datanglah makan dekat kenduri kesyukuran ni.", balas qaisara. Lama dia menunggu tapi langsung tiada jawapan. Dia terfikir tentang lelaki tadi. Ada kena mengena dengan lelaki tu ke?

Malam itu azam membuat keputusan untuk membawa kak shima pindah ke rumah kondominiumnya hujung minggu ni yang tak jauh dari situ. Mama dan papa hanya bersetuju walaupun berat hati.

"Alaa. Nanti akak tak de la?", soal qaisara.

"Ye.", jawap shima dan azam serentak. Qaisara memandang lantai.

"Kenapa? Tak kan rindu kot", soal shima.

"Rindulah. Nanti dah tak boleh lepak. Bergosip.",jawapnya.

"Ye la tu. Entah-entah rindu misha. Cepatlah kahwin nanti dapat anak sendiri. Tak payah sibuk nak misha.", sakat shima.

"Mana ada lah. Aduh", qaisara tergigit lidah lagi. Mereka semua mentertawakan qaisara tahu sangat qaisara tengah menipu.

"Kantoiiiii", sambung shima. Qaisara tertunduk malu. Hari ni je dah dua kali dia tergigit lidah.

Beberapa hari kemudian qaisara keluar makan dengan kawannya di restoran berdekatan dengan spa. Ikutkan hati dia nak ajak kawannya datang ke spa. Tapi disebabkan ada lelaki diantara mereka, hilang semua rancangan.

"So, kakak kau dah kahwin bila kau nak kahwin?", soal roslan atau dikenali sebagai ros dengan gaya lembutnya.

"Belum jumpa jodoh lagi.", jawap qaisara malas. Dia tahu apa yang akan ros cakap.

"Ros jangan cakap kat orang je. Kitorang semua dah kahwin kecuali ros dengan kau.", sambung kawan nya. Dan yang lain semua setuju.

"Nak senang. Korang kahwin je la berdua.", cadang seorang lagi. Sekali lagi mereka setuju.

"Dengan dia? Memang tak lah!", jawap qaisara dan ros serentak.

"Qai, as u know. You ni perempuan. You need too be marry earlier than me.", sambung ros.

"Baru nak mengaku lelaki", kata seorang lagi. Meletus gelak tawa mereka. Merah padam muka ros.

"Hey! Jahat tau you ni!",marah ros dalam nada mengada. Mentang-mentang yang mengusik tu lelaki. Mula la nak menggeletis.

"Sesuai la qai dengan ros. Sorang macam lelaki. Sorang macam perempuan",

"Rezeki korang dapat kahwin awal. Lagipun, umur kita semua baru 20 nak masuk 21. Kecuali adam, husna dengan ros. Tak rasa muda lagi ke?", sampuk qaisara. Mereka tahu, diantara mereka qaisara paling muda. Lahir pun akhir tahun.

"Muda ke tak laku?", kata ros tiba-tiba.

"Aduhhhh. Puihh. Tak guna kau. Uwekk", keluar suara lelaki ros bila qaisara menyumbat cili pada kedalam mulutnya. Qaisara tersenyum puas. Mereka yang lain semua hampir tersedak dengan tindakan qaisara.

"Kau ni kan! Nak kena dengan aku.",

"Apa?! Kau cakap aku tak laku kan? Sedap tak cili tu?", soal qaisara. Ros memuncungkan mulutnya. Yang lain ketawa. Qaisara dengan ros kalau tak bergaduh memang tak sah. Bergurau pula bergurau kasar.

Habis sahaja waktu rehat. Semua berangkat pulang. Ada yang sebab waktu kerja. Ada yang sebab suami atau isteri. Yang Tinggal cuma qaisara dan ros.

"So, apa perkembangan kau? Aku tengok kau makin kempis ni.", soal ros prihatin. Ye, sejak spa qaisara dibuka. Masa makannya tak teratur.

"Aku dah buka spa. Spa aku sekarang ni alhamdulillah dah stabil. Cuma masa baru buka tu je aku sibuk sampai tak sempat makan.", jawap qaisara.

"Actually, aku tengok kau ni happy go lucky. Semua ada dalam diri kau. Tapi satu je tak de...", ros sengaja menghentikan ayatnya supaya qaisara suspen.

"Apa yang tak de? Aku ok je.", qaisara memandang mata ros. Mereka bertentangan mata lama.

"I can't see love in your eyes. Tak kan kau masih ingat arwah isyraf?", ros memandnag qaisara sayu.

"Entahla ros.", qaisara tergigit lidahnya tapi disembunyikan.

"Stop it. Dah tak boleh menipu tu tak payah la menipu. I know you a lot darling.", tangan ros sangat memainkan peranan. Sekejap kekanan. Sekejap kekiri, atas dan macam-macam lagi. Qaisara hanya tersenyum nipis.

"I rasa i tahu masalah u. U ni menghidap philophobia. Cuma sebab pengalaman kau ditipu, kau berubah.", kata ros.

"Phifibia? Ape tu? Kau jangan la buka cerita pasal sains. Aku bukan phycologist macam kau.", qaisara menggaru kepalanya yang tak gatal

"Philophobia. I tak nak cakap banyak pasal penyakit ni. Cuma apa yang i patut cakap ialah u patut kahwin. Thats the only one way too heal you.",

"Wow! Philophobia? Kahwin? Hei hei. Tak de cara lain ke?",

"Kan aku dah kata the only one way. Just go and look for a guy yang kau suka. Macam aku. Aku suka dekat ceo keempat syarikat depan spa kau tu. Dia tu lelaki idaman aku. Cuba kau cakap kau suka lelaki macam mana.", dah mula dah ros menggunakan kepakarannya sebagai seorang doktor phsycology.

"Aku suka lelaki yang sehensem nabi adam. Seromantik nabi muhammad.", jawap qaisara dengan penuh perasaan.

"Ok look. Jangan buat aku sentap please. Bagi contoh orang sekeliling kau.",

"Aku suka orang macam abang-abang aku. Bila aku dengan dorang, aku rasa selamat.",

"Susah la kau ni. Aku tak kenal abang-abang kau kecuali eddy.", ros membuat muka tergoda bila menyebut nama eddy.

"Mengada! Dah la kau ni", qaisara menyedut air sehingga habis.

Tiba-tiba ros memandang ke luar restoran."cuba you tengok lelaki tu. Dia la ceo keempat yang i cakap tadi. Hensemkan? Dia i punya. Nah you pergi bayar duit makan. I ada kerja.", kata ros dan terus ke arah zafran.

Qaisara hanya memandang ros yang melentok-lentok kan badan ke arah zafran. Tangan zafran dirangkul manja. Terus meremang bulu roma qaisara.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now