BAB 42

7.3K 193 5
                                    

"Benci!",

"Sayang? Kenapa ni?", zafran pergi kearah qaisara yang tiba-tiba mengamuk. Dah setahun dah umur anak mereka, qayyum zuhai bin zafran asyraf. 

"Bie tak bagi tahu pun yang haiqa kerja dekat syarikat bie.",

"Laaa. Sebab tu ke? Bie pun terlupa. Tak penting kot.",

"Masalahnya dia tu kerja bawah bahagian bie! Sama dengan kak shima. Kak shima kata dia selalu masuk pejabat bie. Apa ni?",

"Ya Allah sayang. Dia hantar fail la. Kenapa?", tiba-tiba qaisara menangis. Zafran datang memeluk qaisara.

"Sayang tahu sayang dah tak macam dulu. Haiqa lagi cantik dari sayang. Tapi ara rasa tak perlu kot sayang puji dia!", badan zafran ditolak kebelakang. Zafran menggarukan kepala. Pelik. Tak ada pula dia puji haiqa selama ni.

"Dah la. PA bie sendiri nampak. Kak shima pun terkejut masa dengar ayat bie. Mungkin betul la kita tak boleh percayakan haiqa.",

"Mana ada bie cakap macam tu. Eh.. masa tu bie mamai kot. Tapi.. sayang! Dengar la dulu.", pintu bilik mereka dihempas. Hampir terkepit hidung zafran tadi. Nasib baik sempat berhenti. Mahu hilang hidung zafran.

Siap semua kerja barulah zafran cari kunci pintu bilik mereka. Dia memandang qaisara yang tidur memeluk qayyum. Sayu je muka dua-dua orang yang dia sayang. Dia mula terasa sebak.

"Janganlah jadi masalah lagi dalam keluarga aku ni ya Allah", semahunya zafran menangis. Air matanya ditahan kemudian dia terus menunaikan ibadah sunat.

Selesai solat, zafran mencium dahi kedua-dua orang tersayangnya itu. Terdengar bekas esakan qaisara dengan jelas membuatkan zafran lebih sebak. Dah berapa kali dia sakitkan hati qaisara.

*****
"Akak nak kau amalkan surah-surah ni. Risau pula akak tengok kau ni. Macam tak sedarkan diri je bila ada haiqa. Akak bukan nak cakap benda mengarut. Tapi.. akak takut kalau dia dah guna-gunakan kau.", zafran menganggukkan kepala. Buku surah kecil tadi diambil.

Dia membaca surah-surah tersebut pada waktu pagi dan malam. Kadang-kadang tengah hari pun ada dia amalkan.

"Encik zafran. Boleh saya masuk?", haiqa tersenyum dihadapan zafran dengan ayu. Matanya dikelip perlahan sehingga membuatkan zafran sedikit terpukau.

"Astaghfirullah.", mata zafran terus diusap. Alhamdulillah semasa dia hampir hilang kawalan dia terus teringatkan isteri dan anaknya.

"Cik haiqa nak apa? Fail tak ada, surat pun tak ada. Jadi apa yang cik haiqa nak?", haiqa menggelengkan kepala. Dia tersengih tiba-tiba. Dia terus bangun dan keluar dari pejabat zafran. Huh? Datang tanpa sebab?

"Mana pergi pujian setiap pagi yang dia biasa bagi? Tak guna betul! Nak kena sapu lagi ke benda tu? Dah la busuk", botol kecil seperti minyak wangi dibawa keluar. Hidungnya ditutup.

Dia terdengar derapan kaki seseorang dari belakang. Terus menggelabah dia bila bunyi kaki tadi sebenarnya zafran. Minyak tadi tercampak kelantai. Nasib baik tak pecah.

"Huh! Kalau pecah ni. Satu bangunan boleh mati dengan bau mayat ni. Bodoh!", dia terfikir tentang hubungan qaisara dan zafran. Tak mungkin sesweet dulu? Kan? Benda ni bukan murah. Mesti mujarab punyalah!

*****
Zafran pergi ke spa qaisara untuk ambil qayyum sementara dia sedang tak ada kerja dipejabat.

"Meh sini anak babah. Sayang, kenapa ni? Bie nak bawa qayyum pergi pejabat je. Bagi bie please.", zafran merayu pada qaisara untuk dapatkan qayyum.

"Awak kan sibuk. Pergilah sambung kerja. Dah. Jumpa qayyum dekat rumah je.", badan qayyum dipeluk erat langsung tak nak lepas. Tangan qaisara ditarik lembut.

"Jom sayang. Kita jumpa babah dekat rumah je.", sempat lagi qaisara menjeling ke arah zafran.

"Hey.",

'Kring2' zafran terus masuk ke dalam spa. Loceng pada pintu membuatkan semua orang memandang kearah zafran.

"Awak buat apa ni? Ni tempat wanita sahaja la. SAHAJA", marah qaisara dengan nada perlahan.

"I want my son please. Sayang~~", badan qaisara ditarik kedalam dakapannya. Dia membacakan surah-surah pelembut hati pada ubun-ubun qaisara. Habis surah tersebut barulah qaisara dilepaskan. Qaisara jadi terpaku seperti terkejut. Matanya sedikit terbeliak. Qayyum pula terus menangis.

"Shhh.. dah dah. Babah ada.", qayyum kini bertukar tangan. Puas qayyum dipujuk. Baru dia teringat tentang qaisara yang masih terpaku.

"Sayang? Are you ok?", tangannya dilambai. Qaisara membalas dengan pelukan. Badan qaisara menggigil ketakutan. "Shh... shh..", mereka dibawa ke pejabat qaisara.

Tak sampai lima minit, qayyum dan qaisara sudah berada dialam mimpi. Kedua-dua mereka tidur dalam pelukan zafran. Pelik. Tak pernah lagi jadi macam ni.

Zafran terpaksa minta cuti separuh hari secara mengejut pada encik ammaruddin. Semua disebabkan oleh qaisara yang mengigau pelik-pelik semasa tertidur diatas sofa pejabatnya.

"Bie, i'm just fine. Just go and do your work. Nanti kalau ada client nak jumpa sayang macam mana? Huh! Sebelum ni sibuk je memanjang. Ni boleh cuti pula?", zafran mengerutkan dahi. Qaisara ni datang bulan ke? Tadi ok je.

Zafran hanya buat-buat tak dengar dengan apa yang qaisara cakap. Malas pula nak layan qaisara mengarut. Mungkin betul tindakan dia ambil cuti separuh hari.

Qayyum pula tenang je bila ada zafran. Langsung tak sama dengan apa yang qaisara selalu mengadu. "Qayyum ni selalu je nangis bie. Sayang pun tak tahu nak buat apa. Ingatkan nak susu, Tapi dia muntahkan balik. Ingatkan pampers dah penuh, tapi kering je. Kita jumpa mama sya jom", semua ayat qaisara terngiang semula.

"Kita balik rumah mama sya dengan mama nab jom sayang. Dorang mesti rindu cucu dia ni.",

"Tak nak.", terkejut zafran dengan jawapan qaisara. Tak pernah lagi dia menolak. Selama ni dia yang bersemangat.

"Sayang merajuk dengan mama-mama ke? Cuba cerita dekat bie.", qaisara hanya menggelengkan kepala.

"Ok, kita panggil semua datang rumah la. Meriah sikit.", qaisara terus memandang zafran dengan garangn

"Meriah? No.", makin berkerut dahi zafran. Boleh cepat tua dia dengan perangai qaisara ni.

"Sekarang sayang yang kena dengar cakap bie ke bie yang dengar cakap sayang? Bie cakap ajak semua datang rumah, maksudnya bie akan ajak. Muktamad", beg kelengkapan bayi dibawa ke bahunya. Tangan qaisara terus ditarik keluar.

"Bagi sesiapa yang bertanggungjawap untuk tutup spa ni. Kita balik sekarang. We need to discuss.",

"Tak nak la!", qaisara menarik semula tangannya. Tangan yang sakit kerana di cengkam kuat oleh zafran digosok untuk hilangkan sakit.

Zafran tak endahkan kesakitan qaisara. Qayyum dibawa masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Jaga kereta dengan anak aku", arah zafran pada pekerja qaisara yang berada diluar.

"Tutup spa ni sekarang. Kemas semua barang sekarang. Aku suami boss korang. Tutup spa sekarang!", semua pekerja terus menggelabah mengemaskan barang.

"What?! Apa yang bie buat ni?!", tangan qaisara ditarik keluar. Semua pekerja sudahpun selesai mengemas barang, suis dah ditutup dan semua dah bersiap.

"Jom",

"Tak nak! Buka balik spa!", kunci spa dirampas oleh zafran dari pekerja qaisara. Pintu terus dikunci dari luar. Qaisara didukung masuk ke dalam kereta secara paksa. Habis badan zafran dicakar, dipukul dan ditumbuk oleh qaisara. Tapi rontaan qaisara langsung tak dilayan. Pintu kereta dikunci menggunakan 'childlock'.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now