"Kau gila ke?! Nak bawa adik aku balik kampung kau? Ish mengarut lah kau ni.", eddy terkejut dengan pemberitahuan zafran.
"Bukan aku bawa dia sorang. Aku bawa kau sekali. Nak pergi bercuti je pun. So, kau rancang la nak buat apa. Mandi air terjun? Panjat gunung?", balas zafran tenang.
"Kalau aku dengan kau je boleh. Tapi adik aku.. no. Dia tak kenal kau. Tak kan sesuka hati nak ikut?", eddy masih dengan kes tadi.
"Ikut suka kau la. Kita berdua pun berdua la. Kau pilih la aktiviti seminggu dekat sana.", zafran berpusing memandang komputer. Harapan dia untuk bawa qaisara dah musnah.
"Aku dengan qaisara suka panjat gunung. Mandi air terjun pun bagus juga.", eddy memandang zafran series.
"Kenapa tiba-tiba sebut adik kau? Kita berdua je kan.", zafran tak mengalihkan mata dari komputernya.
"Sebab aku nak pujuk adik aku. Mana tahu dia nak ikut.", zafran memandang eddy pelik. Tadi tak bagi. Ni nak bawa qaisara sekali pula."Ape-ape je la hengko ni.aku nak buat kerja. Nanti roger.",zafran cuba sembunyikan senyuman.
****
"Eddy, kau nak pergi mana? Aku nak ikut boleh?", soal qaisara sebaik saja eddy menghidupkan enjin kereta."Aku nak pergi beli barang. Kawan aku ajak balik kampung dia. Dia kata dekat sana boleh panjat gunung. Lepas tu nak pergi mandi dekat air terjun.", jawap eddy. Dia masih fokus mengemaskan baju.
"Wah! Mama bagi kau pergi ke? Kalau aku nak ikut boleh? Aku dah lama tak panjat bukit. Weh boleh la. Boleh la", pujuk qaisara sambil membuat muka comel.
"Kau nak ke pergi dengan kawan aku? Dia lelaki. Kau nak? Kalau kau tak kesah dengan kawan aku tu, pergi la tanya mama.", eddy tersenyum. Mungkin cadangannya untuk membantu zafran menjadi kali ni.
"Lelaki? Alaa.", qaisara memandang lantai. Dia susah nak bergaul dengan orang baru. Lelaki yang paling rapat dengan dia cuma roslan. Itu pun tak cukup sifat kelelakian.
"Nanti aku tanya dia. Mana tahu dia ada sepupu perempuan. Sekurang-kurangnya ada perempuan yang boleh teman kau.", qaisara memandang eddy teruja.
"Ok! Aku pergi tanya mama sekejap.", qaisara terus berlari masuk ke dalam.
Sementara menunggu, eddy bermain dengan telefonnya. Sempat juga dia tanya zafran tentang sepupu perempuan nya. "Lama la pula. Mesti mama tak bagi. Gunung luar negeri kot."
Qaisara memakai kasut dengan cepat. "Weh. Mama bagi Tapi papa tak bagi.",
"Dah tu?", soal eddy.
"Aku nak pergi pejabat papa. Nak pujuk dia sampai dapat.", jawap qaisara dengan yakin.
*****
"Papa... please pa..", qaisara membuat muka comel."Siapa nak jaga spa kamu nanti? Tak kan seminggu kamu nak tutup spa?", papa mencekak pinggang.
" tutup sekejap je. Ara penat la. Tak sempat nak cuti.. seminggu jeee. Paaaa", qaisara sudah mula membuat perangai dengan cakap meleret. Matanya sudah berair. Walaupun dia tak pandai menipu. Tapi qaisara lah ratu drama air mata.
"Iye lah. Tapi.. sunyi lah rumah tu seminggu.", jawap papa sambil mengusap kepala qaisara.
"Nanti ara minta kak shima balik. Dia mesti rindu mama papa kan?.",
"Ada je idea kamu. Hm, pergilah cari barang keperluan kamu dekat sana nanti", papa mencium dahi qaisara sebelum qaisara keluar dari pejabatnya.
*****
Qaisara membuat keputusan untuk cuti seminggu. Spa qaisara akan ditutup untuk seminggu sebab pekerjanya masih baru dan perlukan pemerhatian.Beg pakaian mereka dikeluarkan dari kereta sementara menunggu kawan eddy. Kereta eddy disimpan di tempat parkir pejabat untuk keselamatan. Pakguard juga telah diamanahkan untuk menjaga keretanya.
Dalam 10 minit, Kereta yang dinantikan sampai. Beg mereka dibawa masuk. Buka saja pintu kereta, qaisara terpaku. "Kenapa mesti lelaki ni?",bisik hati qaisara.
"Masuk lah.", qaisara memandang eddy dan menggeleng. Eddy meminta diri untuk bercakap dengan qaisara.
"Kenapa kau tak cakap kawan kau tu boss kau?", qaisara mula resah.
"Rileks la. Kau ni. Hari tu kau yang beria. Kau pun tak tanya. Dah tak de tarik balik permintaan kau. Masuk dalam kereta sekarang.", arah eddy dengan tegas. Eddy terpaksa bertegas takut-takut kalau qaisara merosakkan rancangannya last minit.
"Semua dah sedia? Let say good bye to KL.", kata zafran. Harinya ceria sebab bantuan eddy. Thanks bro!!
Sepanjang perjalanan qaisara cuma berdiam memandang permandangan luar. Rasa kesal pun ada. "Kenapa lah aku tak tanya eddy dulu",
Sesekali ada juga zafran curi pandang qaisara melalui cermin pandang belakang. "Muka dia macam tak suka, terpaksa. Eddy tak cakap yang aku ajak ke? Eddy paksa ke?",
Perjalanan mereka hanya dalam 5 jam lebih sebab jalan raya tak sesak. Mereka juga ada berhenti di beberapa R&R. Tapi qaisara masih berdiam. Bila ditanya soalan, cuma sepatah yang dijawap.
"Kau paksa dia ikut ke? Aku tengok dia macam tak suka je.", kata zafran sebaik sahaja qaisara tertidur.
"Dia yang nak ikut. Tapi aku tak cakap kau yang ajak.", eddy mengintai kebelakang untuk memeriksa qaisara.
"Aku serba salah la. Dia macam tak suka.", zafran mengeluh perlahan. Matanya masih pada jalan."Adik aku tu ok je nanti. Dia terkejut je kot.", kata eddy.
Qaisara mengekalkan keadaannya yang mata tertutup. Perbualan zafran dengan eddy membuatkan dia rasa serba salah dengan zafran. "Aku buat dia terasa ke? Jahatnya aku ni",
Tanpa qaisara sedar. Dia dah betul-betul terlelap.
'Pak' pintu kereta dibahagian qaisara terbuka. Badan qaisara hampir terjatuh tapi dihalang oleh satu dada bidang. Tapi tak lama.
"Ya Allah. Wanginya bau dia.", getus hati zafran. Dia sangka qiasara bersandar pada kerusi.
Qaisara tersedar. Matanya dipisat dan menggeliat tanpa bunyi. "Abang, Dah sampai ke?", soal qaisara mamai.
Zafran terkejut dengan soalan qaisara. "Abang?", qaisara tersedar dari mamai terus menutup mulutnya.
"Em.. er.. aaa.. ki.. kit kita dah sampai ke?", zafran mengangguk sambil menyorok kan senyuman. Eddy hanya memandang gelagat qaisara dari bonet kereta. Mungkin qaisara ingat zafran tu eddy. Atau mungkin abang farid."Dah turun! Kau bukan princess or sleeping beauty. Beg kau aku dah bawa. Tinggal lagi satu tu je.", arah eddy dengan tegas. Qaisara memandang eddy dengan muka merajuk.
"Dari tadi garang dengan aku. Ish!", qaisara turun dari kereta dan mengambil beg. Zafran terfikir utuk tolong. Tapi masih awal untuk dia menonjol.
"Er, nak sa.. aku tolong?", zafran memberanikan diri.
"Tak payah. Barang kau pun dah banyak.", kata qaisara sambil menggeleng.
"Dia ambil yang kecil-kecil! Aku punya yang besar. Jahat la eddy ni", kata qaisara seorang diri geram.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...