BAB 26

7.2K 207 2
                                    

"Mandul?! Mama dah cakapkan! Sebab tu la mama tak nak kamu kahwin dengan dia. Huh, patut la mama tak nak restukan perkahwin ni. Ada sebab rupanya.", kata puan zainab didalam wad. Puan zainab sengaja mengapi-apikan hubungan antar keluarganya dan puan marsya.

"Puan tak restu? Dah tu kenapa terima anak saya?!", balas puan masya pula. Sakit hatinya bila puan zainab meninggikan suara disebelah katil qaisara. Zafran pula hanya memandang qaisara kosong tanpa perasaan.

"Ye. Saya tak restu. Dan sekarang saya tahu sebabnya. Sebab ni! Anak saya tak bahagia pun. Anak saya tak dapat zuriat!", sambung puan zainab.

"Doktor tak sahkan lagi kemandulan qaisara. Puan zainab tak boleh tuduh melulu!", potong farid. Sakit hatinya melihat keluarga yang bergaduh tanpa sebab yang sah.

Perbualan mereka terhenti bila qaisara terbatuk. Mata qaisara berkelip dan dia sedar dari pengsan.

"Huh! Dah sedar. Macam ni lah, zafran sayang. Ceraikan lah isteri kamu ni. Kalau kamu nak cari orang lain, cari je. Mama terima asalkan dia boleh lahirkan keturunan kita.", kata puan zainab. Qaisara masih dalam keadaan mamai. Tapi semua perbualan tadi jelas pada telinganya.

Qaisara tahu dia mungkin mandul sebab ditolak kelantai tadi. Dia tak mampu bercakap. Hanya mampu dengar dan pendam.

"Apa yang puan cakap ni!?", marah puan marsya. Melihatkan keadaan semakin hangat, qaisara membuka alat pernafasan.

"Mama, mama nab. Biarlah zafran buat keputusan. Ara tak terima.", sampuk qaisara. Dia tanggalkan tiub air yang disambung pada tangannya. Sakit! Tapi hati dia lagi sakit.

Qaisara bangun. Dia memegang dinding dan katil untuk papah badan yang sakit.

"Qaisara dah mandul. Tak payah nak tunggu lama-lama.", hasut puan zainab. Farid mula bengang. Dia menyuruh semua keluar dan tinggalkan qaisara dengan zafran berdua. Farid mengangkat qaisara ke katil semula. Dia tahu qaisara tak ada arah tujuan yang sebenar.

Hampir 5 minit qaisara dan zafran membisu. "Kau dah mandul. Tak boleh bagi zuriat dekat aku. Kalau kau sanggup dimadukan, aku tak kan ceraikan kau.", zafran memulakan bicara.

"Ara mandul sebab bie. Kalau ara tak jatuh, mungkin perkara ni tak berlaku. Lagipun, abang farid kata ara belum disahkan mandul. Bie tak boleh jump to conclusion macam tu je. Kita boleh cuba.", terang qaisara.

Memang betul apa yang qaisara cakap. Bukan salah dia kalau dia mandul. Tapi salah zafran. Kalau zafran tak tolak qaisara ke lantai, perkara ni tak kan berlaku. Zafran hanya berdiam. Masih dengan muka toya.

"Keluarlah. Saya nak rehat.", qaisara meletak kepalanya pada bantal membelakangi zafran. Bunyi pintu dibuka dan ditutup tanda zafran sudah keluar.

Esoknya shima datang bawa misha. Dah besar budak tu. Dah boleh merangkak dan panggil mama, papa. Misha dapat gembirakan suasana qaisara yang muram.

Sejak zafran berubah, qaisara selalu menangis. Dia sudah biasa dimaki dan dicaci oleh orang. Sedangkan shima pernah memakinya dulu. Tapi entah kenapa bila zafran yang meninggikan suara, qaisara jadi lemah. Penangan cinta?

"Jadi, akak dengan abang azam dah ada perancangan untuk bagi misha adik ke?", soal qaisara dengan usikan.

"Ish ara ni! Malu la akak.", azam mencuit lengan shima. Sungguh mesra. Azam pandai menjaga keluarga.

"Sebenarnya akak dah ada baby dalam ni. Sebulan dah.",

"Hah! Wahh.. misha dah ada adik laaa..", qaisara mengusap perut misha. Indahnya kalau dia dapat anak juga. Tapi, mungkin dia mandul. Mustahil untuk dia lahirkan anak.

Shima lap air mata qaisara yang mengalir. Dia faham kenapa qaisara menangis. Qaisara sedar dari lamunan. Misha juga menangis bila qaisara menangis tadi. Budak kecil...

*****
Qaisara melangkah masuk kedalam rumah. Kasut zafran tersusun kemas diatas rak memandakan dia ada didalam.

"Assalamualaikum", zafran memandang qaisara yang baru masuk sekilas kemudian kembali pada telefon.

Qaisara memandang kearah jam. Selesai mandi, dia keluar untuk masak makan tengah hari. Dah lama dapur tak disentuh. Rindu nak masak. Lebih-lebih lagi makan dengan zafran.

Qaisara sangka zafran akan keluar dari rumah macam tempoh hari. Tapi zafran nampak sibuk dengan fail diatas meja.

"Bie, sayang dah masak. Jom makan. ", qaisara mengajak zafran makan. Zafran akur. Dia bangun dari sofa dan duduk diruang makan.

Qaisara menyenduk nasi. Tangannya menggigil semasa mengangkat pinggan. Berat. Pinggan diletak atas meja sambil menyenduk nasi. Qaisara masih tersenyum walaupun zafran tak berperasaan.

"Bismillah", qaisara duduk dan menyenduk lauk pula. Perutnya terasa senak sedikit bila duduk. Mukanya berkerut.

Selesai makan, zafran bangun dan tinggalkan pinggan diatas meja. Dia pergi ke dapur untuk basuh tangan. Langsung tak ada ucapan terima kasih seperti dulu.

Qaisara habiskan makanan. Ubat ditelan. Dia kena sihat!

Selesai solat dan qada' solat yang tertinggal. Qaisara tidur. Tanpa dia sedar, dia qada' solat sampai masuk senja. Dia bersyukur, solatnya berlangsung tanpa gangguan.

Waktu asar tadi zafran masuk dan mereka solat jemaah. Qaisara yang minta untuk berjemaah selepas dia qada' solatnya.

Zafran akur. Dia mengangkat takbir. Barulah qaisara dengan suara zafran. Kalau tak, zafran hanya mendengus.

15 minit sebelum isyak qaisara tersedar. Zafran sudah pun memberi salam dalam solat maghribnya. Dia terus bangun dan solat. Surah al-waqiah dibaca. Zafran mencuri dengar. Surah ni yang buat hatinya cair buat kali pertama dengan qaisara.

Azan isyak berkumandang. Zafran duduk disaf depan qaisara. "Kita jemaah ye bie?", pinta qaisara. Zafran menganggukkan kepala.

"Assalamualaikum warrahmatullah x2", qaisara bersalam dengan zafran. Zafran menyambut tapi dia langsung tak memandang qaisara. Belum habis qaisara mencium tangan zafran, dia dah bangun dan lipat sejadah. Qaisara hanya tersenyum.

'Buk' zafran memandang qaisara yang pengsan semasa melipat sejadah. Cepat- cepat qaisara didukung keatas katil.

Mata qaisara kabur, sekelilingnya gelap. Cuma zafran yang ada didepannya. Muka zafran di terangi dengan cahaya telefon.

"Terima kasih bie", bisik qaisara. Zafran memandang qaisara dan hanya menjawap 'emm'.

"Aku dah ambil air. Minum", kata zafran. Qaisara tak menjawap. Air terus diteguk. Dia terlalu haus.

Qaisara lap mulutnya. Tangannya diletak atas pipi zafran. Jari menyentuh bibir dan dia mencium pipi zafran. "Dulu awak dah berjaya buat saya jatuh cinta. Tolong jangan seksa hati saya macam ni.", bisik qaisara. Suaranya tak keluar penuh.

Zafran tak bergerak. Tangan diatas pipi nya dibiarkan. Dia menyambung urusannya dengan telefon.

'Ting' telefon qaisara berbunyi.

Hampir setiap hari, mesti ada gambar yang masuk. Gambar zafran berpeluk dengan haiqa atau suha. Tak pun gambar haiqa dan suha bermesra dengan zafran.

Qaisara mematikan telefon. Tak terdaya dia nak menangis lagi. Qaisara masuk ke dalam selimut menutup seluruh badan dan kepala. Dia berpeluk tubuh.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now