BAB 36

7.7K 211 3
                                    

"Baiklah puan. Semua wayar dan tiub dah dicabut. Kalau hari ni puan tak ada apa-apa, esok puan dah boleh balik. Tapi malam ni kita akan ada sesi tentang diet ibu mengandung.", kata doktor yang bertugas. Qaisara menganggukkan kepalanya. Dia gembira dengan berita doktor tadi. Semoga dia sihat hari ni dan dia boleh balik esok.

Yess! Dah tak bergelut dengan wayar. Dah boleh cakap macam biasa. Dah tak ada sakit tekak dah. Dia cuba sedaya upaya untuk mengimbangkan suhu badannya. Air mineral diminum dua tiga botol untuk mengelak dari panas badan. Makanan yang dihidang juga dihabiskan. Punya lah bersemangat nak balik.

"Doktor kata sayang dah boleh balik esok kan?", soal zafran yang kepenatan dari pejabatnya.

"Akak dah boleh balik esok? Waaahh.. tak sabarnya. Tak payah datang tempat ni dah.", sampuk sham.

Qaisara hanya membalas dengan senyuman sumbing. Malas nak layan zafran. Sakit hati masih ada pada smeua orang. Sedangkan eddy dan yang lain pun dihalau keluar.

"Lagi baik duduk sini daripada duduk dengan dia. Nanti dia buat perangai lagi.. tak pasal-pasal je", bisik hati qaisara.

"Saya nak balik rumah tokma. Tak nak rumah dekat kl.", arah qaisara tanpa memandang muka zafran.

"Tapi sayang. Mana boleh macam ni.." , pujuk zafran. Qaisara pula masih bertegas.

"Sudah-sudah. Qaisara tak boleh ikut tokma ye. Itu muktamad. Sebab kamu tu sarat mengandung. Nanti sakit dekat tengah jalan macam mana?", leter tokma. penat tokma mendengar mereka bertekak tadi, sekarang masa untuk dia pula. Haihh.

Qaisara cuba untuk membantah, mengelat, merayu dan macam-macam lagi. Tapi semua tak menjadi. Kali ni zafran menang. Huh!

"Hm, tokma kena balik untuk kemas barang. Esok tokma dengan sham kena berangkat. Sham ni sekolah, mana boleh masuk lambat.", sejak sakit ni qaisara tak dapat nak melawan. Dia hanya mampu menghantar mereka dengan pandangan sahaja.

Qaisara memandang zafran yang tersenyum dari tadi. "Dah kenapa pulak pakcik ni?", bisik hati qaisara. Dia menarik selimut menutup dada dan baring membelakangi zafran.

"Sayang~~ marah lagi ke? Tak baik marah-marah. Nanti baby tu jadi garang pula besar nanti. Kang susah.", zafran menguis selimut hospital tersebut.

"Ish! Dah la kuku panjang. Koyak nanti", qaisara menarik selimutnya dari disentuh. Zafran terus memeluk pinggang qaisara dengan tangan kanan. Kepalanya diletak pada lengan qaisara.

Qaisara menggerakkan tangannya tapi zafran langsung tak bergerak. Dia masih membeku.

"Zafran please. Bau awak busuk. Buat saya nak muntah.", kata qaisara. Hidungnya ditutup dan tangan mengipas menolak bau.

Zafran membau badannya. Biasa je. Mana ada busuk. Wangi lagi ada.

"Wangi la sayang. Saja je tak nak bie peluk.", zafran cuba untuk merajuk tapi tak dilayan. Dia menghempas punggung ke atas kerusi. Habis la qaisara esok. Hari ni dia mengalah sebab faktor kawasan. Esok rumah dia, dia boleh berusaha lebih lagi.

*****
Qaisara terjaga bila wadnya bising.

"Good morning. Hari ni sayang dah boleh balik 😆", zafran tersenyum sampai telinga. Matanya dikenyit dan dia mencium tangan qaisara.

Qaisara turun dari katil dan bersiap untuk keluar dari hospital.

"Lepaslah. Malulah macam ni! Zafran orang tengok la. Lepas laaaa.", badan zafran dipukul minta dilepas dari dukungan.

"Shh.. shhh.. sayang ni sakit. Jangan nakal-nakal. Bie dukung ye? Alololo. Nanti dah tak boleh dukung dah. Sebab bie kena dukung baby. Umi dia dah tua. ", zafran membetulkan dukungan. Dia meneruskan langkah ke keretanya. Mama sya dan yang lain pula diendahkan. Mereka langsung tak sempat nak minta maaf dekat qaisara.

"Ara, mama dengan yang lain nak minta maaf. Kami tak sepatutnya dengar cakap orang lain dulu sebelum kamu.", mama sya duduk menghadap qaisara.

Tangan mama sya disambut. Puan zainab hanya memerhati, dia juga ada perkara yang nak dicakapkan.

"Ma, ara tak sangka semua orang pulaukan ara sebab tu. Kalau betul ara mandul? Mama nak buang ara dari keluarga ke? Hina ke kalau ara mandul? Ara dapat morning sickness tapi tak ada orang tahu. Pekerja ara je yang tolong.", qaisara mengalihkan pandangan. Dia tak sanggup pandang sesiapa pun.

"Tak salah kalau kamu mandul. Tapi yang salahnya bila kami dapat tahu kamu rahsiakan dari kami dan kamu menipu. Kamu tahukan keluarga kita macam mana? Papa paling pantang dalam bab-bab macam ni.", sambung papa pula. Qaisara menyeka air mata.

"Tapi kenapa tak periksa dulu?", mama sya tak sanggup tengok qaisara menangis. Mereka semua berpelukan. Zafran je tak ada semasa sesi meminta maaf.

Puan zainab pula meminta maaf sebab susah nak terima qaisara sebagai menantu sebelum ni.

Selesai bermaaf-maafan, qaisara masuk ke dalam bilik untuk berehat. Entah bila dia tertidur. Niat nak baut perangai dekat zafran terus hilang bila dapat katil empuk.

"Hmm, dah tidur dah.", zafran membetulkan selimut qaisara. Minyak angin disapu pada kaki qaisara mengikut tips yang dia dapat dari mrs apa tah.

Setiap malam dia tak kan lupa untuk memberi pesanan romantik pada qaisara. Kemudian dia memberi nasihat pada anaknya supaya menjadi baik dan jangan nakal dalam perut dan selepas keluar.

"Zafran..", zafran memandang qaisara yang masih memejamkan mata. Mengigau? Emm.

Baru je zafran membaringkan badan terus qaisara bangun. "Wekkk",

"Busuknya. Tukar la baju. Ke awak belum mandi? Busuklah!",

"Bie baru je mandi. Apa ni? Tak kan tak boleh tidur dengan sayang? Bie rindu niii.", zafran masih lagi membau bajunya. Mana ada busuk. Wangi je.

"Dah tu? ", soal qaisara. Zafran dah menggarukan kepala. Mereka hanya berdiam. Zafran masih belum bergerak.

"Nak kek aiskrim.", kata qaisara tiba-tiba. Mula la tu nak mengidam.

"Sayang dah pukul 2 ni. Mana nak dapat kek aiskrim. Ada ke kedai kek buka 24 jam?",

"Ish dah la! Kalau awak tak nak tidur bawah, ara tidur bawah. Muktamad.", selimut dah dibentang dibawah katil.

"Alaaaa. Ye ye. Bie tidur bawah. Tapi ada syarat.", qaisara memandang zafran. Zafran pula memandang ke dalam mata qaisara sehingga qaisara memandang ke arah lain.

"Syarat dia.. bie nak peluk tangan sayang sepanjang malam. Ok? Deal? ", belum apa-apa lagi tangan qaisara dah ditarik ke bawah.

"Relakan jelah daripada kena bau badan dia ni.", bisik qaisara.

"Bie dengar, sayang.", qaisara terus menutup mulutnya.

"Esok bie beli kek aiskrim tu ye? Sweet dreams sayang. Jangan lupa masukkan bie dalam mimpi tu tau. Sebab setiap hari bie harap sayang dalam mimpi bie.", kata zafran dalam keadaan tutup mata. Qaisara mengerutkan dahi. Pelik suami dia ni. Hmm.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now