"Sayang.. semalam papa am suruh bie pergi terengganu minggu depan. Syarikat bie ada urusan dengan orang australia. 3 mingguuuu dekat sana~~", kata zafran sayu.
"Pergi jelah. Untuk syarikat bie kan?", jawap qaisara yang masih tak faham.
"Sayaaang. Bie nak sayang ikut. 3 minggu tu lama sangat. 😭", qaisara memandang zafran. Dia bermain dengan janggut ciput zafran.
"Sayang kena jaga spa. 3 minggu je. Pejam celik dah boleh balik.", zafran mengeluh. Dia memegang tangan qaisara. Beratnya hati nak tinggalkan qaisara. Baru je berbaik.
Qaisara bangun dari baring atas peha zafran. Zafran tak lepaskan qaisara. Dia ditolak ke peha semula. Qaisara menggeletek zafran.
Dia bangun dan terus cium kedua-dua belah pipi, dahi dan dagu zafran. Zafran mengalah. Dia tersenyum. Walaupun berat hati, qaisara dah cuba meyakinkan dirinya untuk tinggalkan qaisara.
*****
"Saya betul ke tak nak duduk rumah mama sya? Mama bie ke?", soal zafran semasa memasukkan beg kedalam kereta. Qaisara menggelengkan kepala. Dia juga dah bersiap untuk ke spa.Dia bersalam dengan zafran. Seperti biasa, zafran akan mencium 6 bahagian muka qaisara. Dan terakhir sekali pada bahagian ubun-ubun. Semahu-mahunya zafran tak nak lepaskan qaisara.
Qaisara melambai tangan pada zafran sampai lah kereta zafran hilang dari pandangan. Dia masuk ke dalam keretanya pula untuk spa.
"Kak qai, kenapa ada pelanggan yang panggil akak puan? Akak dah kahwin ke? Awal tahun hari tu masih cik kan?", soal seorang pekerja qaisara. Fitri pula masih setia mendengar sambil mengemas barang. Dia tersenyum sinis.
"Ada pelanggan panggil akak 'puan'? akak pun tak perasan", qaisara tak menjawap soalan. Dia tahu mesti pekerjanya akan menggesa untuk dapatkan jawapan nanti.
"Err, kak. BIE akak call. Ni bukan encik zafran ceo keempat syarikat depan ni ke kak?", fitri menghulurkan telefon qaisara yang berdering. Qaisara cuak. Dia takut kalau fitri tahu siapa isteri zafran. Tak. Dia cuma tahu zafran dah bertunang.
"Hah? Muka sama kot~~", qaisara tinggalkan pekerjanya dikaunter. Telefon yang berdering diangkat lepas keadaan sekeliling diperiksa.
"Assalamualaikum bie.",
"Waalaikummussalam. Sayang dah solat asar? Solat zohor tak tinggal kan?", soal zafran.
"Bie ni! Mesti la sayang dah solat. Bie kan selalu marah sayang kalau sayang lambat solat?",
"Bagus la",
"Bie dah sampai ke? Bie dah makan?",
"Dah dan dah. Bie tak tinggal satu pun yang sayang pesan malam tadi.", zafran mengenyitkan mata walaupun qaisara tak ada didepannya. Dia rindu dengan qaisara. Baru beberapa jam belum 3 minggu lagi.
Setiap hari dan setiap malam zafran akan telefon qaisara. Kalau ada masa, akan video call. Zafran setia telefon qaisara 3 kali sehari. Bila dah call, mesti rasa macam tak nak tutup. Nasib baik qaisara pujuk.
"Sayang.. lagi seminggu je lagi. Tak sabar nak balik.", zafran menjerit keriangan dalam telefon. Qaisara hanya ketawa dengan gelagat zafran. Mengalahkan kanak-kanak.
*****
Awal pagi lagi qaisara pergi melawat keluarga mentuanya. Dah lama tak datang. Dia kena melawat juga tanpa zafran.Qaisara hanya berbual dengan tuan ammaruddin. Puan zainab? Dia cuma menjeling dan kemudian minta diri. Kononnya ada appointment dengan spa 5 bintang!
"Papa dah hantar client tu balik australia. Zafran tu duduk lagi seminggu sebab papa yang suruh. Nah- -", papa menghulur satu surat pada qaisara. Dalam tu terdapat satu alamat resort.
"Resort apa ni paa?", alamat tadi dibelek kalau-kalau ada tulisan lain.
"Zafran ada dekat sana. Tutuplah spa tu sekejap. Pergi honeymoon dengan zafran. Seminggu je. Yang lain-lain tu kamu uruskan sendiri.", jawap tuan ammaruddin dia dah rancang honeymoon menantunya tanpa pengetahuan kedua-dua pihak.
"Zafran dah tahu ke?", tuan ammaruddin menggelengkan kepala. Dia tersengih. Qaisara menepuk tangan. Gembira dan teruja dapat buat kejutan pada zafran.
"Terima kasih papa! Sayang papa. Tapi nak pergi bila?",
"Pergi esok pagi lagi baik. Tak kan kamu nak bawa kereta seorang diri tengah malam? Papa tak benarkan. Kalau zafran tahu mesti dia marah.", cadang tuan ammaruddin. Dia tahu zafran tak kan benarkan qaisara pandu kereta tengah malam sampai ke terengganu. Qaisara akur. Lepas makan malam dan solat bersama, qaisara balik ke rumah untuk mengemas baju.
Baju untuk seminggu dan barang keperluannya diletak atas katil. Beg roda saiz sederhana dicari dalam almari. Semua barang dimuatkan dalam satu beg. Satu lagi beg tangan nya yang simple untuk dibawa travel.
'Tingnong'
"Sir, room servis", loceng ditekan lagi. Zafran terus bangun.
"Kenapa room servis datang? Aku tak panggil pun.", zafran menggarukan kepala. Dia tak ada pula pesan apa-apa. Dia memandang kearah bilik yang bersepah.
"Ok juga kalau datang kemas bilik aku. Dah macam tongkang pecah.", dia terus membuka pintu. Matanya terbeliak.
"Sa.. sayang! Sayang buat apa dekat sini? Bie rindu sayang.", badan qaisara terus dipeluk. Qaisara terkejut melihat bilik zafran yang bersepah.
"Assalamualikum bie. Sayang pun rindu bie. Niiii.. Sayang nak marah ni! Sepahnya bilik!", lengan zafran dicubit. Terus hilang rasa rindu. Rasa serba salah pula datang.
Zafran menundukkan muka. Beg qaisara dibawa masuk dan Pintu ditutup. Satu-persatu barang zafran diatas lantai dikutip. Zafran turut mengutip barang laju-laju.
"Sayang, kita panggil room servis je la. Hehe. Bie simpan laptop sekejap. Lepas tu kita makan. Naik nanti mesti dah kemas.", cadang zafran. Qaisara memandang zafran geram. Dia menyilangkan tangan.
Siap tukar baju, zafran menarik tangan qaisara ke luar bilik. Kad 'clean this room' disangkut pada tombol pintu. Resort ini mengamalkan etika yang sama dengan hotel. Makanan juga boleh dihantar ke bilik.
Lepas makan, zafran bawa qaisara jalan ke tepi pantai. Main kejar-kejar gigi air dan macam-macam lagi.
"Sayang, macam mana sayang boleh datang sini? Eh! Sayang bawa kereta sendiri ke?!", soal zafran. Baru dia teringat untuk tanya soalan tu. Dah lama terlintas tapi terus hilang bila dimarah. Qaisara menganggukkan kepala.
"Papa yang suruh sayang datang. Dia kata client bie dah balik australia. Papa saja je nak biarkan bie duduk dekat sini lagi seminggu.", terang qaisara.
"Oh, jadi papa suruh sayang datang untuk kita honeymoon la kan?," zafran tersengih nakal. Qaisara menjeling. Pinggang zafran pula dicubit.
"Aduh. Haa.. ni bie nak marah! Kenapa drive sendiri?! Bie risau tahu tak? Kenapa tak naik bas ke suruh pak tam hantar ke? ", qaisara memandang laut. Kemudian menjeling kearah zafran.
zafran jadi geram dengan muka qaisara yang dikembungkan. Zafran menangkap pinggang qaisara untuk digeletek. Cepat-cepat qaisara elak dan lari ke tepi. Takut kalau zafran geletek dia sampai lembik.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...