Hari-hari qaisara berjalan dengan muram. Tak ada bercakap dengan zafran, tak ada ikat tali leher zafran. Semuanya berlaku seperti dia seorang bujang. Kecuali semasa solat. Yup, mereka solat jemaah.
Zafran pula banyak mengisi masa dirumah dengan fail bertimbun. Kalau dia keluar, dia akan balik dengan satu lagi timbunan fail.
"Kau dah ok ke? Aku nak jumpa kau la. Rindu",roslan menghantar mesej ke qaisara.
"Jumpa masa lunch la. Restoran sebelah spa aku", roslan akur.
*****
"Kau nampak dah sihat sikit. Dah semakin cantik macam dulu.", puji roslan."Kau ni. Ada ke orang sakit nampak cantik? Alhamdulillah. Aku dah ok sikit. Cuma badan sakit sikit. Nanti-nanti ok lah", jawap qaisara.
"Zafran tu ok ke? U ok ke bila dia keluar dengan ex dia?", soal roslan takut. Dia cuba mencari ayat yang sesuai sebelum bercakap.
"Entah la ros. Dia dah tak macam masa kitorang baru kahwin. Baru dua bulan kahwin. Dah macam-macam jadi. Dulu dia sweet. Sekarang...", qaisara mengeluh. Roslan mengangguk kepala.
"I dengar dia jumpa buku dengan gambar isyraf. I rasa dia depress. U ingatkan masa u berdua jumpa. I cakap dia patient i.", qaisara mengangguk.
"Oh ye, aku tak sempat nak tanya kau. Dia sakit apa?", soal qaisara
"Dia sakit jiwa."
"Hah!", qaisara terkejut.
"Aku gurau je lah, gila! Dia tu ada masalah sikit. Semua bermula dari haiqa. Haiqa yang buat dia depress.", jelas roslan. Qaisara faham. Mungkin tak perlu diterangkan.
"Apa yang aku boleh buat supaya dia jadi macam dulu?",
"Actually u kena usaha lebih sikit. Sebab u kena bersaing dengan haiqa. U know what? Haiqa tu hebat juga godaan. Dengan skirt pendek. Botot tonggek. Rambut gerbang. Lepastu, beli makanan bungkus dalam tupperware. Bagi dekat zafran then cakap dia yang masak.", terang roslan. Dia tahu semuanya pasal haiqa.
"Oh, macam tu. Bersaing macam mana?", qaisara masih belum dapat idea.
"U cuma kena buat apa yang zafran selalu buat dekat u. Buat dia melting. Goda dia.", roslan memberi cadangan.
"Aku tak ready lagi nak goda-goda orang ni.", qaisara jadi takut. Mana taknya. Dia kena goda zafran. Lelaki yang sweet tapi berubah jadi singa.Roslan ketawa. Dia bisik sesuatu pada qaisara. "Ingat baju lingerie?", roslan mengangkat kening.
Tangan roslan dipukul dengan buku menu makanan. Geram.
"Kalau kau nak tahu, zafran pernah masuk wad sakit jiwa. Aku yang sumbat dia", kata roslan dengan bangga.
"Kenapa kau sumbat dia dalam wad tu? Dia teruk sangat ke?," Soal qaisara pelik. Tangannya mengacau straw minuman.
"Dia serang haiqa. Boyfriend haiqa pula kena cekik. Haha, dah la dia cekik orang tu masa jadual rawatan aku. Dia lari dari jumpa aku. Aku pula jenis yang kalau pesakit tak datang, aku pergi cari. Memang kena la.", sambung roslan. Dia tak berhenti ketawa bila teringatkan zafran.
"Haha, kau selesaikan pergaduhan tu la? Wahh!! kuat gak kau", usik qaisara.
"Woi! Aku masih lelaki. Sebab tu la zafran panggil aku lan. Bukan ros. Dia takut dengan aku. Sebab aku tumbuk dia. Bila dia dah lemah, aku tarik dia masuk kereta. Aku bawa pergi wad sakit jiwa. Sampai lah tuan ammaruddin datang untuk lepaskan dia.", terang roslan lagi. Qaisara rasa bangga dengan roslan. Jangan main-main dengan sotong. Itulah ayat yang roslan selalu sebut.
Qaisara perlu berusaha! encik suami get ready. Ara balik dengan semangat baru.
Balik dari spa, qaisara masak macam-macam jenis makanan. Tapi..
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomantikSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...