BAB 6 (ISYRAF)

9K 302 0
                                    

Qaisara memandang laptopnya lama. Setiap gambar dalam laptop dibelek. Ada yang dibuang, ada yang disimpan dalam fail khas. Sampai pada satu gambar. Gambar qaisara dan isyraf buat kali terakhir di hospital.

"Siapa lelaki tu? Dia pun ada buat kau sakit hati ke? Bukan semua aku dah uruskan?", soal eddy yang tiba-tiba muncul.

Qaisara terus menutup laptopnya sedikit. "Kenapa tak ketuk dulu pintu?!",

"Aku dah ketuk tapi kau tak jawap. Jadi Aku masuk la. Siapa lelaki tadi?", eddy memujuk qaisara untuk ceritakan semuanya tentang isyraf.

"Mama, papa dengan kak shima kenal dia. Aku dengan dia rapat masa kau masuk kolej dekat perlis. Sebab tu kau tak tahu. Nanti la aku cerita kalau kau nak tahu sangat.", jawap qaisara malas. Dia masih berat hati ubtuk bercerita. Kalau boleh, dia nak lupakan semua tu.

Eddy masih menunggu. Mata qaisara ditatap lama. "Kalau kau tak cerita. Mana aku nak tahu dia tu baik ke jahat. Dia buat kau menangis kot.",

"Dia baik. Dia tak buat aku menangis pun.", kata qaisara. Qaisara mengeluh perlahan. Semuanya berlaku setelah hampir 4 tahun lepas. Perkara yang sangat berat buatnya.

"Kau ambil la buku ni. Isyraf bagi aku dulu. Kau fahamkan dulu cerita ni. Baru datang tanya aku.", qaisara menghulur satu buku nota sekolah yang hampir sama dengan buku sebentar tadi.

Eddy mengambil dan terus keluar dari bilik qaisara. Dia tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

m/s 1.

ASSALAMUALAIKUM my heart, my love, my sweetie.

Kau dah buat aku berubah.
Berubah kearah yang baik.
Aku nak cakap kau ni 'my heartbeat'
Tapi, boleh ke aku bernyawa lagi?
Aku tak nak bila jantung aku berhenti, kau pun berhenti dari bergerak.
Aku tak nak kau sedih.

Bila kau dah dapat buku ni, bermaksud aku dah tak ada. Jangan menangis lama-lama.
Air mata kau berharga.
Kau sedih, aku lagi sedih.
Be pretty my love ♡

m/s 2 - 5
Satu gambar jantung dan hati yang besar dilukis dengan kemas dan berwarna merah. Ada beberapa bahagian yabg diwarna dengan warba merah jambu dan warna ungu.
Eddy membuka halaman seterusnya. Gambar tersebut seperti didekatkan lagi. Corak pada jantung dan hati tersebut semakin jelas.

Pada muka surat 5, terdapat nama pada jantung dan hati tersebut.

Warna ungu 'Doktor kata aku sakit dekat sini. Tapi sekarang dah merebak.' Warna merah jambu pula terdapat nama umi, babah, Allah, para rasul dan qaisara.

Eddy terkejut dengan tulisan pada lukisan tersebut. Dia terdiam.

"Siapa dia ni? Aduh. Sakit ke dia ni?", soal eddy sendiri. Rambutnya di tolak kebelakang.

m/s 6

14/5
Tengah best lepak dengan geng. Tiba-tiba ada pengawas datang. Nasib baik aku ada. Kalau tak dorang mesti dah kacau dia. Tapi, Siapa pengawas yang jaga tangga belakang tadi?

15/5
Hari ni aku jumpa dia lagi. Mungkin minggu ni dia bertugas jaga tangga belakang.

16/5
Kenapa dia nampak takut nak datang dekat tangga? Aku dah susah-susah halau dorang cuma nak jumpa dia. Esok aku kena jumpa dia. Sebab hari jumaat aku kena jumpa doktor.

17/5
Asal lah jantung aku sakit masa dia datang?! Tak pasal dah termarah dia tadi. Ah. Esok aku nak datang sekolah juga. Doktor tu lantak lah.

18/5
Tak guna! Mak ngah hantar aku pergi hospital hari ni!. Tak pe, minggu depan aku akan cari tempat yang dia bertugas.

"Uish dia ni. Tak kan satu buku ni penuh pasal qaisara? Dia ingat ni novel ke?", eddy terus beralih ke muka surat terakhir.

MUNGKIN INI YANG TERAKHIR

Qaisara, aku minta maaf.
Aku tahu setiap hari aku selalu cakap sesuatu yang kau tak suka macam 'tak lama lagi aku akan ikut mak dengan ayah aku. Cuma aku tak pasti sama ada dapat jumpa atau tak. Aku takut mak ayah aku dekat syurga tapi aku dekat neraka'

Aku tahu kau marah. Lagi-lagi bila aku suruh kau jangan datang. Aku pernah halau kau. Aku pernah suruh kau pergi kedai masa aku kena masuk wad kecemasan.

Tapi aku nak kau tahu. Aku tak nak kau nampak aku sakit. Air mata kau buat aku lagi sakit.

Satu je aku minta. Nanti jangan menangis bila aku dah tak ada. Jaga diri kau baik-baik. Jangan jadi pendiam sangat. Love you.

Eddy menutup buku tersebut. Dia tak sanggup untuk habiskan satu buku. Cukup hanya beberapa muka surat. Hati dia juga terasa sakit. Mungkin sebab tu qaisara jadi macam ni.

"Aku kena buat sesuatu". Kata eddy sambil menggenggam tangannya.

Eddy keluar dari biliknya dengan buku isyraf di tangan.

"Eddy dah habis baca ke?", sergah qaisara dari tepi.

"Ish kau ni. Baca doa keluar tandas dulu! Terkejut aku.", eddy mengurut dadanya.

Selesai membaca doa, qaisara memandang buku yang eddy pegang dari tadi. "Nah---

Kring kring

Eddy terus menjawap panggil telefonnya.

"Azam excident dua hari lepas?! Bukan hari tu dia main bola sekali dengan kita? Oh. Aku on je. Bile nak melawat? Petang esok? Bawa shima dengan anak dia? Ayah azam suruh? Ok. Nanti aku tanya shima. Waalaikummussalam.", eddy matikan panggilan. Kemudian memandang qaisara.

"Em, buku ni.. Jangan.. er.. em simpan elok-elok. Jangan buka selalu. Kau sepatutnya guna buku ni untuk bagi semangat dekat diri kau. Bukan buat kau stress. Bayangkan kalau arwah masih ada. Mesti dia sedih tengok kau. Ok?", soal eddy sambil menghulur buku nota tersebut. Qaisara sambut huluran sambil mengangguk kepala.

"Tadi tu kenapa? Azam? Dia excident? Kenapa dengan kak shima?" Soal qaisara tanpa henti.

"Kau budak bawah umur. Lain kali jangan masuk campur hal orang tua.", eddy menggosok kepala qaisara dan berlari ke tangga rumah.

"Kau jangan la macam ni. Nanti aku nak jawab apa dekat ayah azam? Jumpa je lah dengan dia. Tolong la weh. Kesian dia. Ayah dia kata setiap malam azam meracau panggil nama kau.",eddy memujuk shima tanpa henti.

Shima pula hanya memandang keluar tingkap sambil mendodoikan misha. "Aku tak nak.", jawab shima sepatah.

Mendengarkan jawapan shima, eddy mengeluh perlahan dan memandang misha redup. Tiba-tiba misha menangis. Dia menangis teruk sehingga merah satu mukanya.

"Eh. Misha kenapa ni sayang. Shu shu shu. Tidur tidur. Mama buat salah ke? Kau la ni eddy! Aku dah kata tak nak kan?!", eddy pula dipersalahkan.

Sekali lagi misha menangis teruk. Mungkin misha membantah pilihannya tadi teka shima. Shima terdiam lama.

"Ye lah. Aku pergi melawat azam esok. Tapi janji kau ada dengan aku. Jangan tinggalkan aku dengan misha.", kata shima.

"Iye. Aku ada dengan kau. Kalau nak bawa qaisara pun boleh.",

"Eh tak pe. Tak payah bawa qaisara. Aku tak nak dia tahu apa-apa.", tak semena-mena tangisan misha semakin perlahan sehingga tertidur.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now