BAB 15

7.1K 248 4
                                    

"Mama, i have tried to know that girl. Tapi, awal-awal lagi dah kantoi. Mama nak ke fran jadi pak sanggup?", soal zafran. Mamanya sudah naik angin bila dia batalkan pertunangan yang akan dijalankan.

"Mama akan bawa anak kawan mama yang lain. Mama tak kira! Jangan bantah arahan mama.",

"Sudah la tu. Biarlah fran nak kahwin dengan siapa yang dia nak. Jangan paksa dia. Awak sendiri nampakkan kesan kahwin paksa dalam keluarga kita?", soal tuan ammaruddin. Mama mendengus geram.

*****
Qaisara keluar dari spa. Pintu dikunci dari luar.

"Qaisara. ", tegur seorang lelaki lemah dari belakang. Qaisara terus pusing kearah lelaki tadi.

"Er... Encik zafran... kenapa?", soal qaisara risau. Muka zafran nampak penat dan lemah.

"Nah.",zafran menghulurkan satu kotak kecil. Qaisara hanya memandang kotak tersebut lama.

"Ambillah. Untuk awak. Saya rasa tak sedap badan ni. Tak boleh lama-lama.", sambung zafran.

"Tapi.. tapi ni apa?", qaisara jadi ragu-ragu. Zafran terus melutut dihadapan qaisara. Bunga ros dari poket seluar belakangnya dihulurkan sekali.

"Eh.. encik zafran. Bangunlah. Jangan buat saya risau. Encik nampak tak sihat ni.", qaisara mengambil kotak dan bunga tersebut dan minta zafran bangun dengan cepat.

"Fikirkan pasal ni ye. Saya minta diri dulu.", zafran pergi ke keretanya. Qaisara terdiam.

"Fikir ape? Eh kotak dengan bunga ni? Alamak. ", dia menggaru kepala yang tak gatal.

Selepas solat isyak, qaisara baring atas katil. Kotak yang zafran bagi ditenung lama. Perlahan-lahan dia buka.

Cincin dari kotak terus terjatuh bila kotak dibuka secara tonggeng ke arah mukanya. Dalam kotak tertulis 'will you marry me?'

"Hah?! Jap. Dia series ke? Kenapa tiba-tiba?", qaisara bangun dari baring.

*****

Zafran memandang cermin dalam bilik air. Dia menggenggam sinki dengan kuat. Satu badannya berpeluh.

"Arghhh!! Kerja gila apa aku buat ni?!! Kalau dia tak terima aku? Kalau mama tak restu? Arghh!!!!", zafran menjerit sekuat hati. Badannya menggigil.

Perlahan-lahan zafran pergi ke jakuzzi. Air panas dibuka. Badannya dimasukkan dalam air.

Ting!
"Are you ok? I saw you dengan owner spa tu. You buat apa dengan dia?", mesej dari bekas teman wanita zafran masuk. Sebab perempuan ni lah dia berubah. Dia tak tahu mana satu perasaan cinta. Semua yang dia buat jadi tak betul.

Zafran mengangkat tangan keudara. Telefonnya hampir dicampak ke lantai.

Ting! Satu lagi mesej masuk.
"You look sick. Ada masalah ke? I dah cakap dengan you. You boleh mengadu dengan i. I kan doktor phsycologist you." - roslan

"Lan, bagi aku masa boleh? Nanti kalau aku tak boleh handle, aku jumpa kau.", cuma zafran sahaja yang berani memanggil roslan dengan panggilan lan. Qaisara pernah memanggilnya lan dulu. Tapi roslan marah.

Zafran tertidur dalam jakuzzi. Tanggannya mula kecut. 'Tok tok'

"Fran! Buka pintu ni. Dah pukul 1 dah ni!", jerit tuan ammaruddin. Dia risau dengan anaknya yang balik dalam keadaan lemah.

Ketukannya langsung tak dibalas. Tuan ammaruddin turun dan ambil kunci pendua.

Zafran terkejut dengan kehadiran papa. Badannya di balut dengan tuala. Dia baru saja tersedar masa papa mengetuk pintu bilik air tadi.

"Papa, kenapa masuk bilik air fran ni? Tak de privasi lah papa ni.", zafran memuncungkan mulutnya. Tuan ammaruddin ditinggalkan dalam tandas.

"Tengok dah pukul berapa. Dah pukul satu pagi! Kamu buat apa berendam lama?", badan zafran yang masih basah dibelek. Tangan zafran yang mengecut digenggam. Bibir zafran yang membiru dan meminggigil dipandang lama.

"Janganlah fikir sangat pasal mama.", tuan ammaruddin keluar dari bilik. Dia membiarkan anaknya berehat.

Dah genap seminggu zafran memberikan cincin. Tapi qaisara langsung tak memberi jawapan.

"Saya kata saya nak jumpa boss awak!", jerit seorang wanita berumur 40-an.

"Puan. Ada apa ye? Sayalah owner spa ni. Kita bincang dekat dalam jom.", qaisara cuba menenangkan wanita tersebut.

"Aku dah ingatkan kau. Jangan ada apa-apa hubungan dengan anak aku. Aku tahu minggu lepas dia ada bagi cincin.", wanita tersebut rupanya mak kepada ceo keempat di syarikat depan kedai qaisara.

"Oh, puan zainab rupanya. Saya memang nak pulangkan cincin ni. Saya bagi pada puan lah ye? Sebab saya tak sempat nak jumpa dia.",

"Sedarpun! Kau tu tak layak untuk anak aku. Kau ingat dia suka kau? Kalau dia suka sekali pun, aku tak pernah bagi restu. Jangan berangan nak jadi menantu! ", kotak cincin dirampas dari tangan qaisara. Dia terus keluar dari spa.

Qaisara terasa seperti dihina. Air matanya mengalir. Bukan sebab zafran. Tapi sebab ayat yang puan zainab hambur padanya tadi.

Seperti biasa, qaisara akan menutup spa pada waktu senja. "Assalamualaikum", tegur satu suara yang qaisara kenal. Qaisara tak pusing belakang. Dia terus berjalan ke kereta.

"Qaisara! Awak tak nak terima saya ke? Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan buat saya macam ni", zafran menahan pintu kereta qaisara dari tertutup.

"Saya minta maaf. Tapi saya tak boleh terima.",

"Kenapa?", Suara zafran yang garau menjadi perlahan dan mendatar.

"Awak bayangkan. Semua orang yang hidup mesti akan pergi. Kalau kita kahwin, saya tak janji saya boleh hidup lama dengan awak. Saya tak janji boleh selalu ada disisi awak. Saya takut saya luka kan awak.", jawap qaisara panjang. Zafran terkejut dengan jawapa qaisara. Tangannya terlepas dari pintu kereta.

"Aku Minta maaf zafran. Aku tak tahu apa yang aku cakap tadi. Aku tak tahu alasan apa aku patut bagi", qaisara menangis semasa memandu.

"Dia sakit ke?", bisik zafran.

"Hari ahad depan jumpa boleh?", zafran menghantar mesej ke roslan.

"Boleh. Just set tempat dan masa", balas roslan. Zafran tersenyum.

*****
Zafran cuba mengawal serabut dikepala. Sekejap-kejap matanya mengerling luar tingkap. Berharap qaisara keluar dari spa. Kalau sehari dia tak nampak qaisara, habis fail atas meja dicampak kelantai.

"Kau kenapa? Kebelakangan ni aku tengok kau macam ada masalah. Tengok pejabat kau!", eddy mula naik angin bila melihat zafran yang sedang tertunduk tak bergerak. Hanya gelak perlahan yang keluar dari bibirnya.

"Woi! Kau apasal ha?!", eddy menarik kolar baju zafran. Zafran menepis. Badan eddy dipeluk.

"I want you. Please. Jangan buat aku macam ni. Aku tak nak kahwin dengan anak kawan mama.", zafran duduk mencangkung. Air matanya mengalir.

"Bawa mengucap zafran. Kau dah solat zohor ke belum? Jom pergi solat lepastu kita pergi makan.", badan zafran yang lemah diheret ke surau.

Sesudah solat, barulah muka zafran nampak berseri. Masalahnya sepeeti hilang dibawa air wudhuk.

"Aku dah cakap. Kalau ada masalah, jangan sesekali tinggalkan Allah. Kau lupa nak makan ubat tekanan kau ke?", soal eddy.

"Aku.. aku nak jumpa doktor tu balik. Aku rasa macam haiqa datang balik. Hati Aku sakit wehh.", adu zafran. Dia berpusing mengambil al-quran di atas rak dan minta eddy tinggalkan dia sendirian.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now