BAB 10

7.9K 291 1
                                    

"Ibu..ma maafkan sh sham. Maafkan kan sham ibuuu.. sham jan janji tttak buat dah ah. Kak kki kiraa..", langkah zafran semakin laju bila terdengar suara yang sangat dia kenal sedang menangis dan merayu. Kereta zafran di parkir di belakang rumah neneknya.

"Kau diam! Berapa kali dah kau janji? Tapi kau curi juga ayam pak hamid tu! Kau malukan aku! Anak tak guna! Dah la OKU. Menyusahkan aku!", marah makngah sambil memukul sham yang diikat pada pokok.

"Betul ibu. Dia ni menyusahkan nenek jugak. Selalu sangat mencuri ayam goreng pak hamid tu.", kata kakak sham, shakira yang sengaja mengapi-api.

"Sudah Makngah! Kira kau diam!", zafran menunding jari pada shakira kasar. Terus dia melepaskan sham dari ikatan.

"Ab abang asy sy. Sh sham sa sakit. Sham tttak cu curi punn.", kata sham dengan gagap. Sham memang kurang keupayaan untuk bercakap dengan betul dan jelas.

Qaisara dan eddy hanya memandang zafran yang memeluk sham. Kemudian sham mengangkat kepala. memandang ke arah qaisara.

"Nnnni ke awwwek abbbang yang abang cerritta tuuu? Sebb belah tu siappa? Hennnssseemmm," kata sham sambil tersenyum. Badan zafran ditolak sedikit ketepi. Air mata dilap dengan tangannya. Zafran hanya menggelengkan kepala.

Tiba-tiba sham memeluk qaisara. Qaisara terkejut tapi dia masih membalas pelukan. Beg yang dibawanya dilepaskan ke bawah.

"Kaakkkak cantikkk. Shaammm sakkit. Tengook ni. Ibbu pukkul", sham mengadu pada qaisara. Qaisara hanya melayan dengan kasih sayang. Dia memang nak kan seorang adik. Eddy mengusap badan sham. Dia teringat kata-kata zafran. sham tak suka kalau ada orang sentuh kepalanya.

Tapi yang peliknya. Bila qaisara mengusap belakang kepalanya sambil membalas pelukan, sham langsung tak bertindak negatif. Malah lagi sayang dan selesa.

"Cucu tok ma dah sampai. Maghi sini cucu tok ma ni. Tok ma nok cium sikit.", kata tok ma. Sengaja dia bercakap ala-ala orang tradisional. Memang tradisional pun. Tapi nenek zafran seorang yang berkembang mengikut masa.

"Hahah. Nenek dah la tu. Ada kawan asyraf ni.", zafran tertunduk malu.

"Mana kawan tengku zafran asyraf? Tok ma nak tengok sikit. Tadi tok ma dengar sham kata awek kamu?", tok ma menjongketkan kening. Zafran menggelengkan kepalanya supaya tokma berhenti dari mengenakannya.

"Habis la aku. Aduh sham ni. Kalau qaisara dengar mati aku.", bisik hati zafran. Dia menggaru kepala yang tak gatal.

Makngah dan shakira hanya memandang sham dengan geram. Shakira terasa panas. "Zafran bawa perempuan mana pula ni? Ish!", bentak hati shakira.

Tokma menempatkan bilik mereka. Beg-beg telah dibawa masuk. Tiba-tiba makngah minta diri untuk pulang. Anak-anaknya ditinggalkan. "Mak, shahmi kata habis kelas nanti dia datang.", bisik makngah.

"Iye lah tu. Anak kau si shahmi tu mana nak datang tengok mak dah. Dua orang tu pun datang sebab kau sibuk je. Masa perlukan aku baru nak datang cari. Kalau tak, setahun kau tak balik",

"Alah mak ni. Cucu mak juga.", makngah terus keluar dari rumah. Malas nak layan maknya.

Selesai menukar baju, qaisara keluar dari bilik untuk membantu kerja yang sepatutnya. Waktu makan malam hampir tiba. Walaupun tokma menegahnya dari buat kerja. Qaisara tetap berkeras.

"Qaisara tolong panggilkan asyraf sekejap.", pinta tokma. Tangannya ligat memotong sayur. Qaisara terdiam.

"Asyraf? Siapa asyraf?", dalam fikirannya mula teringatkan nama isyraf. Tokma memandang qaisara yang masih terpaku. Apa yang qaisara fikir agaknya.

"Tak payah harapkan orang lain tokma. Kira boleh pergi panggil.", shakira berlalu sebelah qaisara. Sengaja bahu mereka dilagakan.

"Abang asy! Tokma panggil",

"Abang? Sejak bila budak ni panggil aku abang?", bisik hati zafran. Setahunya kira lah yang paling susah nak hormat orang. Zafran terus kedapur. Dia memandang qaisara yang sedang membantu tokma.

Zafran memeluk tokma dari belakang. Kepalanya di letak pada bahu tokma. "Kenapa tokma?", soalnya manja. Qaisara hanya memandang sekilas. Mengadanyaaaa.

"Kamu pergi tangkapkan ayam boleh? Pergi dengan eddy ye?",pinta tokma. Zafran terus berlalu. Tangan bajunya disinsing ke paras siku.

"Dah. Kira, kamu pergi jaga adik kamu. Nanti ditelannya wayar telefon asy dengan eddy.", kata tokma. Sham memang tak boleh dibiarkan seorang diri. Dia bukan sahaja kurang keupayaan bercakap. Dia juga akan membuat sesuatu tanpa sedar.

"Alaa tokma. Dia boleh jaga diri. Tu. Suruh qaisara. Dia duduk je dari tadi.", kira memuncungkan mulutnya kearah qaisara.

"Dia potong bawang dari tadi. Kamu tu yang berehat dari tadi. Kamu nak tukar kerja dengan dia?", soal tokma. Dia tahu cucunya tak suka membuat kerja dapur. Entah kenapa hari ni menyibuk nak ke dapur.

"Haa. Boleh. Kira pandai lah potong-potong semua tu. Kacang je", shakira bercakap dengan yakin sambil menjeling qaisara.

"Kalau macam tu. Qaisara basuh tangan. Lepastu jagakan sham boleh?", pinta tokma. Banyak yang dia kena uruskan. Nasib baik ada cucu-cucu nya.

"Boleh tokma.", qaisara membasuh tangan dengan sabun sambil tersenyum.

Qaisara menghampiri sham yang termenung ke luar tingkap. "Buat apa tu?", tegur qaisara. Sham memandang qaisara terkejut. Dia mengeluarkan pemadam dari mulutnya. "Eh. Kakakk can cantikk.", qaisara terkejut. Pemadam tadi terus dirampas dengan lembut.

"Kenapa makan pemadam? Sham lapar ke?", sham menggeleng

"Sham bosan. Tak de kawan. Abang asyraf dengan abang hensem keluar. Sham kawan la dengan benda tu.", jawap sham dengan gagap. Qaisara cuba untuk faham percakapannya.

"Kalau kawan kenapa masuk mulut?",

"Kalau abang asyraf. Dia selalu bagi sham masukkan tangan dia dalam mulut. Dia ok je. Kenapa tak boleh masukkan pemadam juga?",

"Pemadam ni kotor.", qaisara menarik tangan sham keluar dari mulut. Sham hanya akur.

"Ya allah! Tokma kata nak buat sup sayur. Bukan acar! Tu lah. Tadi kata pandai sangat. Habis sayur tokma.", marah tokma dari dapur. Shakira hanya memandang lantai. Sham yang terkejut terus menutup telinga. Dia takut dengar orang bergaduh.

Qaisara mengusap kepala sham tanpa sengaja. Terus sham memandang qaisara tajam. Qaisara terkejut dengan wajah sham yang garang. Sham bangun dan menerkam qaisara.

"Ahh--!", tapi jeritan qaisara terhenti bila sham memeluk qaisara. Dia ingatkan sham nak bertindak kasar. Nasib baik tak menjerit kuat.

"Sham rindu ayah yang dulu. Dia selalu gosok kepala sham. Tapi sekarang dia selalu pukul kepala sham." Sham menangis dalam pelukan. Gagapnya semakin menjadi. Zafran dan eddy yang baru siap menangkap ayam memandang sham dan qaisara.

"Mesranya.", usik eddy. Dia tahu zafran jeles. Dengan budak kecil pun nak cemburu.

"Diam lah kau. Budak tu kecil lagi. Biarlah nak peluk pun", zafran cuba menenangkan hati.

"Allahuakhbar!", zafran mengangkat takbir. Kesemua mereka menjadi makmum kecuali shakira dan sham. Selesai solat berjemaah, qaisara berbual dengan sham sementara menunggu masuk waktu isyak.

"Sham nak jadi macam abang asy. Abang asy selalu solat sebelah sham. Suara dia sedap.", kata sham. Tangannya bermain dengan telekung qaisara.

"Sham belajar la dengan abang asy. Nanti boleh jadi imam macam abang asy. "

"Nak jadi imam untuk akak juga.", sambung sham.

"Dia panggil aku Abang asy? Comelnyaa", bisik hati zafran. Senyumannya disorokkan dari eddy.

"Mana boleh. Abang asy nak jadi imam untuk akak ni.", usik eddy.

"Woi!!", zafran menyiku eddy.

tokma memandang qaisara dan sham. Dia teringat lagi tentang perempuan yang pernah zafran bawa atas permintaan mamanya. Habis sham dihina. Akhirnya malam itu juga dia balik. Katanya dia jijik dengan sepupu zafran.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now