BAB 16

7.1K 242 2
                                    

"Based on apa yang you cerita dekat i. I rasa i tahu seseorang yang hati kering macam budak tu.", roslan memandang anak mata zafran. Anak mata berwarna hitam kecoklatan yang menggoda dan kadang-kadang menakutkan.

"Aku tak nak jumpa sesiapalah lan. Aku nak selesaikan masalah ni. Mana tahu kau ada cara untuk buat perempuan tu cair.", jawap zafran. Mengangkat tangan memanggil pelayan untuk ambil pesanan.

"You tahukan cara i rawat orang macam mana? So, i ada satu cara yang sesuai dengan you. You kan tak boleh face on masalah you sendiri. So Dalam rawatan ni, i akan buat you face on dan insyaallah boleh dapatkan perempuan tu.", matanya di pusingkan bila menyebut tentang perempuan yang zafran suka.

Zafran mengganguk faham.

"Ok good boy. Now, just wait for my another patient. Jadi nanti you tanyalah apa you nak. Tanya dia kenapa perempuan tu cakap macam tu. Tanya tanya dan tanya.",

"Lama lagi ke? Aku nak pergi tandas jap.", zafran meminta diri.

"You jangan lari pula. Nanti i kejar you. Then sumbat you dalam wad sakit jiwa macam dulu.", usik roslan. Dia tahu zafran tak kan lari. Perkara lama tak kan berulang.

Roslan bermain dengan airnya.

"Woi. Assalamualaikum ros. Kau dah kenapa minta aku jumpa dengan pesakit kau?", tegur qaisara. Kerusi ditarik dan punggungnya dihempas.

"Waalaikummussalam. Kau ni! Terkejut aku tahu tak? Ni haa.. aku cakap dekat dia yang kau ni pesakit aku. Ye lah. Kau kan philophobia. Mungkin kau boleh tolong dia.", jawap roslan. Dadanya diurut lembut.

"Kira macam reunion pesakit kau la ni?", seloroh qaisara.

"Nak kata bodoh. Tak bodoh. Ada juga kena sekeh dengan aku nanti. Dah tunggu je sampai pesakit aku datang.",

Zafran jadi ragu-ragu untuk ke meja. Dia nampak roslan dengan seorang perempuan. Perlahan-lahan dia berjalan.

"Ok. Lets introduce each other. Zafran, Kenalkan ni qaisara. Qai, ni zafran.", terang roslan. Qaisara yang sedang mencapai sesuatu dalam beg tangan terus memandang ke arah zafran. Dahinya berkerut.

"Tak payah nak berkerut sangat. Kau ingatkan cerita yang aku cakap dekat kau semalam?", soal roslan. Qaisara mengangguk.

"Apa yang perempuan tu cakap dekat encik?", soal qaisara. Mereka masih pura-pura tak kenal sama sendiri.

"Dia cakap Awak bayangkan. Semua orang yang hidup mesti akan pergi. Kalau kita kahwin, saya tak janji saya boleh hidup lama dengan awak. Saya tak janji boleh selalu ada disisi awak. Saya takut saya luka kan awak. Boleh saya tahu kenapa perempuan tu cakap macam tu.", terang zafran panjang lebar. Ayat qaisara minggu lepas diulang bulat-bulat.

"Mungkin dia ada penyakit yang merbahaya. Membawa maut mungkin?", qaisara berdalih. Lidahnya yang tergigit ditahan dalam mulut. Zafran mengangkat kening.

"Kalau aku kata aku sanggup? Sanggup terima dia macam mana dia sekali pun.",

"Jangan terlalu ikut hati, encik. Mungkin sekarang encik boleh berjanji. Nanti boleh ke encik tepati? Sudah la.", qaisara mengeluh kecil. Zafran mula menyoal perkara pelik. Telinganya merah menahan marah.

"Macam mana satu hubungan tu nak terjalin kalau tak dapat restu? Encik pergi balik tanya mak encik. Cincin tu saya dah pulangkan dekat puan zainab minggu lepas", qaisara terus bangun. Beg tangannya ditarik ganas.

Zafran dan roslan tercengang.

"Wait. What was that? Cincin apa ni?", soal roslan. Zafran hanya mendiamkan diri.

"You know each other ke? Dia ke yang you suka? Dia ke yang bagi ayat tu dekat you? Eh.. ehem. Maafkan saya ", baru roslan tersedar dia tak bersikap professional ketika itu. Baju dan rambutnya dikemaskan.

Tangan zafran menggenggam kaki meja.

"Zafran, Rileks. Ada cara lain dalam hal ni. Kita bincang dengan dia dan mama you dengan baik. Dia pun dah mengaku kenapa dia cakap macam tu dekat youkan?", roslan cuba memujuk. Zafran melepaskan genggaman.

"Apa yang kita boleh buat?," soal zafran.

"You kenal abang diakan? You bagi i cakap dengan abang dia. Lepas tu, you settlekan masalah ni dengan parents you. Yang abang dia tu, biar i yang settlekan. Kita bahagikan tugas.", cadang roslan. Zafran akur. Telefonnya dikeluarkan. Nombor eddy diberi pada roslan.

"Minum air ni. You still ada ubatkan? Makan ubat tu kalau you rasa depress. Now, have a good rest.", roslan menghulur gelas air pada zafran.

Zafran menolak rambutnya kebelakang dengan kasar. Air diteguk laju.

*****
Kereta diberhentikan dihadapan pagar yang tertulis 'tanah perkuburan islam Al-zahra'

Qaisara mengambil buku yassin dan sebotol air mineral dan beberapa kelopak bunga yang dibeli tadi. Kubur yang sangat dia kenal dicari.

Dia bersila atas tanah tanpa alas. Semut api yang berjalan langsung tak diendah. Botol air mineral dibuka kemudian kelopak bunga tadi dimasukkan dalam botol yang berisi air.

Habis bacaan yassin, dia menuang air bunga bermula dari bahagaian batu nisan.

"Dah lama aku tak datang. Aku minta maaf isyraf. Bila aku ada masalah baru nak cari kau. Aku tahu aku bukan kawan kau yang baik. Kau tak patut suka aku. Akupun.. aku sayang kau.", qaisara menangis ditepi kubur.

"Aku tak tahu apa yang aku dah buat. Aku rasa serba salah dekat semua orang. Aku takut kalau aku kehilangan orang yang aku sayang lagi.", dia tak berhenti dari mengadu walaupun dia tahu dia cuma berdepan dengan kubur isyraf.

"Ok lah. Dah nak senja ni. Nasib baik aku dah solat asar. Hehe. Aku pergi dulu. Nanti kalau ada masa aku datang lagi. Assalamualaikum.", qaisada membersihkan dirinya dari semut api yang sudah naik ke kepalanya. Tanah yang melekat pada baju ditepuk.

"Waalaikummussalam. Qaisara. Pengawas yang pendiam. Aku ingat dah tak dapat jumpa kau.", tegur seorang lelaki sambil membawa cangkul. Cangkul diseret semasa dia menghampiri qaisara.

Qaisara terkejut. Lelaki tu kawan kepada arwah isyraf. Dia lah yang menuduh qaisara punca isyraf meninggal. Qaisara tahu kawan-kawan isyraf masih mencarinya.

Qaisara terus berlari ke kereta. Dia takut kalau diapa-apakan.

"Isyraf.. isyraf. Nasib baik aku sorang. Kalau yang lain ada. Aku akan balas dendam untuk kau. Dia akan mati dan terima sakit macam kau sakit dulu.", kata luqman dengan yakin. Cangkul tadi dicampak ke tepi. Kelopak bunga yang disiram dengan air dikutip dan dihidu.

"Makin Cantik dia sekarang. Tak salahkan kalau dia dapat seksaan yang lebih dari kena pukul?", luqman ketawa sinis. Kelopak bunga tadi dicampak ke tanah.

*****
"Dari mana ni? Kenapa baju kotor ni? tengok haa.. ada tanah dekat baju.", mama membebel melihat anak daranya dalam keadaan comot.

"Kenapa tangan ni? Ada bintik merah. Ish, kena gigit semut ni. Farid! Eddy! Sini tengok adik kamu ni. Bawa minyak gamat sekali.", jerit puan marsya. Farid dan eddy terus lari keruang tamu.

Tangan dan kaki qaisara yang digigit semut disapu ubat. Sesekali eddy menekan kapas ke tempat yang digigit dengan geram. "Merayap je kerja kau. Kan dah kena!", ejek eddy.

"Ara pergi mana tadi? Arakan perempuan, beautician pula tu. Kenalah jaga diri.", kata farid dengan prihatin.

"Ara pergi melawat kubur isyraf tadi.", jawap qaisara pendek.

"Kalau ye pun. Kenapa sampai kena gigit semut? Dah abang dah siap sapu. Pergi masuk bilik tukar baju. Kalau kat badan tu ada kena gigit juga. Ambil ni sapu.", arah farid. Eddy menjeling geram.

"Nasib baik ada abang farid tau. Kalau dapat kat aku, aku cubit je tangan kau yang kena gigit ni. Biar tambah sakit.", qaisara tak endah dengan kata-kata eddy. Tahu sangat dengan perangai eddy.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now