BAB 22

7K 221 2
                                    

Siap semua beg dan barang-barang dimasukkan dalam kereta. Kemudian zafran dan qaisara bersalam dengan puan zainab dan tuan ammaruddin sebelum bergerak ke kondominium zafran yang dia beli untuk tenangkan dirinya dulu.

Kondominium tersebut telah siap dikemas. Barang-barang dan ubat zafran dibuang supaya semuanya dilupakan dan supaya qaisara tak bertanya pada zafran apa-apa.

"Sayang, this is our house. Then, this is our room.", zafran menarik beg roda qaisara ke dalam bilik tidur utama. Qaisara menarik beg roda tersebut tanda menolak.

"Kan banyak bilik lagi. Kita tidur asing je lah. Dah meh beg ara. Ara ambil bilik sebelah ni ye?", dia memandang ke pintu bilik dibelakangnya. Tapi pintu berkunci. Qaisara masih berpura-pura membuka pintu tersebut walaupun dia tahu ia dah dikunci dari dalam.

"Ok. Sayang, bie dah kunci semua bilik yang tak digunakan. Cuma bilik utama, ruang bacaan, ruang tamu dan dapur je yang kita akan gunakan dalam rumah ni.", terang zafran panjang lebar. Terbelik mata qaisara.

"Dah tu buat apa bilik banyak-banyak?",

"Shh.. dah jangan banyak cakap. Kita masuk bilik untuk kemas baju ye sayang? Jom.", bahu qaisara dipeluk erat. Dahi qaisara menjadi sasaran untuk dicium.

Zafran mengemas baju-baju qaisara dengan kemas. Baju yang perlu digantung, dia gantungkan. Almari yang besar pada dinding memuatkan baju zafran dan qaisara. Baju qaisara juga tak banyak yang berjenama.

Qaisara bukan seorang yang suka berbelanja. Kalau pergi beli barang, mesti soalan-soalan seperti harga, jenis kain, jenama, kualiti dan lain-lain dikeluarkan. Barang yang mahal tanpa sebab yang munasabah tak kan dibeli. Terlalu banyak pantang.

"Ada barang dapur tak? Ara nak masak makanan tengah hari.", soal qaisara selesai mengemas barang.

"Ada. Tapi bie dah order Domino's pizza tadi. Kita tunggu dia datang sekejap lagi.", zafran tersenyum memandang muka qaisara yang merah dan comot.

Zafran pergi kearah qaisara yang sedang menggosok hidung dan matanya yang gatal. Resdungnya datang lagi.

"Sayang..", sapu tangan yang dibasahkan dilap pada muka qaisara dengan lembut. Qaisara bergerak kebelakang sedikit. Sapu tangan sudah bertukar tangan. Zafran tahu qaisara tak selesa. Jadi dia hanya membiarkan.

"Erm, zafran.. kenapa zafran nak sangat kahwin dengan ara? Sepatutnya zafran dengar cakap mama zainab.", soal qaisara sambil mengelap hidungnya. Sapu tangan dirampas semula.

"Sebab sayang memang jodoh bie. And, i've been waiting so long time for my precious one. Now, i find you and I will never let you go.", qaisara menundukkan mukanya. Takut dengan mata zafran yang betul-betul merenung kedalam matanya. Zafran ketawa.

"Tapi kita tak bercinta pun. Ara pun tak kenal zafran yang sebenar. Ara pun tak cintakan zafran.", jawap qaisara dengan berani. Dia mengangkat mukanya memandang zafran. Muka zafran berubah tegang.

"Serious?", zafran mengangkat keningnya. Qaisara menganggukkan kepala. Dia yakin dan lidahnya tak tergigit membuatkan zafran tercabar. Dia tahu kalau qaisara menipu, mesti dia akan tergigit lidah.

Zafran mendekatkan badannya oada qaisara. Qaisara terus bangun dari hujung katil dan berundur kebelakang. Muka zafran yang semakin membengis membuatkan dia takut. Dia berundur sampai pada dinding. Sekarang dah tak ada jalan.

Zafran meletakkan tangannya pada dinding. Sebelah dibahagian tepi kepala qaisara. Sebelah lagi dibahagian tepi pinggang. Mukanya berada hampir dengan muka qaisara.

"I will make sure that you will fall in love with me in this week. Only one week. And.....", zafran mendekatkan mulutnya pada telinga dan leher qaisara.

"And i sure that you will be mine just in one week. Then, Please call me bie and call yourself as sayang.", sambung zafran. Suaranya perlahan dan garau berbunyi seperti arahan.

"Errrr... zafran...", qaisara memanggil zafran dengan gagap. Dia menutup muka dan bahagian lehernya dengan tangan kerana geli.

Zafran menolak rambutnya kebelakang dengan tangan kanan. Qaisara dibiarkan bersandar pada dinding. "Tak pe, nanti dia akan panggil kau bie, zafran. Minggu ni je kau kena usaha lebih sikit.", zafran memujuk hatinya.

"Tok tok tok"

Piza yang dipesan dah sampai. Zafran membeli 2 kotak piza. Satu untuk tengah hari, satu lagi untuk malam. Dia sengaja beli untuk malam sekali supaya meringankan penat qaisara. Tapi dia tak perasan dua kotak sebenarnya terlalu banyak.

"Piza dah sampai ni. Sayang nak yang mana? Sinilah sayang. Takkan nak melekatkan dinding je?", zafran memandang ke arah dinding tempat qaisara bersandar tadi. Tapi qaisara dah tak ada. Tingkap bilik pula terbuka luas.

"Tak kan dia lari?", zafran bangun dari kerusi. Tapi dia ternampak qaisara yang baru keluar dari tandas. Lega hatinya.

"Zafran beli piza apa?", baru je qaisara rancang untuk boikot zafran. Tapi godaan makanan sangat kuat dan mengganggu dirinya. Perut dia berkeroncong dari tadi lagi seperti lagu hardcore.

Zafran memotong piza dan disua pada mulutnya. Soalan qaisara tak dilayan. Sekarang, dia menggoda qaisara dengan makanan pula. Cheese yang cair ditarik-tarik mengeluarkan asap dan lelehan inti.

"Zafran! Ara tanya ni. Kalau tak nak jawap.. ara ambil yang ni",.dia terus cuba mengambil satu piza dari kotak depan zafran. Tangan zafran menolak tangan qaisara.

"Nak? Bie suap sayang. Tangan sayang tu ada habuk. Nanti teruk hidung sayang tu merah.", qaisara menggelengkan kepalanya.

"Ok. Kalau nak.. bagi password. B dengan S. Apa dia?", zafran sengaja berteka -teki.

"Ishh! Zafran. Ara lapar ni.", zafran masih tak mengalah. Sebab terlalu geram, zafran terus menyua piza pada mulut qaisara.

Qaisara menolak tangan zafran. Entah macam-mana boleh piza melekat pada muka qaisara. Comot, kotor, melekit.

"Biiiiiieeee!!!! Arrrrghhhh. Look what have you done! Sayang baru bersihkan muka tadi", marah qaisara. Langsung tak ada benda lain yang bermain difikiran selain dari marah zafran.

"Maafkan bie, sayang. I love the way you call me bie tadi.. lepastu gelar diri sayang. Wow! Kan Bie dah cakap bie boleh buat sayang jatuh cinta dengan bie. Baru berapa minit bie cakap, bie dah berjaya level 1", zafran mengelap muka qaisara dengan tisu. Dia tersenyum lebar walaupun qaisara bercakap dengan marah.

"Dah la. Ara dah kenyang.", dia pergi ke tandas untuk mencuci muka kali kedua.

"Sayang. Makan la dulu. Tak baik tinggalkan suami sorang-sorang dekat meja makan. Khadijah, siti aisyah dan para isteri nabi muhammad selalu setia teman rasulullah masa makan.", tangan qaisara ditarik kebelakang.

Piza yang dihulur diambil. Dia makan sebab lapar dengan hati yang marah. Dia kena cepat bersihkan muka. Kalau tak, habis naik jerawat dan masalah muka yang lain. Kulit qaisara terlampau sensitif. Dia juga ada penjagaan kulit yang rapi.

Sebab kulit mukanya yang sensitif lah yang dapat membuatkan dia lebih arif dan berkemahiran dalam kecantikan. Dia dah banyak berusaha merawat mukanya yang berparut dan dan jerawat masa zaman persekolahan dulu. Dari situ jugalah dia muhasabah dirinya untuk mendirikan spa.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now