BAB 4

10K 330 2
                                    

"Bagus juga kau ni. At least shima dah berubah sikit. Pagi tadi pun dia tanya aku, mana misha. Tahu-tahu kau mandikan dia.", puji eddy.

Qaisara tersenyum. "Aku tak buat apa pun. Dia yang terbuka hati",

"Apa-apa pun Kau patut diraikan. Mama kata kau dapat beli kedai yang belakang pejabat ni kan? Pastu dapat ubah shima sikit. So, aku nak belanja kau makan. Tapi bukan sekarang. Dalam pukul 2 atau 3 kot. Aku kena siapkan kerja sikit ni. Nanti boss-boss aku ada meeting", sambung eddy lagi. Tangannya ligat menaip dokumen penting yang perlu dibawa ke dalam meeting encik tengku zafran.

"Pukul 2,3 tu dikira lunch juga eh? Hmm, aku bersyukur sangat. Hampir seminggu aku tunggu keputusan tuan kedai tu. ", kata qaisara sambil duduk diatas kerusi kawan eddy. Semua pekerja sudah turun berehat kecuali eddy.

"Lagi satu jam nak siap. Kau pergi lah surau dulu ke. Zohor dah nak dekat.", cadang eddy.

"Yupp, Ok juga. Surau dekat mana?", soal qaisara.

"Dekat tingkat 8 . sebelah Kanan surau, kiri pula pejabat ceo keempat. Jangan pergi kiri. Nanti kena fitnah pula. Nanti dalam pukul 2 aku datang solat. Lepas tu kita pergi makan.", kata eddy bercampur usikan.

Qaisara pergi kesurau dengan perlahan. Kesian pula dengan sepupunya itu.

Tiba disurau, qaisara terus mengambil wudhu'. Kemudian solat dhuha untuk mengisi masa lapangnya.

Sedang qaisara leka dengan telefon bimbitnya untuk mencari aplikasi al-quran, tiba-tiba ada bunyi air mengalir di tempat wudhu' lelaki. Hampir 10 minit lelaki tadi tak berbunyi.

Satu suara yang merdu membaca surah al-waqi'ah seperti yang sedang qaisara baca. Bacaan yang lunak tersebut membuatkan qaisara terdiam. Dia hampir menangis kerana intonasi bacaannya menggambar maksud surah tersebut. Kemudian qaisara mengikut bacaan lelaki tersebut.

Azan pula dah lama berkumandang. Barulah mereka habis membaca al-quran. Eddy masuk kedalam surau tersebut dan mengajak lelaki tadi solat berjemaah. Qaisara hanya menjadi ma'mum secara senyap dibahagian wanita.

Selesai memakai tudung, qaisara terus keluar dari surau. Tanpa sengaja, lelaki tadi juga keluar. Qaisara memandang lantai. cuba menghalang matanya dari memandang lelaki tersebut.

"Boss, jomlah makan sekali. Saya dengan adik saya nak pergi makan ni.", pelawa eddy. Qaisara yang berada disebelah lelaki tersebut terus memandang eddy.

"Ni adik kau ed? Sedap suara dia. Memang sengaja nak tiru aku baca surah al-waqi'ah ke apa?", soal zafran.

"Aku memang tengah baca surah tulah. Tahu-tahu kau baca juga.", geram pula qaisara bila dituduh tadi. Di dalam telefon Qaisara memang terdapat jadual untuk membaca surah terentu mengikut hari-hari tertentu.

"Tak kan sebab surah sama pun nak bergaduh? Korang ni. Dah la. Jom. Aku dah lapar dah ni.", mereka berjalan bersama tanpa zafran.

Eddy memandang zafran ke belakang. "Aku dah letak dokumen dekat atas meja kau tadi. Nak ikut aku tak?", zafran hanya membalas dengan mengangkat tangan dan ibu jarinya 👍

"Setahu aku, kau tak ada adik. Adik mana pula ni?" Tanya zafran semasa waktu kerja habis.

"Sepupu aku. Tapi aku dengan dia adik beradik susuan."

"Kau jadi abang susuan dia la ni. Dia ada kakak kan? Tak silap aku, nama kakak dia shima. Yang baru masuk dekat department aku.",

"Yupp. Terkejut juga aku bila dapat tahu yang dia dapat kerja dekat department kau. Ingatkan sama department dengan aku. Senang sikit nak perhatikan dia tu.",

"Tu la. Papa aku kata, Sepatutnya dia masuk dengan adik dia. Tapi adik dia cancel macam tu je. Hari ni pula aku dapat tahu yang kau ni sepupu dorang." Zafran menggaru kepala nya yang tak gatal.

"Aku yang recommendkan ofis ni dekat dorang. Susah la nak terang kan dekat kau pasal keluarga aku. Berbelit.",

"Tak pe. Nanti aku jadi adik ipar kau, aku tahu la cerita tu", bisik zafran. Eddy memandang zafran terkejut.

"Kau cakap apa tadi?!",

"T-t - tak. Tak. Aku.. aku kata.. nanti-nanti aku tahu la pasal keluarga kau. Kita kan kawan. Dah la, aku kena balik awal ni. Mama aku bawak anak kawan dia lagi. ", nafi zafran

"Ye lah. Ada-ada je kau ni.",

Zafran memandu dengan pantas. Entah apa yang dia rasa. "Nasib baik tak bocor. Haih, qaisara.. aku macam kenal kau. Tapi.. tak kot"

Shima membawa misha ke ruang tamu sambil menunggu qaisara membuatkan susu untuk misha. Rancangan tv ditukar kebeberapa siaran. Tapi tak ada satu pun yang dia berkenan. Misha pula tak berhenti menangis.

Qaisara berlari me ruang tamu. Botol susu disuapkan ke dalam mulut bayi tersebut. Terus suasana diam. "Haih", keluh qaisara dan shima serentak.

"Haha. Tiru akak ye?"

"Eh. Mana ada. Akak yang tiru."

Mereka memandang misha dan diam semula. "Keluar jom. Akak bosan ni. Ara pun dah sibuk sekarang. Tak habis dengan order perabot la design la.", kata shima

"Ok juga. Malam ni ara ingat nak ikut eddy pergi padang. Tapi sebab akak ajak keluar, kita pergi makan. Jom!",

Kereta dipandu oleh qaisara sementara shima menjaga anaknya. Tak banyak makanan yang dipesan.

"Akak sebenarnya serba salah dengan abang eddy. Tapi, akak tak tahu nak minta maaf macam mana. Sekarang, dah tak panggil dia abang. Hmm.", shima mengeluh bila teringat kesalahannya pada eddy.

"Minta maaf je. Eddy tu ok je dengan akak.",

"Em, ara memang dah tak panggil eddy 'abang eddy' ke?", soal shima pelik. Kebelakangan ni dia selalu perasan perbualan qaisara dengan eddy dah macam kawan.

Qaisara terdiam. Tangannya digoncang kuat. Geram pula bila soalannya tak dijawab. "Aku tanya kau ni, ara!",

"Iye. Sejak abang farid hilang. Ara dah tak panggil eddy abang. Eddy pun setuju dengan keputusan ara. Dah tu, akak pula jadi macam ni.", jawab qaisara sambil memandang minumannya.

"Akak rindu abang farid juga. Misha mesti nak tengok pakcik dia-- Dah la. Tahlil dengan solat jenazah dia kan dah buat. Anggap je dia dah meninggal.",

"Ara dah cuba. Tapi hati ara kata yang abang masih ada, kak.", shima hanya mengangguk. Dia tahu qaisara rapat dengan abang-abangnya. Kehilangan farid sangat terkesan pada dia berbanding dirinya.

Lepas makan, qaisara membawa shima ke tasik. Dia memberi tahu tempat tersebut merupakan tempat rahsia dia dan abang farid untuk berkongsi cerita.

"Ara, akak rasa akak nak pakai tudung. Dah tiba masanya akak berubah. Akak menyesal sangat.", kata shima. Qaisara memandang shima dengan gembira. Dia terlampau bersyukur dengan pemberitahuan kakaknya.

"Ara boleh tolong akak cari tudung dengan baju. Jom! Akak nak pergi bila?", soalnya teruja. Shima ketawa dengan gelagat qaisara.

Tak lama kenudian, Qaisara dan shima terdengar bunyi tapak kaki beberapa lelaki dari belakang. "Ara, kau kenal ke lelaki-lelaki dekat sini? Aku takut la. Ni anak aku macam mana?", bisik shima.

"Ara rasa tu eddy. Jap--", qaisara terus memandang ke arah lelaki tersebut.

"Eh. Qaisara. Tu siapa? Biasa datang sorang.", soal azam.

"Kakak aku.",

Azam memandang ke bayi yang didukung oleh shima. Kemudian dia memandang misha. Mukanya berubah cuak. Kemudian memandang tanah dan berjalan dengan laju.

"Kenapa dia tu? Siapa dia?", soal shima pelik.

"Azam. Kawan eddy. Alaa, tak silap ara dia tu ex akak.", shima terus terdiam. Bulu romanya naik bila terdengar nama lelaki tersebut.

"Akak rasa tak sedap badanla. Misha pun mesti dah sejuk. Akak nak balik.", kata shima. Qaisara hanya akur.

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now