Semua urusan akad nikah yang akan berlangsung lagi dua bulan di siapkan oleh zafran sendiri. Dia tak nak qaisara masuk campur dalam hal majlis akad nikah tersebut.
"Zafran, bulan depan kita nikahkan? Mama qaisara suruh kita bincang pasal majlis tu.", qaisara menghantar mesej pada zafran selepas dibebel oleh puan marsya.
"Saya dah uruskan semua. Jangan risau.", balas zafran.
"Mama suruh kita jumpa. At least jumpa. Please. Nanti mama membebel", zafran ketawa besar bila membaca mesej dari qaisara.
"Ye lah. Bila awak free? Esok?", selepas keluarga zafran masuk meminang, mereka langsung tak berjumpa.
"Esok. Lunch hour dekat restoran hujung blok A", balas qaisara. Dia tak nak berbual lama sebab tak tahu nak panggil diri sendiri apa. Saya? Aku? Hmm..
Zafran tersenyum. Esok dapatlah dia jumpa dengan qaisara.
"Sorry lambat. Tadi ada client tanya pasal produk.", tegur qaisara. Dia terus duduk menghadap zafran. Zafran tak memandang qaisara. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon.
"Zafran. Dengar tak?", zafran hanya mengangguk.
"Aku nak kau Tenung aku lama-lama. Padan muka. Lambat lagi. Semua benda nak lambat. Nak bagi jawapan terima pinangan pun lambat", marah zafran dalam hati. Dia membiarkan qaisara memandangnya selama 5 minit.
Qaisara mengeluh. Tangannya diangkat memanggil pelayan. Perutnya dah berbunyi. Buat apa nak tunggu lelaki tu? Perut aku lagi penting dari kau!
Zafran memandang qaisara. Dia tersenyum. Muka nilah yang selalu dia curi-curi tengok dari pejabat. Hmm. Makin comel.
Lesung pipit qaisara yang dalam pada pipi tembamnya lebih menarik perhatian zafran.
"Zafran! Awak nak makan apa? Dari tadi orang tanya!", marah qaisara. Jarinya mengetuk meja makan untuk menyedarkan zafran. Baru dia perasan zafran merenungnya sepanjang dia memesan makanan.
"Emm.. sama macam dialah.", jawap zafran. Ingat sweet ke?!
Ring! ring! Telefon qaisara berdering.
"Ye saya qaisara. Sekarang lunch hourlah. Nanti telefon balik boleh? Haa? Ye. Saya tengah jumpa client. Pukul 2 lebih saya masuk spa.", talian dimatikan.
Dengan siapalah qaisara bercakap tadi. Ada ke patut panggil tunangnya tu 'client'? Kalau zafran tarik muncung. Habis la dia.
"Awak kata saya client awak?", soal zafran.
"Dah tu tak kan nak cakap tunang saya? Dorang mana tahu saya dah bertunang. Tak pasal-pasal banyak tanya pula.", jawap qaisara. Air yang dipesan sampai.
"Zafran kata dah uruskan majlis tu kan? Qaisara dah bagi tahu mama, lepas tu dia marah sebab biarkan zafran buat sendiri.", kata qaisara. Sakit betul hati dia bila mama marah padanya padahal zafran yang melarang dia.
"Alolo kesian dia. Kebanyakkannya dah siap. Cuma warna tema dengan baju awak. Nak kena pergi tengok saiz. ", jawap zafran.
"Warna tema? Warna putih dengan merah jambu je boleh?", qaisara memberi cadangan.
"Tak nak pink.",
"Warna turqoise cair macam dah nak kewarna putih. lepas tu bunga ada warna unggu kemerah-merahan. Ok tak?", cadang qaisara lagi. Warna itu pernah menjadi angan-angannya untuk berkahwin dengan isyraf dulu.
"Saya tak dapat bayangkan. Sorry.", zafran menjawap pendek. Muka dia ketat je. Dah kenapa lelaki ni? Angin semacam.
"Nanti saya send gambar dekat awak. Kalau baju warna apa?" Soal qaisara.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...