Depression is like a war.You either win,or you die trying.
Aku membetulkan tali beg sekolahku di bahu dan membetulkan tudung sekolahku yang senget.Ok,hari ni aku kena nampak ceria dan senyum depan mak! Mengambil nafas panjang,aku membentukkan seyuman paksa di bibir sebelum menapak masuk ke dalam lobi hospital.You can do this! Masuk sahaja ke dalam lif aku menekan tingkat 4.Kakiku mengetuk-ngetuk lantai apabila aku terasa teruja dan rindu untuk menatap wajah mak lagi.Tiba sahaja di tingkat empat,terus aku menuju laju kearah bilik yang bernombor 207 dan berhenti di hadapan pintu.Aku menutup mata dan menghirup udara sekali lagi sedalam-dalam yang boleh.Kali ni,kau kena tahan perasaan kau Sara.Demi mak.
Mengambil kekuatan yang ada,aku menolak pintu dengan wajah ceria.Susuk tubuh mak yang terbaring lesu di atas katil hospital sudah terhidang di penglihatan mataku.Aku menarik kerusi dan mendekati katil mak.
"Mak!"
"Sara.."
Mak menyebut namaku yang lembut berserta senyuman lebar.Hati aku tersentak.Tahan Sara,tahan.
"Mak ok tak hari ni?Doktor cakap apa?"
"Issh dia ni! Berilah salam dulu dekat mak."
Tegur mak membuatkan aku tersengih seperti kerang busuk.
"Eheheh,sorry.Assalammualaikum mak,doktor cakap apa hari ni?Ada perkembangan tak?"Soalku tentang keadaan mak.Setiap hari memang soalan itu yang akan keluar daripada mulutku.Aku risaukan mak.
"Waalaikummussalam.Doktor cakap benda yang biasalah,yang mak akan ok."
Aku tersenyum,namun tersentak apabila lihat mak melepaskan keluhan kecil.
"Mak tak bodoh Sara.Mak ni ada kanser tahap 4,kamu rasa mak akan percaya kalau doktor kata mak akan ok?"
"Janganlah macam tu mak,doktor kata hari tu-"
"Mak dah terima qadak dan qadar Sara,mak dah terima."
Mak memberikan aku senyuman yang manis.Aku mengetap bibir dengan geram,perasaan berat yang aku tanggung daripada tadi akhirnya keluar juga.Air mata aku bertakung.
"Mak ni belum apa-apa lagi dah mengalah! Selagi mak bernyawa Sara akan terus doa untuk kesihatan mak."Marahku.
Mak terkejut apabila melihat air mata aku yang mengalir.
"Kamu kena terima hakikat Sara,mak ni dah-"
"Sara tak kira! Dalam dunia ni Sara ada mak dengan akak je.Mak sukalah tinggalkan Sara seorang diri? Sara tak sukalah mak cakap macam ni." Suara aku mula serak.
Serius.Aku tak suka topik ni.Mak betul-betul pasrah menghadap ilahi,tapi aku? Aku tak bersedia langsung.Abah dah tinggalkan kami sejak 3 tahun yang lalu,dan sekarang mak pula nak tinggalkan aku dengan kakak dekat atas bumi ni.Aku tak nak mak mati.Ya Allah,beratnya..
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...