99 Percent - Does Ya Mama Know? (lagu menari aq ;)
Right,wrong.Everyone's having a sin contradiction
-Kwon Ji Yong
Mataku tidak berkedip melihat wajah Mikael yang begitu dekat.Riaknya terlalu gembira dan matanya mempunyai sinaran bahagia.Rasa macam nak gosok mata banyak kali pun ada.Betul ke apa yang aku nampak sekarang?
"Aku kata,ulang balik apa yang kau cakap di telefon tadi."Gesanya lagi membuatkan jiwaku semakin bergelodak.
Gila ke mamat ni,nak aku cakap benda tadi depan dia!
"Jangan nak merepek boleh tak!"Marahku padanya.
"Jadi apa yang kau cakap tadi merepeklah ye?"
"Ha?Bukanlah! Saya cakap betul-betul tadi..."
"So?Cakap jelah balik ayat tadi pada aku."Dia sudah tersengih panjang.
Aku mendengus sebelum melepaskan pegangannya daripada lengan bajuku dan menjarakkan muka kami kembali.Mataku memandangnya dengan geram,wajahku sudah membahang.
"Saya malulah..Dekat telefon tadi saya beranilah,depan awak macam ni.Tak boleh."Jujurku dan menundukkan pandanganku kebawah.
Kehadiran Mikael malam-malam begini di hadapan rumahku betul-betul membuatkan aku terkejut.Tup tap tup tap mamat tu sudah berada di hadapan pagar rumah aku.Selepas luahkan perasaan tadi,nak tengok muka Mikael depan aku sekarang ni pun rasa tak sanggup.Malu teramat!
Melihat wajahku yang kemerah-merahan,Mikael tergelak.
"Tadi berani sangat telefon aku,sekarang malu pulak."
"Senyaplah!" Aku mengetap bibir dengan geram.Aduh,panasnya dekat sini.
Mikael meletakkan satu tangannya di atas pagar sebelum melihat anak mataku dalam-dalam kembali.
"Sara,aku nak tahu perasaan kau."
Katanya serius dengan nada yang sangat lembut.Seperti merayu untuk mengetahui jawapan hatiku tadi.Aku sudah menelan air liur sedalam-dalamnya.
"Apa yang saya cakap dekat telefon bimbit tadi,semuanya betul."Ujarku perlahan-lahan.
"Kau betul-betul tak nak aku tinggalkan kau?"
Mukaku merah kembali sebelum menganggukkan kepala perlahan-lahan.
"Walaupun keadaan fizikal dan emosi aku yang tak stabil sekarang?"
Mendengar itu aku terus melihat wajah Mikael.Matanya kelihatan sungguh mengharap lagi membuatkan aku rasa teruk.Dia tak pernah putus asa dengan aku.Aku sahaja yang sering menolak dia selama ni.Aku tahu,jika aku menolaknya sekarang.Hati Mikael akan hancur buat kali kedua dan mungkin hubungan aku dan dia takkan ada jalan lain lagi.Menolak Mikael sekarang,akan membuatkan keadaan Mikael lebih teruk.Mikael tak sedar,namun jiwanya sekarang amat sensitif dan rapuh.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...