'You can't hook your boat to mine,because I'm liable to sink us both'
-Deethewriter
Aku menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir peristiwa pin asma dalam ingatanku.Haiihh,buat apalah aku ingatkan benda yang tak ada makna.Dengan melepaskan keluhan aku bangun daripada lantai dan mengangkat piring.Lupakan jelah peristiwa tu.Mungkin mamat tu sengaja buat macam tu,tak ada maksud apa-apa pun.Sebab lepas peristiwa itu,kami berdua automatik sudah tidak bertegur.Completely stranger.Lagi-lagi lepas masuk tahun ni perangai Mikael berubah gila menjadi orang lain.Bibir dia tak lagi mengukirkan senyuman dan selalu berwajah bengis.
Isshh..
Tengok Sara,kau fikir lagi pasal mamat tu.Sudahlah! Dengan malas aku menuju ke singki dan membasuh pinggan.Selesai semua benda,aku naik ke atas dan masuk ke dalam bilik untuk menyiapkan kerja.Dengan dengusan aku mengeluarkan buku-buku dalam beg sekolahku dan meletakkan buku-buku itu di atas meja.Spm dah nak dekat,homework kau berlambak,revision banyak yang tak buat.Tapi malam ni sempat lagi kau fikirkan tentang mamat tu Sara.Syabas! Note the sarcasm.Tanpa membuang masa aku mengeluarkan kalkulator dan cuba menyelesaikan masalah addmath di buku yang memeningkan kepala aku.
Setengah jam berlalu dan aku masih tersekat di soalan 23 yang aku tak dapat cari apa jawapan dia daripada tadi.Argghh,stress aku! Malas lagi untuk menjawab aku bangun daripada kerusi dan memandang jam loceng di atas meja.Pukul 11.34 malam.Lama jugak aku study,baik aku gosok baju sekolah dulu.Lepastu sambung study balik sampai tertidur.Hahaha,apa salahnya berlagak macam budak pandaikan?Aku menuju ke almari dan membukanya.Pilih sahaja satu baju sekolah dan kain yang berwarna biru,aku terus menuju ke pintu untuk menggosoknya di bilik sebelah.Secara tiba mataku tertangkap pada beberapa pin yang aku letak di atas meja solek.Satu panggilan muncul dalam otakku.
Gadis bersih...
Cis.
Dia panggil aku gadis bersih dulu mesti sebab selalu nampak aku sapu satu kelas seni setiap kali koko.Kalau tak,dia takkan panggil aku-.Tak guna.Stop it! Jangan fikir tentang hal tu lagi.Dengan dengusan bengang aku keluar daripada bilik.
*************************
"Cepat,beratur dalam kelas masing-masing!"
Jerit ketua pengawas dan dengan muka 'blur',aku menuju ke barisan kelasku bersama Syarifah yang beratur di belakangku.Seperti kebiasaan hari.Selepas arahan diberi yang membenarkan kami duduk di dataran perhimpunan,kami semua duduk serentak tanpa membuang masa.Hmm,another day before SPM.fikirku dengan sinis sebelum belakangku dihentak seseorang.Daripada hentakan tu aku kenal sangat siapa.Syarifahlah siapa lagi!
"Apa kau ni?"
"Weh,nak buku addmath.Aku tak siap lagi!"
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...