Soundtrack of the day : basenji-can't get enough (Listen to this when im writing this chapter ;)
Sometimes we're broken.And we don't know why.
Zruuu!
Buka sahaja pintu wad,aku menapak masuk ke dalam wad mak dengan wajah yang murung.mak yang sedang khusyuk mononton televisyen mengalihkan pandangan matanya kearahku.Matanya membulat.
"Ya Allah! Habis lencun! Hiissh budak nih!" Leter mak sambil menggelengkan kepala.
Aku hanya menuju kearah beg sekolahku di atas meja untuk memasukkan buku lukisan Mikael di dalamnya.
"Itulah,tak sangka hujan lebat pulak tadi.."
"Ha! Lain kali riak sangat tak nak bawak payung.Kan dah basah."Sindir mak sambil tersenyum,
Aku hanya memuncungkan bibir tanda mengalah.
"Tu buku apa tu? Tadi kamu keluar tak ada pun mak nampak kamu bawak buku."Soal mak dan matanya telah memandang tepat kearah buku lukisan Mikael di tanganku.
Errmm,patut ke aku tipu mak aku yang aku baru beli tadi? Maybe I should.Sara,mak kau dah tak lama dekat dunia ni bongok,kau masih nak tipu pada dia? Hatiku tersentak seketika dan perasaan hiba muncul kembali dalam jiwaku.Dengan mengambil nafas aku memandang kearah mak dan tersenyum pahit.
"Tadi terjumpa kawan Sara,dia tertinggal buku."Jujurku dan meletakkan buku itu di atas meja kecil bersebelahan katil mak.Kemudian aku menuju ke almari untuk mencapai tuala mak bagi mengeringkan muka dan tudungku yang basah.
"Owhhh.."
Mak membuat mulut berbentuk 'o' sebelum mencapai buku itu dan membukanya dengan luas.Dia menyelak satu persatu sehingga senyuman kecil terbit di bibirnya.Hmm? Aku menarik kerusi dan mendekati mak.
"Ada apa-apa yang menarik ke dalam buku tu?" Soalku.
"Sara..Kawan kamu ni berbakat betul.Cantik lukisan."Kata mak dengan perlahan dan menyelak lagi satu kertas yang mempamerkan sebuah lukisan hutan.Jari mak memegangnya dengan terpesona.Aku pun ikut tersenyum melihat beberapa lukisan Mikael yang indah.Mamat tu memang ada bakat yang luar biasa.Melihat lukisannya membuatkan mata mak dan aku tidak boleh melepaskan mata daripada lukisan itu buat beberapa saat.
"Mak kagum.Kawan kamu ni bukan ada bakat melukis je,tapi ada bakat penceritaan jugak.Kawan kamu ni memang pandai."
Apa maksud mak?
"Penceritaan? Tak ada kena mengena pun lah mak."
Mak tergelak kecil.
"Hahaha Sara.Kamu tahu tak nak,andai kata kamu ada satu subjek manusia untuk dilukiskan di atas kertas lukisan.Kamu bukan hanya lukis muka,rambut dan badan dia sahaja.Tapi,kamu kena lukiskan jugak penceritaan di sebalik kulit dan hati subjek kamu.Kamu kena kenal apa yang tersirat.Jadi,bila orang tengok lukisan pelukis tu,macam-macam cerita yang datang yang boleh ditafsir sendiri dengan mata kasar."
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...