Selena Gomez-Only You (My fav!!)
"All I needed was the love you gave.All I needed was another day.And all I ever knew,only you."
-Selena Gomez
Beberapa tahun kemudian...
Berhenti sahaja keretaku di tempat parkir,aku keluar daripada kereta dan menutup mulut kerana menguap panjang.Ya Allah,kenapalah aku tidur lambat semalam untuk siapkan sketching gubahan bunga,sekarang mengantuk gila.Argghh,aku perlukan kopi.Lihat lagi waktu di jam tangan buat kali terakhir,aku menganggukkan kepala dan mula berjalan ke sebuah kedai.Yosh,jom mulakan kerja! Berhenti sahaja di hadapan kedai yang mempunyai papan tanda Poppy Petals Florist,aku memasukkan kunci ke dalam mangga dan mengangkat roller shutter keatas.Buka sahaja pintu kedai,aku menterbalikkan papan tanda tutup kepada buka.Aku tersenyum sendiri apabila melihat seluruh kedaiku yang diwarnakan putih,beberapa rak yang mempunyai susunan bunga dan terbau bunga yang wangi.Setiap hari aku mesti bersemangat kembali pergi ke kerja kalau masuk ke dalam kedai florist yang dimiliki oleh aku dan kakakku ini.
Tidak mahu membuang masa lagi,aku menghidupkan suis lampu dan kipas lalu meletakkan begku di dalam meja kaunter.Pakai sahaja apron kerjaku yang berwarna hitam yang disulam perkataan poppy petals,aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantar mesej kepada akak.
Kak,belikan kopi sekali untuk Sara
-Sara
Sekarang ini akak sedang belikan sarapan untuk kami berdua,kemudian baru datang ke kedai.Aku harap dia dapat mesej aku sebelum dia datang sini.Simpan sahaja telefon bimbitku ke dalam poket apron,aku menuju ke belakang kedai dan masuk ke dalam stor bunga yang khas dengan suhu yang ditetapkan untuk memastikan sesetengah bunga asli kekal lama.Dalam stor,setiap rak mempunyai kotak yang di dalamnya mempunyai bunga yang telah diasingkan jenis.Sebelah kiri adalah bunga diimport,sebelah kanan pula adalah bunga lokal.Aku menuju ke bahagian kiri dan mengambil beberapa kuntum bunga lavender ungu,cows parsley dan chervil yang berwarna putih dan bunga freesia berwarna kuning cair yang terang beberapa kuntum.Semua bunga ini adalah diimport daripada negara Holland.Bergerak ke bahagian kiri dan mengambil beberapa lagi kuntum bunga lain yang diperlukan,aku keluar daripada stor dengan tangan yang penuh dengan bunga lalu masuk ke dalam bilik kerjaku.Bilik ini hanya mempunyai satu meja besar kayu di tengah khas bagi aku untuk menggubah bunga.Gubahan bunga yang banyak di dalam bilik ini serta merta membuatkan bilik ini berbau harum tanpa memerlukan aku meletak pewangi bilik.Letak sahaja semua bunga di atas meja,aku membuka tingkap,menyingsing lengan bajuku dan bersedia untuk menjalankan kerja.Aku mencapai pasu bunga yang tinggi namun tirus dan berbentuk bulat di bawah.Isi sahaja separuh air ke dalam pasu kaca itu,aku memetik kelopak-kelopak bunga chervil lalu memasukkannya ke dalam air dan membiarkan sesetengah kelopak berada di aras tengah atau bawah.Ambil sahaja reben berwarna putih,aku mengumpulkan bunga freesia,lavender,cows parsley dan beberapa bunga lain berwarna ungu cair dan merah jambu lalu diikatkan sekali setelah memotong batang bunga tersebut beberapa sentimeter.Masukkan sahaja sejambak bunga itu ke dalam pasu,aku menyusun kembali bunga itu dengan kedudukan yang betul dan kemas.Selesai sahaja gubahanku,aku tersenyum puas.Siap!Gubahan bunga untuk majlis Datin Eliana hari ni sudah siap! Aku meletakkan gubahan bunga itu ke tepi dan mencapai lagi pasu untuk menyiapkan gubahan bunga yang lain.Secara tiba,loceng kedai di pintu berbunyi.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...