Through the valley-shawn james (cover)
If you like your coffe hot,let me be your coffe pot
Kereta Mikael dipakirkan di hadapan rumahnya.Matikan sahaja enjin,dia terus keluar daripada kereta dan menolak pagar rumahnya yang besar.Buka sahaja pintu rumah,dia menanggalkan kasutnya dan letak di dalam rak kasut.Mikael melihat ruang tamunya yang mempunyai televisyen yang masih terpasang.Cuma tiada penonton.Dia terus membawa langkah ke dapur dan melihat kelibat ibunya yang sedang mengisar sesuatu di dalam pengisar.Terdapat beberapa pinggan yang telah disediakan di atas pinggan,ibunya sedang menyediakan makan malam.Mikael berdehem.
"Ayah mana?" Tegur Mikael perlahan dan mendekati ibunya.
"Oh,you back? Awalnya.Ibu ingat Mikael akan balik lambat lagi.Ayah kamu baru keluar,ada urusan."
Kata ibunya dengan senyuman kemudian sambung menekan butang di pengisar.
"Kenapa ibu tak nak mak cik Bi je yang masakkan makan malam?"
"Mak cik Bi kamu pergi klinik,anak dia sakit.Once in a while I have to cook,right?" Ibunya tergelak kecil.
"Right.."
Mata Mikael terpandang papan landasan yang terdapat beberapa kentang yang telah dibuang kulitnya di atas landasan tersebut.Di sebelahnya terdapat pisau.Perlahan-lahan dia menuju kearah kaunter dan mengambil pisau tersebut.
"Kamu tahu tak Mikael,semalam auntie Amy kata nak lawat kita minggu depan."
"Oh yeah."
"Yes.She said this time she want to bring her husband as well."
"Ok."
Mikael memotong kentang di atas landasan itu perlahan-lahan untuk menolong ibunya.Ibu Mikael menoleh kebelakang.
"And I think-What are you doing?!"
Jerit ibu Mikael membuatkan pisau di tangan Mikael hampir terlepas.
"Mum,I'm just-."
"Put that down! Letak pisau tu di bawah sekarang jugak,Mikael!" Panik ibunya seperti orang terkena histeria.
"Ok,ok,Mikael dah letak dekat bawah.See?" Suara Mikael dan mengangkat kedua-dua belah tangan.Dia memerhatikan nafas ibunya yang mula turun naik.
Laju ibunya meluru kearahnya dan menyingsing kasar lengan bajunya.Dia menyentuh pergelangan tangan anaknya yang terdapat kesan torehan dengan perlahan.Ibunya melepaskan keluhan lega yang berat apabila mendapati Mikael tidak cedera.
"Thank goodness.Nasib baik.."Ucap ibunya banyak kali dengan bibir terketar.
Mikael menyentuh wajah ibunya dengan perlahan.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...