DJ Khaled - I'm The One ft. Justin Bieber, Quavo, Chance The Rapper, Lil Wayne
It is impossible to love deeply without sacrifice.
Dengan hanya memakai tudung,baju T-shirt gambar mickey mouse dan seluar trek,aku keluar daripada rumah selepas memberitahu akak yang aku akan mengikuti Anis dan Zaki.Tidak sempat kakiku keluar daripada rumah,akak menjerit.
"Iee,tak payahlah Sara nak keluar malam-malam macam ni! Ikut budak dua orang tu pergi entah mana!"
"Ala,sekejap je kak.Emergency nih!"
"Tunggu esok tak boleh-."
"Kunci pintu rumah kak.Jangan risau nanti Sara balik secepat mungkin!"
"Sara!"
Terpaksa aku menutup pintu dengan cepat dan memakai selipar sebelum akak semakin bising.Aduh,lepas baliklah aku uruskan kakak aku.Aku menutup pagar dan sudah terlihat Anis menungguku.
"Saya naik kereta siapa?"Soalku memandangnya.
"Awak tumpang saya,Zaki akan naik kereta dia.Jom!"
Laju sahaja Anis menuju ke keretanya dan menghidupkan enjin.Melihat Anis dengan tindakan lajunya,boleh menceritakan betapa resahnya gadis tersebut tentang keadaan Mikael.Memikirkan itu,aku pula yang tak senang duduk.Masuk sahaja ke dalam kereta putih Anis,kereta Anis bergerak kearah lebuh raya namun tidak mendahului kereta Zaki yang berada di hadapan.Daripada tadi aku berfikir,sebenarnya Anis dan Zaki nak bawa aku ke mana? Mikael dekat mana sekarang? Bisik hatiku yang penuh dengan soalan.Keadaan diantara aku dan Anis di dalam kereta senyap seketika memandangkan Anis betul-betul fokus memandu untuk cepat sampai ke destinasi.Kadang-kala gadis itu meraupkan rambut panjangnya kebelakang dengan kasar.Aku membuat keputusan dengan membuka mulut.
"Anis,Mikael kenapa sebenarnya? Sampai awak dengan Zaki sanggup datang rumah saya malam-malam macam ni?"
Kataku kemudian sabar menunggu reaksi daripada Anis.Dia hanya senyap,sebelum melepaskan keluhan berat.Riaknya nampak keruh sekali.
"Mikael sudah tiga hari tak makan,keluarga dia makin risau.Dia tak nak sentuh makanan langsung."
Hatiku seperti dipukul.
"Tiga hari tak makan?!"
Anis menganggukkan kepala lemah.Ya Allah,biar betul Mikael ni?
"Habis keadaan dia macam mana sekarang?Kenapa dia tak nak makan sebenarnya!?"Soalku bertubi-tubi.
"Saya pun tak tahu kenapa Mikael tak nak makan Sara.Keluarga dia termasuk Zaki juga,tak dapat jawab soalan awak tu.He just shut people out,he stays in his room all the time.Dia tak nak jumpa sesiapa pun."
Mendengar itu aku hanya termangu,sebelum wajahku berkerut dan menjadi risau.Apa yang terjadi dengan awak ni Mikael?Entah kenapa aku berasa tidak sedap hati,perbuatan Mikael sekarang teringatkan aku kepada sifatnya dahulu.Sewaktu dia sangat lemah dan ingin membunuh diri.Tapi bukankah Mikael sudah kuat dan lepasi itu semua sekarang? Ataupun..Tidak?
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...