Playlist of the day : Weak-AJR
Weirdly,the hurtness kept me alive.But my heart is so tired.
Tidak sempat aku ingin memadam penulisanku di buku tulis,laju aku membuka beg dan mencapai tisu.Cepat-cepat aku menghembus hingusku yang hampir meleleh dan pergi kebelakang untuk membuang tisu di tong sampah.Aduuh,merah hidung aku asyik hembus hidung dengan tisu je kerjanya.Kenapalah dalam banyak-banyak hari,hari ni mesti aku selesama.Sudahlah banyak kerja rumah,kalau nak tunduk menulis rasanya macam hingus nak keluar je.Lepastu kena stayback untuk aktiviti kokurikulum pula.Tengoklah,asyik merungut je kerja aku hari ni! Argghh.
Pergi semula ke mejaku,entah kenapa mataku meliar ingin mencari Syarifah.Jujur,aku agak sunyi kerana sudah lama tak bercakap dengan minah seorang itu.Iyalah,dia seorang je kawan baik aku.Mataku meliar di koridor sekolah dan ternyata terdapat Syarifah yang sedang berborak dengan Aina di luar kelas.Aku memerhatikan perbualan mereka lama sebelum mengeluh panjang.Sampai sekarang Syarifah tak dekati aku,aku pun sama.Ieee,takkanlah selama-lamanya nak macam ni?
Malas nak fikir lagi,aku terus duduk di kerusi dan mencapai pensel.Cikgu tak hadirkan diri dalam kelas hari ni,lepas ini pun waktu rehat.Jadi ramai budak kelas aku lepas di kelas sebelah atau berbual.Aku seorang je yang sesat siapkan kerja rumah waktu sekarang.Biarlah,dekat rumah aku boleh rilek sedikit.Malas kut nak buat kerja rumah dekat rumah.Tidak sempat aku ingin menyambung tulis semula,telinga aku menangkap perbualan sekumpulan orang perempuan di belakangku.
"Kau ada dengar cerita pasal dia tak?" Soal Jasmin kepada Rasya.
"Tak langsung."
"Ha,kan! Aku pun sama.Sebab dia tu dah lama tak datang sekolah.Seminggu kut dia tak datang sekolah.Lepas terjebak dengan masalah hari tu,terus hilangkan diri."
"Tunggu,tunggu,tunggu.Siapa yang kau tengah membebel ni?"Menyampuk Fatimah yang jelas tak mengerti apa-apa.
"Aduuh kau ni.Mikael lah!"
"Owwhh.."
"Korang tak rasa pelik ke dengan Mikael tu? Sudahlah tahun ni perangai dia berubah semacam,asyik menyendiri je.Lepastu timbul pulak kes adik dia hilang.Tup tap tup tap sudah tak datang sekolah."Seloroh Jasmin.
"Kan.Entah-entah,dia tak datang sekolah sebab ada masalah keluarga."Sokong Fatimah.
"Tengoklah perangai dia,daripada jauh pun aku dapat tahu yang dia ada masalah keluarga weh.Lepastu,bila orang pandang sikit terus jeling-jeling tajam.Apa masalah-."
Tanpa membuang masa aku terus bangun daripada kerusi dan keluar daripada kelas untuk pergi ke tandas.Serius,dengar diorang berborak betul-betul membantutkan semangat aku nak buat kerja.Diorang tak ada hak untuk nilai Mikael ada masalah keluarga macam tu.Kalau ada pun,senyap-senyap jelah.Hisshh.Tolak sahaja pintu tandas aku terus membasuh muka di singki.Aku mengetap bibir dengan geram apabila melihat cermin.Mikael tu pun satu!Sudahlah seminggu hilang,lepastu bila aku telefon semuanya masuk voicemail.Sampai aku rasa nak cekik-cekik pula suara orang voicemail tu.Tipulah kalau nak kata aku tak risau pasal mamat tu.Iyalah,lepas malam dia telefon aku dan kata hampir nak bunuh diri.Tiba-tiba tak datang sekolah minggu.Dia buat apa? Takkan tak datang sebab buat kerja gila lagi kut?Potret adiknya terlayar sekali lagi dalam ingatan aku,Fiza.Aku diam seketika.Mamat tu betul-betul ada pengalaman pahit.Dia mesti rasa penyesalan yang berat.Penyesalan ni seperti hukuman yang berat bagi mamat tu sebab setiap saat dia rasa bersalah sampai dia rasa macam nak bunuh.Macam mana dia nak atasi? Aku melepaskan keluhan berat.Well,even I don't have the answer for that.He has to figure it alone.Selesai keringkan tangan aku terus keluar daripada tandas,dengan fikiran yang penuh tanda tanya tentang Mikael.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
عاطفية"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...