Bab 21

25.6K 1.4K 615
                                    

Avril Lavigne -Innocence

'It was amazing how two people need each other so much'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'It was amazing how two people need each other so much'

Dengan lagak tenang dan selambanya,Mikael menarik tanganku di atas pentas dan duduk di sebelahnya.Nasib baik sofanya agak besar untuk memuatkan kami berdua duduk.Kalau dia ajak aku naik ke atas pentas dengan sofa yang memuatkan seorang sahaja.Betul-betul memalukan.Mikael memandang mataku sekilas.Aku sudah membalas pandangannya dengan renungan tajam yang Mikael tahu adalah pandangan : What the hell?!Aku tahu dia pandai membaca maksud tersirat disebalik riakku.Namun suamiku yang 'bertuah' lagi hensem ini hanya mempamerkanku senyuman yang sungguh manis lagi berbunga.Dia memang sengaja ingin membarakan kemarahan di hatiku.Aku tahu dia sengaja buat begitu.

Tak guna!

"Ini isteri awak?"

Juruacara lelaki itu memandangku dengan mata tidak berkedip.Jelas riak terpinga-pinga di wajahnya menunjukkan dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Ya,namanya Sara.My wife."

Balas Mikael lalu tangannya menjalar pada jariku sebelum mengenggamnya erat.Juruacara itu masih memandang wajah kami silih berganti tanpa segan silu.

"Kalau begitu,boleh saya tahu macam mana kamu berdua boleh berkahwin? Setahu saya berita tentang putus tunang kamu baru keluar beberapa bulan yang lepas.Atau..Berita yang kami dapat tu adalah berita yang salah?"

Mata aku hanya tertancap ke bawah dengan keresahan yang aku cuba sorokkan dalam hati.Dapat aku rasakan semua mata-mata di bawah pentas sedang merenung kearahku.Mukaku mula pucat dan dahiku sudah berpeluh-peluh.Bila aku pandang sahaja di bawah pentas,semua orang sedang fokus memandang aku dan Mikael.Muka mereka semua penuh dengan tanda tanya manakala peminat-peminat Mikael pula kelihatan terkesima.

Aku nak balik!

"Sara nak abang jawab? Atau Sara yang cakap?"

Bisik Mikael di telingaku dengan halus.Aku mengetap bibir cuba menahan geram.Ieee,dia boleh tanya aku soalan bodoh tu lagi! Aku menggigit bibir memandang Mikael yang hanya mamat tu balas dengan senyuman kecil.Keningnya terangkat satu.

"Abanglah yang cakap!" Desisku di telinganya dengan nada yang menyampah.

Mikael tergelak kecil sebelum memandang mata juruacara itu tepat-tepat.

"Tak,tak.Berita yang kamu semua tahu tentang putus tunang saya beberapa bulan lepas bukan berita yang salah.Actually It's a right news.Selepas hal putus tunang saya selesai,saya terus melangsungkan penikahan dengan isteri saya.Ianya adalah pernikahan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Sebenarnya,semua proses ni berlaku dalam masa yang singkat."

Tenang sahaja Mikael berkata membuatkan mataku membulat memandangnya.Iya pun tak perlulah jujur macam tu dekat atas pentas! Cover lah sikit ceritanya! Juruacara itu cuba menyorokkan riak terkejutnya sebelum dia berdehem dan menganggukkan kepala.Orang di bawah mula berbisik-bisik.Semestinya mereka semua curiga dan memikirkan sesuatu tentang hubungan aku dan Mikael.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now