Shawn Mendes-Memories
p/s : Tabahkan hati membaca chapter ini khusus kpd pembaca yg masih tak boleh move on dgn Mikael.Like me.💦
Sometimes,you have to be your own hero
Hampir ronyok kertas itu jadinya disebabkan aku mengenggamnya terlalu kuat.Pintu terbuka secara tiba dan akak masuk ke dalam bilikku dengan terkejut."Ya Allah Sara..."
Sedih akak melihat keadaanku dan terus meluru kearahku.Dia mengangkat tubuhku perlahan dan memelukku erat.Aku membalas pelukan lembut akak dengan tangisan yang masih teresak.
"Akak tahu sekarang semua nampak macam susah.Jangan risau akak sentiasa ada untuk tolong kau."Ujar akak perlahan.Nadanya pun seperti menahan sebak.Dia mengusap-usap belakangku untuk menenangkan aku yang menangis.Aku tidak menjawab,hanya cuba mempercayai apa yang akak katakan.
Malam itu,akak bermalam juga di rumah kedua ibu bapa mertuaku dengan alasan untuk menemaniku.Pak cik Syam kelihatan amat bersetuju dengan permintaan akak bermalam di rumahnya,manakala puan Lea pula masih tidak mahu keluar daripada bilik.Jarum jam di bilikku menunjukkan pukul 9.01 minit malam,keadaan rumah ibu bapa mertuaku sungguh sepi.Ayah mertuaku awal-awal sudah menuju ke surau ketika mahu menunaikan solat isyak,akak pula mungkin sudah tertidur di biliknya kerana penat menguruskan majlis jenazah untuk aku tadi.Aku pula daripada tadi hanya membuang masa merenung pemandangan ke luar tingkap di dalam bilik aku dan Mikael yang malap.Masih susah untuk menelan realiti dan kejadian pengebumian pagi tadi kelihatan kabur dalam ingatanku.Di saat suasana rumah ini seperti lenggang,aku betul-betul rasa sunyi.
Tok,tok,tok!
Terkejut aku mendengar ketukan pintu di tingkat bawah.Aku keluar daripada bilik dan merenung pintu utama daripada tingkat atas.Ketukan pintu semakin dikuatkan malangnya di dalam rumah masih tiada siapa yang meyahut.Siapa tu? Ayah mertua aku ke? Tanpa membuang masa aku terus turun melalui tangga dan berhent di hadapan pintu.Tanganku ragu-ragu bagi memulas tombol pintu namun ketukan yang tidak putus membuatkan aku semakin rasa bersalah.Memang sah-sah akak dengan puan Lea tidur.Ketukannya boleh tahan kuat.Buka sahaja pintu perlahan-lahan,aku terkejut melihat sebuah susuk tubuh di hadapanku.
Anis.
Gadis itu memakai baju warna kelabu dengan selendang hitam yang membelit longgar di kepalanya.Dia melihat wajahku dengan lega bercampur sedih.Aku terpegun seketika.
"Anis?"
"Assalammualaikum Sara,boleh saya masuk?"Suaranya kelihatan serak.
Aku menganggukkan kepala dan membiarkan Anis masuk dengan selamba.Dia tidak menuju ke sofa namun berdiri tegak di hadapanku.Matanya mula berair.
"Saya baru balik daripada lawat kubur Mikael tadi.Dengar je berita daripada mummy saya tentang Mikael,I was rushing to get here.Susah nak percaya yang Mikael sudah..."
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...