Selena Gomez-Bad Liar(Fav song)
The deeper I think,the deeper I seem to sink.
Gubahan bunga untuk Puan Lea sudah siap diatas kaunter,aku hanya sedang bermain telefonku sementara menunggu orang hantaran Puan Lea sampai di kedaiku.Bosan bermain game,aku melepaskan keluhan.Tidak sempat ingin meletakkan telefon bimbit di atas kaunter,loceng di pintu berbunyi.
"Hello,saya nak ambil bunga untuk Puan Lea!"
Jerit lelaki itu membuatkan aku tersenyum kecil.Dah sampai!
"Ni dia,dekat atas meja."
Kataku dan menunjukkan gubahan bunga tersebut di atas kaunter.Lelaki hantaran itu mempunyai kulit hitam manis dan memakai topi berwarna biru.Dia menghulurkan aku duit untuk bayaran gubahan bunga dan mengangkat pasu besar itu perlahan-lahan.
"Uissh,boleh tahan berat pasu ni."
Keluh lelaki itu dan mula jalan berhati-hati ke pintu.Laju aku membuka pintu untuknya.
"Terima kasih ye."
Ucapku dan lelaki itu hanya menganggukkan kepala.Dia keluar daripada kedai dan menuju ke vannya.Sekejap lagi gubahan bunga tersebut akan dihantar ke majlis makan Puan Lea.Satu lagi kerja siap! Aku menuju semula ke kaunter untuk menunggu pelanggan masuk.Setakat ni tiada siapa-siapa lagi yang menghubungiku untuk tempahan bunga,erti kata lain aku tiada kerja.Jadi hari ni aku hanya menonong seperti biasa menunggu pelanggan bertuah yang masuk.Daripada tadi juga aku menunggu ketibaan akak untuk masuk kerja,namun batang hidung dia pun aku tak nampak.Pagi tadi di rumah dia kata nak singgah satu tempat,sebab itu dia suruh aku masuk kerja dahulu.Aku melepaskan keluhan buat kali kedua hari ni.Mana akak ni?
Pintu kedai dibuka dan akak terus masuk dengan selamba.
"Assalammualaikum.Sorry lambat!"
"Akak pergi mana?"
"Adalah tempat."
"Tempat apa?" Keningku terangkat satu dengan curiga.
"Alah,kau ni banyak tanyalah."Dengus akak dan meletakkan begnya di atas kaunter.Dia menghirup kopi yang kelihatan dia baru beli di Old Town.
"Ish,beli kopi tak beritahu Sara! Boleh pesan tadi."
"Sebab kau nak pesanlah akak beli senyap-senyap."
"Cis."
"Tengahari ni kau nak makan apa?Kita makan dekat restoran nak?"Akak aku menukar topik secara tiba-tiba.Dia meletakkan kopinya di atas kaunter dan mengeluarkan telefon bimbit.Aku hanya mendagu dan melihat perbuatan akak dengan bosan.
"Sara tak tahulah nak makan apa.Rasa malas nak gerak hari ni.Makan Maggie je kut beli di 7-Eleven."Ucapku dengan malas.
Akak tergelak kecil namun masih tidak memandangku.Dia fokus menghantar mesej kepada seseorang.Aku mencebik dalam hati.Siapa lagi kalau bukan buah hati dia tu.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...