Despacito Remix: Luis Fonsi, Daddy Yankee Ft Justin Bieber (LYRICS)
Look at me that way again,and you may just claim what's left of my heart.
-William C.Hannan
Cuci sahaja mukaku,aku terus merenjiskan air dan mengelap mukaku dengan tuala kecil.Aku merenung lama wajahku di cermin.
'Apa aku dengan kakak aku nak buat sekarang?'
Itulah soalan yang selalu berlegar dalam otak aku sejak semalam.Bagai gila jadinya aku cuba lenyapkan persoalan tu dalam otakku,namun gagal.Penat otak aku fikir daripada semalam.Lepaskan sahaja keluhan berat,aku terus keluar daripada tandas dan terpandang katil akak.
Terkejut aku apabila mendapati akak sudah sedar dan menegakkan badannya 90 darjah di atas katil.Aku tersenyum lebar.Akak dah sedar! Namun,akak tidak sedar kehadiranku,dia terlalu leka merenung ke luar tingkap dengan pandangan jauh.Aku mendekati katil akak perlahan-lahan.
"Akak.."
"Eh,Sara!"
Akak terus memeluk tubuhku dan memerhati wajahku dengan risau.
"Ya Allah,muka kau...Teruknya! Ada lebam dengan luka sana sini.Astarfirullah,abang Syamsul kau ke yang buat semua nih?!"
"Isshh,tak ada apa-apalah."Aku menepis tangannya.
"Kan akak kata jangan turun-! Eh,abang Syamsul kau mana?"Panik akak sendirian.
"Dia dah kena tangkap kak.Ada jiran yang buat aduan polis lepas dengar abang Syamsul bising semalam, polis dah buat laporan dengan Sara.Akak tak perlu risau lagi kak."
Mata akak tidak berkedip memandangku dengan tidak percaya.Kemudian dia menangis perlahan-lahan.Aku tersenyum pahit melihat keadaan akak.
"Dah,dah,dah...Keadaan kita ok sekarang."Kataku sambil menepuk bahunya perlahan.
"Kenapa boleh jadi sampai macam ni,ya Allah.Lepas mak tak ada,akak sepatutnya jaga kau,bukan terjebakkan sekali kau dalam masalah akak."Akak berkata lemah dan mengusir air mata yang mengalir.
"Dahlah tu kak,tak berguna nak menangis lagi.Benda terjadi dan abang Syamsul takkan kacau kita lagi.Akak tu yang kena rehat,luka dekat kepala dengan badan tu belum pulih lagi.Doktor kata tulang rusuk akak ada yang retak."
"Akak tak tahu nak fikir apa...Akak dah biasa dengan perasaan sakit Sara.Dah lali dengan kesakitan yang abang Syamsul bagi."
Sayu aku mendengarnya.Betapa deritanya akak menahan kesakitan selama ini.Aku dapat lihat akak semakin memberat dengan perasaan bersalah apabila dia menyandarkan badannya kebelakang dengan wajah sunggul sekali.Sekali-sekala mukanya menahan sakit apabila dia membuat sedikit gerakan.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...