Can't Help Falling In Love With You - Haley Reinhart
They say that even if I live, it's not living.
Because the sky, without you, seems like a windowless prision.
Mikael memakirkan keretanya di luar pagar walaupun di dalam perkarangan rumahnya yang besar masih mempunyai ruang.Parkir kereta di luar sudah menjadi tabiat dalam diri Mikael sejak akhir ini sehingga ayahnya pun bising.Rumah mereka merupakan rumah yang paling terbesar di dalam kawasan itu,muat-muat sahaja untuk parkir lebih daripada tiga buah kereta di dalam perkarangan rumah.Namun kawasan luar juga yang menjadi pilihan anaknya.
Hujan masih lebat,namun Mikael keluar daripada kereta dengan selamba.Dia menutup pintu kereta dan melambaikan tangan tanda menyuruh pak cik penjaga membuka pagar rumahnya yang besar.Pagar dibuka dan Mikael masuk ke dalam lalu membuka pintu dengan keadaannya yang lencun dan air yang menitik-nitik di lantai.Badannya yang basah dan hujan yang dingin betul-betul membuatkan diri Mikael seperti ingin beku kesejukan.Namun malangnya malam itu dia terlalu sibuk untuk merasa sejuk.Dia terlalu sibuk melayan perasaan gembira yang meresap ke dalam jiwanya sejak daripada tadi.Sejak menemani Sara ke keretanya.Buka sahaja pintu,Mikael membuka kasut dan menapak masuk ke dalam.
"Assalammualaikum!Mikael dah balik!"
Laungnya lalu meletakkan kasut basahnya di tepi pintu dan jalan perlahan-lahan ke dapur.Aduuh,kejap lagi ibu mesti bising sebab lantai basah.Getus hatinya namun terus melangkah ke dapur dan terlihat kelibat ibunya yang sedang membancuh kopi.
"Ya Allah! You'r soaking wet! Tak guna payung ke budak ni?!"
Marah ibunya yang terkejut apabila melihat keadaan Mikael yang seperti baru selamat daripada banjir besar.Lantai dapurnya pun sudah basah kerana anak lelakinya itu.
"Sorry ibu,dalam kereta Mikael tak ada payung."Sengihnya.
"Kamu ni,keluar rumah tadi bukan main segak.Balik-balik je macam baru habis mandi sungai! Lain kali jangan lupa bawak payung,sejak akhir-akhir ni memang musim hujan."
"Ye ibu."
Balas Mikael dan menuju ke peti sejuknya yang besar dan membukanya.Dia mencapai botol air mineral dan teguknya dengan rakus.
"Ishh,lantai dapur ibu pun dah basah!"
Bebel ibunya lagi namun Mikael hanya membuat bodoh dan menyimpan kembali air mineral ke dalam peti sejuk.Entah kenapa,otak Mikael menerawang lagi tentang perbualannya dengan Sara malam ini.Dia tersenyum apabila teringatkan gadis yang memiliki hatinya itu.
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...