Bab 2

25.3K 1.8K 157
                                    

Don't know how much I can take

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Don't know how much I can take.

Will I bend or I break?




Kereta akak berhenti dihadapan rumah aku dan mak.Laju sahaja aku keluar daripada kereta sambil menarik beg sekolahku ke bahu.Aku menutup pintu kereta dengan perlahan dan akak menurunkan cermin tingkap.Daripada tadi akak senyap kerana marah.Bengang dengan tindakan aku yang keluar daripada kereta secara tiba dan masuk kembali ke dalam bangunan hospital.Arggh,bukan salah aku ok! Takkan aku nak beritahu akak hal sebenar,mahu Mikael betul-betul bunuh diri hari ni.Hisshh,apahal lah semua benda  ni terjadi pada aku hari ni?

"Akak..."

Mata akak masih tidak memandangku.Aku melepaskan keluhan berat.

"Sorry lah pasal tadi.Errmm,sebenarnya tadi-"

"Kau betul-betul nak tinggal sini ke?"

Soal akak secara tiba membuatkan aku terkejut.Apa maksud akak? Bukan ini memang rumah kami?Rumah aku,dan mak.Kecuali akak sebab akak sudah berkahwin dengan abang Syamsul.

"Maksud akak?"

"Hisshh kau ni.Sejak mak masuk hospitalkan kau tinggal dalam rumah ni seorang diri.Bahayalah.Tinggallah dengan akak dan abang syamsul buat sementara waktu."

Pasal hal ni lagi.

"Sara oklah kat sini.Setakat ni mana ada apa-apa lagi jadi kat Sara."

"Kau memanglah cakap macam tak bahaya! Tapi sekarang banyak kes pecah rumah tau,lebih-lebih lagi kau ni perempuan  remaja.Seorang diri pulak tu!"

"Aduh,orang ok lah kak.Nanti kalau ada apa-apa hal orang telefonlah akak."

"Hei,kau ni degil betullah!"

Akak menggeleng-gelengkan kepala dengan cebikan.Rimas dengan perangai degilku.Jangan salahkan aku,aku memang tak selesa berada dekat dengan abang syamsul.Dia tu macam-Ergghh,entahlah.Dia tu pelik.Dan aku tak bodoh,aku nampak cara dia pandang kakak aku.Dan cara kakak aku mengelak apabila terpandang renungan dia.

"Pergilah balik,nanti abang syamsul risaulah."Sengaja aku menghalau.

Akak tidak mengendahkanku namun matanya meliar melihat rumah kami dengan lama.Mungkin masih sangsi dan risau tentang keselamatan aku di sini.Aduuh.

"Pergi balik."

"Iyalah!"

Dengus akak dan sebelum menaikkan tingkap,dia menatap mataku lagi.

"Ingat,kunci pintu! Pastu kalau apa-apahal ketuk pintu rumah orang sebelah atau telefon-"

"Telefon akak.Ya Allah,orang tau!Akak cakap benda yang sama berulang kali sejak mak masuk hospital. "

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now