Bab 22

22.8K 1.4K 979
                                    

Avril Lavigne-When you'r gone


Calling me yours is all I want

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Calling me yours is all I want


Disebabkan aku dan Mikael terlalu lama di dalam bilik,Mikael memberitahuku bahawa dia ingin keluar untuk menjumpai kedua ibu bapanya dan doktor.Tidak manis kami berlama di sini sedangkan di luar masih ada tetamu.Tidak sempat aku ingin mengikutinya,Mikael memberhentikan langkahku.

"Sara duduk sini je."

"Apasal pulak?"

"Kalau camtu,Sara nak dengar apa doktor tu cakap?"

Aku terdiam.Melihat reaksiku,Mikael tersenyum.

"Duduk je sini."

"Tak..Tak apa.Sara kena dengar jugak."Kataku dengan nada tidak pasti.

Mikael menolak bahuku lembut sehingga aku terduduk di atas katil.

"Sayang,jangan paksa diri."

Ujarnya buat kali terakhir sebelum keluar daripada bilik meninggalkan aku seorang diri.Aku melepaskan keluhan panjang.Kenapalah aku macam ni? Aku hanya senyap duduk di birai katil dengan fikiran menerawang.Fikir kembali kenapa aku cuma tak boleh berani untuk berdepan dengan doktor dan dengar berita yang ingin disampaikan.Pintu yang terkuak membuatkan lamunanku terputus.Mikael masuk dahulu sebelum muncul wajah puan Lea yang bercahaya.Pak cik Syam dibelakangnya.

"Ya Allah Sara.Kamu mengandung!" Senyuman lebar terukir di bibir ibu mertuaku.

Oh!nampaknya Mikael sudah memberitahu mereka berdua.Aku bangun dan mendekati mereka.

"Haah,Sara pun baru dapat tahu tadi."Aku tersenyum kecil.

"Alhamdulillah! Kita akan ada cucu Lea."Nada pak cik Syam juga kelihatan teruja.

Dia menepuk-nepuk bahu Mikael dengan bangga sementara Mikael hanya tergelak kecil.Puan Lea terjerit kecil sebelum memeluk tubuhku erat membuatkan aku rasa gembira.

"I'm so excited! Kakak kamu dah tahu?"Soalnya laju.

"Ermm,belum lagi."

"Allah,kita kena beritahu dia! Apa kata,Sara ajak kakak kamu datang sini petang ni.Kita makan-makan dan celebrate.Tak apa,tak apa.Biar mummy yang masakkan."Seloroh puan Lea sebelum mencubit pipiku dengan senyuman panjang.Pantas sahaja dia keluar daripada bilik.

Pak cik Syam tergelak melihat kelakuan isterinya.

"Excited betul ibu kamu Mikael.Dia betul-betul gembira tu,dah lama dia bising dengan abah pasal nak cucu.Akhirnya,datang jugak hari tu."Pak cik Syam memegang bahu Mikael erat.

"Rezeki ayah,rezeki."Balas Mikael bersama riak yang tenang.Namun masih terpamer cahaya kegembiraan di segenap wajahnya.

"Mulai sekarang,kamu berdua dah tak boleh main-main dah.Nanti nak jadi ibu bapa,kena fikir betul-betul tentang masa hadapan.Jadi bapa yang bertanggungjawab Mikael,Sara pun sama."Pak cik Syam melihat kami berdua sambil menghulurkan nasihat.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now