Black-Gd feat Jennie Kim (This song is my mood right now🙆)
'I know that it hurts,but keep trying'
Bagi orang yang berjaya dan sistematik seperti Mikael,aku tahu dia selalu fikirkan apa yang dia ingin lakukan.Namun keputusan yang dia sedang hamparkan kepada aku sekarang,betul-betul tak masuk akal.Memang seratus peratus tak masuk akal!He really has lost his marbles.
"Awak buat lawak ke sekarang? Ada kamera tersembunyi ke dekat mana-mana?"
Ucapku dengan tidak percaya dan cuba mencari kamera tersembunyi di bawah meja.Mikael mendengus sekali lagi sebelum menarik tanganku untuk melihatnya.
"I'm dead serious."Ucapnya lagi membuatkan aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Awak sakit ek?Demam?Mungkin saya tak patut telefon awak tadi.Aissh."
"Aku betul-betul serius Sara! Kenapa susah sangat kau nak percaya?!"
"Memang susah saya nak percaya! Kahwin?!Ini bukan perkara main-main Mikael."
"I know that,I'm not stupid! Aku betul-betul nak kahwin dengan kau,takkan itu pun kau tak faham?"
"Saya faham! Saya betul-betul faham.Masalahnya apa yang saya tak faham sekarang ialah,kenapa awak nak lamar saya sekarang?!"
"Tunggu sekejap,kau terkejut sebab aku lamar kau macam ni ke? Ataupun kau nak aku lamar kau cara lain?" Mikael memegang dagu dan berfikir sendirian.
Aku menampar dahi sendiri.
"Ya Allah,ini bukan pasal lamar! Saya-Argghh."
"Ehem."
Kami berdua tersentak apabila seorang pegawai polis lelaki berdehem dan menjeling kearah kami.Seperti memberi amaran bahawa perbualan kami terlalu bising.Malu gila! Aku sudah memalingkan pandangan ke tempat lain sementara Mikael pula menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.Keluar sahaja pegawai itu daripada perkarangan rumahku,aku memandang Mikael dengan laju.
"Ini bukan pasal lamar Mikael.Masalahnya,awak tak berfikir panjang bila nak ajak saya kahwin malam ni.Kita ada banyak masalah dalam hidup kita sekarang,perkahwinan tu bagaikan menambah masalah lagi."
"Masalah apa?" Soal Mikael dengan tidak puas hati dan mendekatkan jarak kami.
"Macam-macam masalah! Awak masih terikat tunang dengan Anis,ibu awak tak suka saya,dan kakak saya pun suruh saya jauhkan diri daripada awak! Awak tak rasa itu semua masalah ke?"
"Pasal Anis.."
Mikael semakin kehadapan membuatkan aku kebelakang.
"Kenapa dengan awak ni?"
YOU ARE READING
Terkecuali : Mikael
Romance"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." ...