"Sara!! you je harapan kitaorang sekarang nih"
"What? Hias rumah mana lagi Areeq?" keluh Qaisara
"Datin Afiza"
"Kenapa Datin nak aku yang design? kan ramai lagi yang boleh diharapkan."
"Sebab dia dah reject semua orang weh, kau je harapan kiteorang sekarang ni. Nanti kalau dia saman kita macam mana?"
"ha ye lah ye lah nanti aku pergi"
Aku Irdina Qaisara.
Umur aku 25 tahun.
Kerja? Interior Design lerr..
Aku ada mama, nama dia Puan Habibah. Mama ada business dia sendiri, tapi mama tak pernah bagi pendedahan tentang business dia dekat aku. Haih sedihh.
Ayah aku? Dia meninggal sejak aku usia 12tahun, paru-paru berair. Mama la ibu aku, Mama lah ayah aku.
"SARAAA!! BANGUNN!!! kata nak pergi rumah customer? nanti lambat macam mana? cepat la saraa cepat"
"ye ma ye ma kejap. nak turun la ni"
"Ya Allah! kenapa tak siap lagi ni? dah pukul berapa dah ni. tak tengok jam ke?"
"Ala ma. lek la ma. orang yang mintak Sara, biar la Sara nak datang pukul berapa pun. Bukan Sara yang merayu dekat dia"
"Tak baik la Sara. Dah pergi siap. Kau fikir kau boss? Sesuka hati je nak datang pukul berapa?"
"Baik boss. tapii nanti lahh. lepas breakfast hehe"
Qaisara memang susah nak mandi. ada aje alasan dia. Kalau tiba-tiba dia turun dengan siap berpakaian kemas ha ada la tu nak merayap tah kemana. Kalau tak, tengah hari nanti baru ada kesedaran diri nak mandi. Anak dara terlajak senang ke terlajak malas? hahaha
Selepas bersarapan, Qaisara meminta izin ibunya untuk pergi kerja. Sampai je rumah Datin Afiza. Tergamam dibuatnya.
"besarnya rumahh!! agaknya berapa bibik dia guna eh? rumah aku pun ada sorang je bibik. itu pun asyik mengeluh kata rumah aku besar' Sara berkata dalam hati
"Siapa eh nama tuan rumah ni?"
Sara membelek fail yang dibawanya bersama untuk menunjukkan sample design yang sesuai
"Ohh Datin Afiza.... patut la besar rumahnya, Datin kauuu" Sara tergelak kecil.
_____________
Ting Tong
bunyi loceng rumah Datin Afiza.
"Bik bukain pintu nya " suruh Datin dalam loghat Indon
"Ya bukk sebentar yaa"
5minit kemudian
"Assalamualaikum" Sara memberi salam sambil tersenyum
"Waalaikumussalam, err awak ni Qaisara ye? yang nak design rumah saya. jemput la masuk" Datin Afiza membalas senyuman Sara
"haah ye saya. Terima kasih. Tapi saya tak design hari tau Datin, Saya design lepas Datin bagitahu konsep macam mana Datin nak and besar mana ruang yang Datin nak saya designkan"
"Ha okey tak ape. lagipun ramai yang saya call, tapi semua cakap tak boleh" kata Datin Afiza sayu
'Ciss dorang memang saja nak umpan aku nii' desis hati Qaisara
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Short StoryPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG