Hujan

173 7 0
                                    

Sumpah malu! Kejadian semalam buat Sara menyibukkan diri dalam bilik selama seminggu. Gila. Alasannya adalah untuk mencari ilham macam mana nak cari susun atur gaya baru. Sedangkan dalam hati, niatnya sama sekali tak nak bersemuka dengan Razif.

Razif lagi la. Buat macam takde apa apa berlaku. Pergi kerja macam biasa. Balik kerja macam biasa. Tengok tv. Ajak makan.
Hey amnesia ke ape mamat ni.

"Saraa~~~" Razif memangil Sara dari luar pintu bilik Sara.

"Kau nak ape la!"

"Weh masak la wey... Aku lapar do. "

"Masak la sendiri. Kau kan rajin"

"Apa guna isteri kalau tak jejak dapur buat makanan untuk suami" Razif menyandarkan badan di daun pintu bilik Sara

Sara terus memulas tombol pintu biliknya. Panas hati dengan ayat Razif yang mengatakan dia tidak pernah jejak dapur.
Terkejut Razif buat sementara dek kerana tindakan drastik Sara untuk membuka pintu.

Sara terus melangkah masuk ke dapur. Diikuti dengan Razif di belakang.

Tangan Sara ligat menyelongkar barang barang mentah yang ada di dapur basah. Manakal Razif duduk di kerusi yang terletak di dapur kering sambil menongkat dagu melihat Sara.

Sara memulakan aktiviti memasaknya. Malas dia nak buat yang susah susah. Buat spagethi pon cukup lah. Sedang dia sedang sebuk menumis daging ayam cincang. Mata dia melilau mencari bekas garam dan gula.

Mulut dia malas nak bukak untuk tanya Razif. Kenapa kene tanya Razif? Sebab dia je yang tahu selok belok dapur ni. Hoho.

Sara terjengkit jengkit melihat di kabinet atas mencaru bekas yag berisi gula dan garam.

"Gula dengan garam ada ni dekat area bekas sudu" Razif berkata dengan posisi yang sama; menongkat dagu

Selesai sahaja menumis. Sara kene letak sos tomato. Aduh! Satu hal lagi! Mana sos tomato ni!!!

"Sos tomato ada dalam peti ais" Razif bersuara lagi.

Eish! Macam tahu tahu je dia ni aku nak cari ape. Kaki Sara melangkah ke arah pet ais. Mata dia sempat menjeling Razif.

Setelah selesai masak kuah spagethi, Sara mencedok kuah tersebut masuk ke dalam mangkuk. Dan di hidangkan di hadapan Razif di meja makan.

Sara mencari sesuatu.

Ha! Ada dekat tepi bekas sudu kot. Mata Sara melihat tajam di tepi bekas sudu. Barang yang di cari tidak diketemui.

Mungkin ada dekat atas kabinet kot! Sara laju membuka setiap kabinet di dapur. Ahh!!! Takde jugak! Kalau tak letak, tak lengkap la kuah spagethi diaa! Hati Sara mula ingin memberontak.

Tiba-tiba. Razif berkata

"Serbuk Oregano ada dekat tempat rempah ratus tu" Razif melihat Sara melalui ekor mata. Dia tersenyum

Eh! Mana dia tahu aku cari serbuk Oregano ni!! Eishh nampak sangat ke aku tak selalu jenguk dapur ni. Aduhh!

"Dah dah la tu nak perang dingin dengan aku. " Razif memulakan perbualan sambil menikmati spagethi yang di masak oleh Sara.

"Mana ada"

"Oh tak de eh? Ke kau malu?"

"Malu sebab apa?"

"Sebabbbbb malamm sema--"

"Ah kau! Makan diam diam jela. Kerabat setan je makan sambil bercakap" Sara memintas.

"Hahaha kau ni ada ada je la. Pasni tengok movie nak? Bosan la Sara. Hm"

Sara hanya mengangguk.

Selepas makan, seperti yang diminta oleh Razif. Mereka menonton movie. Cerita pelik pelik je si Razif ni tengok. Selepas shaja tamat movie tersebut. Mereka menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Sara melipat telekung dan sejadahnya di tempat yang sepatutnya. Dia mula mencapai telefon bimbitnya.

Terdapat mesej dari unknown number. Dia membuka mesej tersebut. Mesej tersebut merupakan gambar.

Hampir terjatuh telefon pintar Sara bila melihat isi kandungan gambar tersebut.

"Nii... Nii... "

"Kenapa ni sayang?"

Pang!! Tanpa sedar, Sara menampar pipi Razif.

"Kau dah bermesra macam ni dengan Arlisa. Kau boleh panggil aku SAYANG?"

Razif terdiam seketika. Bermesra? Dengan Arlisa? Sejak bila?

"Apa sayang cakap ni?" Razif betul betul inginkan penjelasan.

"Stop calling me that stupid word! I hate you!!" Sara meninggalkan tefonnya dan berlari keluar dari rumah.

Dia tidak sanggup nak mengeluarkan air matanya di hadapan Razif. Dia marah sangat. Ingatkan pompuan tu bagi gambar dekat aku je. Rupenye dia nak goda si Razif. Razif pon melayan. Lagi dia sakit hati, selepas beberapa hari dia menerima kepingan gambar Arlisa bersama Razif, Sara mendapat panggilan dari private number dan pemanggil itu memutarkan voice record yang telah di rekod di telefon. Suara yang direcord adalah suara Razif dan Arlisa.
Sungguh dia tidak percaya semua ini.

Kaki Sara berhenti di stesen busstop. Bunyi guruh membuatkan Sara sedar, tidak lama lagi hujan turun. Dengan perasaan kucar kacir, Sara mula menenangkan diri dengan duduk di bangku yang disediakan oleh kerajaan.

Hujan mula turun membasahi bumi. Membasahi tumbuhan tumbuhan hijau. Tanpa sedar, air mata Sara juga turun. Dia tidak boleh tahan marah terlalu lama. Ini lah jadinya. Dia akan mengeluarkan airmata.

Sara terkenang titik permulaan dia dan Razif bertemu. Di lapangan kapal terbang. Sehinggalah kejadian malam semalam yang membuktikan cinta mula berputik. Tapi diganggu oleh orang ketiga. Orang yang kenal Razif terlebih dahulu dari dia. Tak lain tak bukan, Arlisa Armeda.

Sedang dia mengenang semua perkara, silauan lampu kereta membuatkan Sara sakit mata. Dia terus mengelap air mata yang bercucuran keluar.

Kelihatan Razif keluar dari perut kereta. Mulanya dia keluar dengan payung. Tapi disebabkan angin terlalu kencamg. Terus payung tersebut lari dibawa angin.

Kuyup baju Razif menampakkan badannya yang sasa. Rambut dia yang mulanya cantik terletak terus layu ke bawah bila dibasahi air hujan. Walaupon layu ke bawah, dia nampak begitu seksi. Okey Sara. Please behave.

Razif berjalan menuju ke arah Sara di busstop.

"Sara. I will explain everything at home. Jom balik?"

"Pergi la kau sana dengan Arlisa kau"

"Please saya-- er i mean please Sara"

Kenapa taknak panggil aku sayang? Kenapa kene tuka jadi Sara? Tadi elok je panggil sayang. Heh !

"Explain right now!"

"But tengah hujan kan sekarang ni? Tak kesian ke kat aku?"

"Perlu ke ? " Sara menggulingkan mata.

"Okey fine! I'll explain everything"

Razif menerangkan segalanya. Apa yang terjadi dari hari pertama Arlisa di pejabatnya sehingga dia di angkat sebagai pemegang saham syarikat.

Sepanjang penerangan Razif dikala waktu hujan. Dia tidak boleh memfokuskan setiap butir bicara yang dikatakan oleh Razif. Terlalu terpaku dengan persepsi Razif. Tersangat la manly.

Dengan rambut basah dia. Dia berdiri ditengah hujan seolah dia sedang confess perasaan dia dekat aku. Fuh! Nasib baik takde kilat sambar menyambar. Guruh pon tak kacau line. Hujan asid mungkin.

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now