Sakat

195 14 0
                                    







3.00am

"Akhirnya sampai pun KLIA. Haih tu la Sara suka sangat buat kerja gile. Amik flight tengah malam buta lagi, kan dah menyusahkan diri" omel Sara sendiri.

Setelah dia mengecop tempat di kerusi yang disediakan oleh pihak atasan.

Bangun.

Duduk.

Bangun.

Duduk.


'Argh!!! Bosan nya! Jalan-jalan ahh bagi hilang bosan. Kedai tutup pon apadehall usya abang pilot laa hehe' desis hati Sara


Kelatak keletuk bunyi kasut tumit Sara memecahkan kesunyian di airport. Sambil meronda hilangkan bosan, beg bagasinya pun dibawa sekali. Sayang betul Sara dengan beg bagasinya.Tiba-tibaaa....

BUM!

Seorang lelaki yang sedang berlari dari belakang , terlanggar bagasi kesayangan Sara. Sara menoleh dengan geram

"Nak berlari bukan dekat sini lah weyy!!" kata Sara dengan geram. Setelah berkata kepada lelaki yang tidak diketahui, dia terus berlalu menyambung sesi rondaan dia.

Tiba-tiba... BUM!!

'WHAT THAA!!! Sekali lagi dia langgar?! Ish nak kene mamat ni' desis hati Sara.

Baru sahaja dia menoleh dan ingin memberi amaran. Lelaki tersebut berkata

"Nak jadi role model, bukan dekat sini" Razif memulangkan buah paku yang keras.

"Dalam banyak-banyak tempat pehal kau nak sepak bagasi aku ha?!"

"Sebab kauuuuu halang laluan aku nak marathon" Izz Razif menyakat

"Ha ha ha lawak -,,-"

Baru sahaja nak memulakan perbalahan,

"PERHATIAN KEPADA CIK IRDINA QAISARA DAN ENCIK IZZ RAZIF SILA SEGERA KE BALAI PERLEPASAN DENGAN KADAR SEGERA. PENERBANGAN ANDA AKAN BERLEPAS SEBENTAR SAHAJA LAGI"


Hamik kauu!! Dua-dua pecut lari ke balai perlepasan

**


"Fuh nasib baik sempat" kata Sara selepas dia berada di dalam perut pesawat.

"Cik, boleh saya bantu?" tegur pramugari itu dengan ramah

"Ha saya nak cari tempat duduk saya" kata Sara sambil menunjukkan tiketnya

"Ohh , mari ikut saya cik, saya tunjukkan"

Selepas melepasi beberapa baris tempat duduk, akhirnya Sara menemui tempat duduk dia. Selepas berterima kasih dengan pramugari, juruterbang memberikan sedikit taklimat ringkas tentang perjalanan ke Rome.

Habis sahaja taklimat yang diberi, Sara kebelakangkan sedikit seatnya untuk melelapkan matanya. Baru sahaja nak kebelakangkan seat,

CRACKK!

Kerusinya seperti ditolak kehadapan dan membuatkan Sara duduk 90darjah. Sara seperti mendengar seseorang sedang mentertawakan keadaan nya, apabila dia pusing kan badan nya kebelakang

"KAU?!!"

Terkejut Sara, orang yang kenakan dia, adalah lelaki yang sepak bagasinya tadi.

"Yes? Any problem?"

Heh benci betul Sara dengan senyuman dia. 'senyuman mengejek heh!'

_________

Seorang pramugari sedang membawa troli dan melepasi tempat duduk mereka. Razif menahan pramugari itu untuk meminta satu cawan kopi. Dengan teliti, secawan kopi telah bertukar tangan. Baru sahaja Razif hendak menjamah kopi

CRACKK!

Sara kebelakangkan kerusinya sampai membuatkan cawan  yang berisi air kopi itu tumpah di dada bidang Razif.

"Aw ! panas panas"

Sara toleh kebelakang dan berkata "BA LA SAN"

Kemudian senyuman paling manis diberikan kepada Razif

Secara spontan, Razif terus berdiri dan tengking Sara

"Apa masalah kau??"

"Pardon me?"

"Asal kau tumpahkan kopi aku?!"

"Eh tumpah eh? Sorry SENGAJA"


Naik baran Razif dibuatnya. Dia menyengsengkan lengan bajunya. Baru sahaja hendak menyambung perbalahan, mereka ditegur oleh penumpang yang lain. Mereka dimarah oleh ketua pramugari kerana mengganggu ketenteraman penumpang lain

**





Ini la kali pertama dia tidak tenang duduk di pesawat untuk beberapa jam lamanya.

Sebab apa?

Sebab lelaki belakang ni ha!!!

Menyirap je Sara kerana asyik dikenekan olehnya

'Aku harap sampai je Rome aku dah tak jumpa mamat belakang ni'

___________________________________

Menyirap = panass hati

Assalamualaikum and hello guys.

Thanks sebab baca #SARAZIF

please VOTE and COMMENT apa-apa yang kurang ye ^

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now