Ijab Qabul

212 8 2
                                        




Tok! Tok! Tok!

ketukan demi ketukan di buat oleh Firash. Mana tidaknya, Razif boleh pula buat bodoh dalam bilik.

"Zifff!!! bukak la pintu bilik nii !! Wehh aku serious ni"

Ye, Farish overnight dekat rumah Razif. Sebenarnya dia orang yang paling excited sebab kawan dia nak kahwin. Boleh dikatakan, dia yang double triple check semuanya, dari baju sampai hantaran kahwin

gempak bukan? huhu

"IZZ RAZIF BIN DATO' EQRAM! Woii! aku syak kau belum bangun lagi ! aku yang overnight kau yang terlebih tido"

Geram Farish dibuatnya, rasa macam nak suruh Thor bukak pintu bilik Razif guna hammer dia.

Satu je cara yang boleh buat Razif bukak pintu hehe

__________________

Bingit telinga Razif bila terdengar ketukan demi ketukan dari pintu biliknya. Tapi langsung tidak dihiraukannya.

Dia tekup mukanya dengan sebuah bantal sebelahnya. 'Ahh lantak kau ah Farish!'

Makin ditekup makin kuat ketukan Farish

'eh mamat ni memang saja nak robohkan rumah aku ke acane?"

Razif mula menyandarkan dirinya daripada baring. Sempat lagi dia teringat malam semalam

FLASHBACK

Nak ke tak nak ? nak ke taknak? dan akhirnya Razif memilih untuk menefon Sara

"Assalamualaikum? ni SaraBukanMuhrim ke?"

"Ha? Siapa ni? SaraBukanMuhrim?"

"Entah tiba-tiba ada nombor awak dekat telefon saya"

Diam. tidak berjawab. Razif menahan gelak . Dengar suara sahaja dia dapat tahu yang dia mengganggu Sara tidur.

"Woii! kau pehal call memalam buta ha?"

"Oi terkejut kau tahu tak? hahaha"

"Wehh aku tak main-main la!! esok aku nak kahwin, dah jangan kacau aku"

**

Terbeliak mata Razif bila teringat kejadian malam semalam

"Kahwin?? aku pun kahwin gak hari ni"

terus dia mencapai telefon bimbitnya. sudah jam 12.30

"Gosh!! Patutlah si Farish asyik memekak je urgh"

Dia mencari baju yang perlu dipakai untuk akad nikah.

"Aduhhh baju semalam dekat bilik dobi pulak!" Razif menggaru kepala yang tidak gatal. Nak tak nak dia kene keluar dari bilik dengan baju tidurnya dan lagi memalukan, dia tidak mandi lagi.

Baru sahaja dia buka pintu bilik nya

PANGGG!!

Bunyi kuali di ketuk dengan senduk dengan kuat

"Woii pekak la akuu!!"

"Sss-sorry beb, aku fikir kau belum bangun"

"Yang pandai sangat ambil kuali dengan senduk ni dah kenapa?" pening kepalanya pagi-pagi ada sahaja yang membuat hal

"siapa suruh kau tak bukak pintu time aku ketuk, ni ha baju kau"

"Thanks beb! aku baru nak turun pergi ambil."

"Siap cepat aku tak sabar ni nak tengok kau akad nikah"

"Siott je kau" Razif terus menutup semula pintu biliknya

_____________________

Kedengaran kecoh di bawah apabila sedara mara sepupu sepapat berkumpul untuk meraikan majlis akad nikah Sara

Majlis akad nikah Sara dilakukan di rumahnya, Sara termenung melihat dirinya dicermin,

Hatinya berdolak dalih dengan keputusan yang di buatnya, tapi apabila melihat ibunya yang tersenyum gembira membuatkan hati Sara ikhlas menerima pernikahan ini.

"Semua ini untuk mama" Sara tersenyum

Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu, tak lain tak bukan mak andam yang tolong soleknya mukanya

tidak sampai berapa minit, mak andam sudah menyelesaikan tugasannya.

Sara seakan tidak percaya apabila melihat dirinya

"Cantik jugak rupanya aku ni " masuk bakul angkat sendiri

Sara bukannya tidak reti bersolek, cuma dia hanya selesa dengan memakai eyeliner dan lip balm sahaja

Tetapi apabila mak andam yang tolong solek, ha segala alat solek di pakai.

mascara,blusher, ha lagi apa bende tah Sara tak pernah ingin tahu

"Haii apa lagi yang di telek mukanya tu" mamanya menyapa dari muka pintu

"Dia nak tengok muka dia cantik tak untuk encik suami la Aunty" Fina sakat

Sara hanya memberi jelingan pada Fina. Fina mengekek apabila melihat jelingan Sara

"Uishhh akak bahang lanje kerek la , Aunty" Fina masih enggan untuk berhenti

"Sukanyaa kau sakat aku, kau siap kauu nanti aku backhand kang ape pun tak dapat"

"Ha dah tak payah gaduh, Sara, awak tu dah nak nikah, tak payah nak tunjuk gangster ye." mama nya mula beredar dan Fina mengikut mama Sara dari belakang

Baru sahaja Sara hendak duduk di birai katil, mamanya bergegas masuk ke bilik Sara dengan muka bahagia

"Pihak lelaki dah sampai, jom turun"

SARAZIF  ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang