Kucing

170 6 0
                                    

"Assalamualaikum!! Saraaa" Razif memulas tombol pintu.

"Meowww...."

Eh kucing kuyup mana ni masuk rumah niii! Mesti masuk dari pintu belakang. Sesedapkambingbakar dia je masuk pintu belakang, keluar pintu depan.

Dari dapur, ada kelibat seseorang. Sedang terbongkok bongkok.

Ssss...siapa tu? Sara mana? Kenapa biar pintu belakang terbuka. Tu makhluk ape tu masuk rumah. Ya allah kuatkan la iman aku.

Tiba-tiba, makhluk tersebut memandang Razif. Kau tutup mata je la Razif. Dia nak terkam kau ke nak rasuk kau ke. Allah pelindung kau.

Dari hujung telinga kedengaran
"Maigad Razif!! Thanks pegang dia. Penat do aku cari. "

Razif membuka mata. Jahanam! Makhluk yang dia ingat tu makhluk Allah dari alam lain rupanya, isteri dia sendiri.

"Kau apehal do pakai baju hujan? Nak kata hujan, tadi dekat luar , terik je. Nak kata rumah ni bocor, come on! Ni rumah baru kutt" Razif menghelakan nafas lega. Sesak nafas dia dengan sangkaan bukan bukan dia

"Aku nak mandikan kucing nii. Asyik lari je do. Susahh gile nak mandikan dia" Sara cuba mengambil kucing dari tangan Razif, tapi kucing tu buat muka garang. Sara surrender.

"Haih ko ni. Pelik pelik je la. Ni kau mandikan dia macam mana?" Razif mengusap bulu kucing tersebut.

"Guna bathtub"

"Ape?!!"

"Ehe , guna shower la. Pastu aku letak suhu suam sikit biar dia segar sikit"

"Paleotakko la! Mana ada orang mandikan kucing guna air suam." Razif melangkah ke dapur. Dituruti dengan Sara.

"Meh sini aku ajar"

Razif dan Sara masuk kedalam bilik air berdua. Eh bertiga tambah si kucing.

Splash! Splash! Splash!

"Razifffff!!!! Pegang la dia elok elok!! Basah la baju akuuu"

"Dia yang degil! Aku dah pegang kuat kuat dahhh!!"

"Wehh bazir je aku pakai baju hujan ni!" Pandangan Sara beralih ke diri dia. Kuyup habis even ada baju hujan. Ahh useles betul baju hujan ni! Tanpa sedar tangan yang dia pegang shower menghala ke Razif.

"IRDINA QAISARAA!!! WEHHH KAU MANDIKAN KUCING KE MANDIKAN AKUUU!!!"

"Asal kau tak pegang kucing tu betul betul!!!"

"Hamikk kauu!! Kau dah basahkan aku! Aku basahkan kau balik! Lantak kau" Razif merampas pemegang shower dan terus menghalakan ke arah Sara. Riuh bilik air semata sebab kucing.

Kecoh. Kabut.
Kucing entah kemana.
Tapi yang basah dek percikan air hanya Sara dan Razif.
Kucing?
Hilang ke mana tah.

**
"Meh sini kucing, aku keringkan kau guna hair dryer aku. Haih kau ni la kucing! Aku nak mandikan kau. Alih alih aku yang mandi" Sara merungut.

Sedang dia membebel sorang sorang. Dia terdengar derapan tapak kaki. Sah la tu Razif. Takde orang lain. Nak tengok TV la tu.

Sara keluar bilik sambil memeluk kucing tersebut. Belum lagi Sara sampai di sebelah Razif. Kucing tersebut sudah melompat dan melekat di sebelah Razif. Baikk punye tempatt!!

"Eh Aishahh!!!!" Razif menjerit.

Terkejut Sara. Mana tak nya, kucing tu mendarat sebelah Razif , lepastu Razif menjerit nama perempuan lain. Ni nak jadi typical isteri nii in the world ni!

"Ehemm" Sara berdeham. Razif yang sedang mengangkat kucing terus di letakkan di sebelah pehanya.

"Ape ko nak?"

"Aishah tu siapa?"

"Kau jeles ehhh" Jari jemari Razif ligat bermain bulu kucing tersebut.

"Aku tanya betul betul do!" Sara mula duduk di sebelah kiri Razif. Kanan kucing , kiri Sara.

"Nama kucing ni lahh. Kan Aishah kann!"

"Pffft! Otakko nama kucing tuu---Hahahahahhahaha" Sara menekan nekan perutnya. Tak sempat Sara menghabiskan ayatnya dia sudah gelak guling guling bila tahu nama kucing tu Aishah. Gila! Tu nama orang do!!

"Ape?!!! Okey what Aishah. Aku tuan dia. Aku tahu la"Razif mempertahankan dirinya.

"Otakko okeyy hahahahaha wehhh!! Dia jantan siott hahahahah" Sara sambung ketawanya. Weh sumpah geli hati! Kau bayangkan. Kau dapat anak. Then nama anak kau letak nama perempuan. Tapi bila check rupanya dia jantan. Hahahaha

Pup! Sebiji bantal mendarat di kepala Sara. Terus Sara menahan ketawanya. Merah pak hang muka Sara.

"Aku mana tahu jantan ke betina" Razif mula berkata. Jari jemarinya kini bermain dengan hidung kucing tu.

"Aishahh hahahahahahahha" Sara tak boleh simpan dah gelak dia. Perut dia bagai di geletek.

"Dah tu nak bagi nama apaa!"

"Hm Abdul Razak lah. Sebab dia jantan. HAHAHAHAHA"

"Aku liku kang kepala kau."

"Ok ok. Nama dia kau letak la hmmm jack?"

"Taknak"

"Momo?"

"Dia bukan momok do "

"Hitam?"

"Noob"

Tiba tiba saluran Astro menyiarkan lagu Didiandfriends.
"Pak Atan ada kucing. Nama dia bingo. B-I-N-G-O" kedengaran suara latar milik didi sedang menyanyi.

Secara serentak Sara dan Razif berkata
"BINGO!"

"Okey bingo. Jom nyanyi sama sama! Hora horeyy!" Razif melambung Bingo, nama baru kucing yang dulunya dinamakan Aishah.

"Weh dia bukan manusia do nak dilambung macam tu. Heart attack kang" Sara merampas Bingo daripada Razif.

Sebenarnya dia geram. Dari tadi asyik Razif saja yang dapat membelek Bingo. Biar kalini dia pulak membelek Bingo.

Sedang Sara membelek. Dia mencekup kepala Bingo dek kerana teramat geram.
Razif dari belakang terus menterbalikkan dirinya di sofa ((rujuk gamba atas)) . Eh sejak bila Razif dekat belakang aku ni?

Razif terus merampas Bingo. Dan diletakkan Bingo di sebelah kanan dia.

"Wehh!! Bak la Bingo tuu!" Sara merayu

"Kau melemaskan dia do!"

"Ala wehh aku nakk peluk je. Janji lastt!!" Tangan Sara cuba untuk mencapai Bingo. Tetapi tangan Razif terus menolak kepalanya. Okey tolak manja bukan tolak sebab dayus. Gurau dorang memang gurau kasar.

"Ah kau tak payah. Sesak nafas dia nanti"

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now