Seminggu ambil cuti semata nak jaga Razif. Hanya Allah saja tahu betapa manjanya si suami ni.
Hari ni Sara masuk kerja. Muka Areeq. Muka Safiey. Muka Warda. Ahh muka semua mintak sumbat kuali.
Hampeh punye kawan. Satu bende pon tak boleh handle kalau takde aku. Heh!
"Sara!"
Sara terus mengalihkan pandangannya dari komputer riba. Apa kau fikir interior designer tak guna komputer riba? Excuse me.
"Tu phone you berbunyi tu. Memang tak nak jawab ke?"
Oh baru dia sedar telefonnya berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan tersebut.
"Aku bagi kau dua pilihan. Kau nak benarkan suami kau kahwin dengan aku atau saham syarikat suami kau jatuh teruk sampai muflis. Tuttt.. Tutt"
Ahh!! Biadap! Call aku semata nak bagi aku pilihan je? Lepas tu matikan panggil macam tu je. Benarkan Razif kahwin dengan dia? Saham syarikat jatuh? Sahh!! Ni Arlisa.
Tak boleh jadi. Kena call Razif.
**
"Assalamualaikum Izz"Arlisa mula menapak masuk ke dalam pejabat Razif.
"Ha makanan apa harini you bawak?"
Arlisa hanya memberi sengihan.
"Izz. I nak tunjuk something. And i think you as husband Sara must know something"
"Ha ape dia? Sara pregnant? Haha"
Arlisa mengabaikan gurauan Razif. Dia memberi telefon pintarnya kepada Razif.
Mata Razif terbeliak habis.
"Hantar gambar tu semua dekat I. "
"Jangan marah Izz. Sara tak salah. Bukan sengaja tu" Arlisa menyembunyikan senyumannya.
Arlisa mula berjalan menuju ke belakang kerusi empuk Razif.
Lima
Empat
Tiga
Dua
SatuDeringan lagu yang di set di telefon Razif berbunyi menandakan ada panggilan untuk dijawab.
Arlisa tahu siapa pemanggilnya. Dia tersenyum jahat.
Tangan Razif segera menjawab panggilan tersebut.
"Ha kau nak---"
Razif tak sempat menghabiskan ayatnya. Tiba tiba Arlisa memeluk Razif dari belakang dan berkata.
"Sayanggggg~ ape you ni main rambut I. Nakal eh you"
Cukup jelas untuk Razif dan Sara mendengar. Razif menolak Arlisa kebelakang. Telefonnya segera dimatikan.
"Stop it Arlisa." Razif masih bersuara lembut dengan Arlisa.
Arlisa tahu bila bila masa sahaja dia boleh ditendang keluar dari pejabat Razif.
"I just nak tolong you. Perempuan tu dah curang dengan you. I pon buat la macam you dah curang dengan dia. Biar dia rasa apa yang you rasa"
Paleotak kau la betina! Astaghfirullah Razif. Sabar Razif. Zikir sekejap.
"Arlisa. I tahu niat you baik. Tapi nak bina rumahtangga yang bahagia memerlukan kepercayaan. Kalau dua dua dah hilang kepercayaan. Runtuh macam tu je masjid yang I bina"
"Then bina la masjid dengan I"
"You fikir senang ke nak bina masjid dengan orang yang I takde hati?" Razif masih mampu mengawal kesabarannya.
"Tapi dulu you ada hati dekat I kan? I, Arlisa Armeda adalah first love you kan? First love ni orang kata susah nak lesapkan perasaan tu"
"Ye you first love I. But Irdina Qaisra is my last love. Orang kata last love adalah forever." Razif tersenyum sedikit.
Arlisa tak mampu bertahan.
"Hm takpelah Izz. Terima kasih atas segalanya. Cuma. I nak advice you. Balik la rumah awal harini. Biar mood you stable balik ;) "
Arlisa mula menjauhkan diri dari tempat Razif. Dia memusingkan badannya dan terus keluar dari pejabat.
Keluar sahaja Arlisa dari pejabat Razif. Arlisa menapak agak jauh dari semua pekerja.
"Kau tak tahu apa yang bakal mendatang dekat rumah kau. Wait and see. Teguh sangat ke masjid yang kau bina tu. Heh!"
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Short StoryPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG