Tetamu tak diundang

179 5 0
                                        

"Ye mummy. Cerewet gile anak sulung mummy ni. Itu taknak ini taknak ape lah "
Sara menyambung tawanya. Galak dia menyakat Razif. Mummy pon ape kurangnya.

"Sara. Jangan. Derhaka. Dekat. Suami" Razif sebel.

Sara langsung dengan tawanya. Mummy dan daddy pon ape kurangnya sekepala dengan Sara.

Pup! Sebiji bantal mendarat di muka Sara.
Sakit jangan cakap lah. Bantal manik manik pergi baling setepek kene muka. Kau rasa?
Merah muka Sara. Menahan sakit. Tapi bila melihat muka Razif. Dia sambung ketawa. Entah apa yang kelakar. Makin merah muka Sara.

Sara bangun dan duduk di sebelah mummy.

"Mummy. Tengok Razif mummy. Dia baling bantal dekat Sara" Sara mengadu

"Ee tu mummy aku la!" Razif menolak Sara ketepi.

"Mummy tengok mummy. Dia tolak Sara. Takpelah Sara pergi dekat daddy lah"

"Ahh tak boleh. Tu daddy aku jugakk"

Seisi keluarga ketawa melihat telatah Razif dan Sara. Kebudak budakan.

Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu berbunyi. Semua diam. Semua tertanya siapa. Bibik dengan langkah laju, dia membuka pintu. Tanpa memberi salam. Tetamu tersebut terus menerpa Datin Afiza

"Auntyy!! Miss you so much!!!" Arlisa terus memeluk Datin Afiza.

Semua terkedu.

Sara jangan cakap lah. Dia dah serupa tugu negara.

Razif terkebil kebil bagai tidak percaya.

Dato Eqram? Lagi lah terkejut.

"Hai Izz Rafiq ! Hai izz Raziq! Rindu tak dengan aunty lisa?" Arlisa kemudiannya menerpa si kembar. Di cium cium pipi kembar tu. Amboi. Kalau cium lemah lembut takpe jugak. Ni ganas gileeee! Merah pipi budak tu macam baru kene tampo.

Nampaknya semua mula beredar dari ruang tamu. Raziq dan Rafiq beredar ke halaman rumah bersama bibik. Dato' Eqram beredar naik ke tingkat atas.

Aku pon nak gerak la kalau macam ni. Awkward seh!

Baru sahaja Sara dan Razif ingin angkat punggung. Mummy memandang dengan renungan 'duduk! Jangan pergi mana mana'

Bagaikan disantau. Razif dan Sara duduk semula. Rapat.

"Wahh cantiknya ruang tamu aunty! Siapa deco? Mesti interior designer terkenal kan?" Arlisa berkata seolah semua mesra dengan kehadiran dirinya.

"Ehh tak la. Ni semua hasil tangan menantu kesayangan aunty. Kan Sara kan?" Datin Afiza memandang Sara

"Haaa.... Haa..ah" Sara tersenyum.

"Ha memang dia yang deco. Dekat rumah tu. Ha lagi la. Macam syurga. Semua dia nak deco. Masuk rumah je sejuk mata memandang" Razif memuji.

"Bukan senang nak dapat isteri yang rajin kemas rumah ni kan mummy kan?" Razif puji lagi. Wah bukan senang nak tengok Razif puji isteri sendiri.

"Oh untung Izz" Arlisa tersenyum kelat.

"Ha kau semak dekat sini nak buat ape?" Eh Razif ni terlebih ramah pulak.

"Saja " Arlisa menghempaskan diri di sofa.

Dasar tak tahu malu.

"Tetamu tak diundang" Razif berkata antara dengar dengan tak dengar tidak lupe senyuman sinisnya.

SARAZIF  ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang