Macam kenal

198 9 1
                                    

Hari yang tidak pernah diimpikan Sara sudah tiba, baru sahaja Sara ingin melabuhkan punggungnya di katil, Puan Habibah terus melulu masuk ke bilik Sara

Hati Sara seolah tidak berhaluan apabila mengetahui yang pihak lelaki sudah tunggu dirinya di bawah. Kalau tadi dia orang yang paling santai, tapi lepas mendapat tahu pihak lelaki dan bakal suaminya sudah di bawah dia orang paling kabut.

Nervous.

Nervous tahap boleh menggigil. Ke hulur ke hilir di dalam biliknya sampai Mak Teh marah sebab membuat tetamu tertunggu. Dengan lafaz bismillah, dia perlahan-lahan keluar dari bilik dan turun.

Kalau tadi hanya sedara mara dan sepupu sepapatnya sahaja yang riuh rendah, kini lagi bertambah riuhnya apabila berjumpa dengan bakal besan.

Semua mula terdiam apabila melihat kehadiran Sara. Sara hanya menundukkan kepala sahaja sambil duduk ditempat yang disediakan. Malu do nak tengok bakal mak mertua dan dan dannnnn bakal suami sendiri (?)

'Eh siapa eh bakal suami aku? eh hati ni boleh tak jangan berdebar aduhh' Sara berkata dalam hati

Sedang dia melilaukan matanya mencari pengantin lelaki,matanya terberhenti di mata seseorang yang baru sahaja melabuhkan punggung dihadapan tok kadi

'boleh tahan hensem gak suami aku dari belakang hikk' Sara mula memuji

tiba-tiba, mata mereka bertentangan.

"Kau?" terbeliak mata Sara sambil menggunakan isyarat mulut.

Lelaki tersebut hanya memberikan senyuman dan mengangkat kening

____

   Razif sudah sampai di rumah pengantin perempuan. 'Agak besar jugak rumah Si Arlisa ni' desis hati Razif. Apabila Razif masuk ke rumah pengantin perempuan, jantung dia berkocak kuat.

Sudah banyak cara dia lakukan untuk menenangkan perasaannya. Dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melihat tanaman hijau di halaman rumah pengantin perempuan untuk menenangkan perasaannya

'Kenapa hati aku berdebar ni? berdebar macam there are something gonna happen. but apa bende eh? haih' keluh Razif

"Hoii kau termenung pe lagi? akad pun belum, kau dah serabut" Sergah Firash

"Mana ada aku termenung, ni ha rumput dia, cantik pulak dia jaga" logik tak rasanya kelentong Firash macam tu? Ah lantak sana

"Secantik bakal makmum awakk"

Naik bulu roma Razif apabila Firash berkata sebegitu tambah pulak dengan nada miang plus guna perkataan 'AWAK' . Pehhh! rasa macam nak muntah hijauu wehh!

"Zif masuk cepat, semua dah ada" tegur Dato' Eqram

"Baik daddy" menghembuskan nafas berat sebelum memulakan langkah masuk ke dalam rumah

Sebaik sahaja Razif masuk, dia terlihat seorang perempuan berhijab duduk tetapi tidak dapat melihat sepenuhnya muka perempuan tersebut kerana dia tidak menghadap Razif. Sedap mata memandang. Tiba-tiba Firash menepuk bahu Razif

"pandai kau pilih bakal makmum kau. cenggini" bisik Firash sambil menaikkan ibu jarinya

Razif seolah tidak percaya, dia fikir dia akan kahwin dengan Arlisa, rupanya dia akan berkahwin dengan perempuan berhijab itu.

Razif hanya tersenyum untuk cover muka terperanjat dia.

Duduk sahaja dia di hadapan tok kadi, hati dia seperti ingin melihat lagi sekali perempuan berhijab tersebut.

Baru sahaja toleh kebelakang, mata mereka bertembung. Terbeliak mata perempuan tersebut

"Kau??" dia membuat isyarat mulut

Razif hanya mampu tersenyum. Kalau boleh dekat situ juga dia ingin sujud syukur sebab tidak dijodohkan dengan Arlisa

***

"okey razif dah sedia?"

"Insha Allah "

"Bismillahirrahmanirrahim. Izz Razif Bin Dato' Eqram"

"Ye saya"

"Aku nikahkan engkau dengan Irdina Qaisara Binti Husni dengan mas kahwinnya senaskhah alquran"

"Aku terima nikahnya Irdina Qaisara Binti Husni dengan mas kahwinnya senaskhah alquran"

'Irdina Qaisara? macam pernah dengar nama ni tapi dekat mana eh?' hati Razif berkata

"Sah??"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulilah"

Seusai sahaja meng-aminkan doa, Razif membuat solat sunat dua rakaat.

Razif memakaikan cincin di jari manis Sara, dan begitu juga Sara.

Dengan tidak langsung Sara di suruh mencium tangan Razif. Tergelak kecil Razif apabila melihat gelagat Sara yang teragak-agak.

Selepas Sara menyalami tangan Razif, Razif melihat Sara dengan senyuman 'SekarangDahJadiMuhrim'

Sara membalas senyuman itu dengan jelingan 'Whatever'

_____

Sara seolah tidak percaya suaminya adalah orang yang sengaja langgar bagasinya, menyakatnya di atas flight, mendengar masalahnya, dann orang yang Sara selalu terpaut tangan dengan dia.

'Izz Razif? Siapa dia eh? Nama dia macam aku pernah dengar, em biar la. Sekarang ni , masalahnya macam mana aku nak hadap dia hari-hari dengan perangai dia yang suka menyakat ni ergh. Nasib engkau la Saraa' desis hati Sara

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now