Gila

137 6 0
                                    

Dah dekat sebulan, Arlisa memegang jawatan pemegang saham. Dan semuanya berjalan lancar. Keakraban Razif dan Arlisa mula rapat.

"Bos. Saya nak tanya something ni. Urgent la bos"

"Arlisa, awak tahu kan sekarang dah malam? Awak fikir saya dekat office lagi ke?"

"But please urgent"

"Okey saya send location dekat What's Up"

"Thanks boss"

Tidak sampai berapa minit. Arlisa sudah tercegat di depan rumah Razif.

"Ha Arlisa masuk lah. Apa yang urgent sangat ni?"

"Saya nak tanya tentang...." Belom sempat dia melanjutkan kata-katanya, Sara sudah memintas

"Eh Arlisa. Buat apa malam malam ni?" Sara menguraikan rambutnya. Razif mendekat kepada Sara dan merangkul pinggang Sara. Act like bahagia sangat. Sedangkan baru sahaja keluar dari bilik masing masing dan berasingan.

Arlisa tergamam. Kenapa dia pakai tudung even rambut dia cantik? Kalau dia freehair mesti dia dapat kalahkan aku. Ingatkan rambut botak, tu yang tutup guna tudung. Tapi cantiknya Sara kalau buka tudang.

"Arlisa??"

"Oh ha ye. Aku ada bende nak tanya dekat Izz. "

"Oh okey bincang la. Aku buat air ye?"

"Ha takyah. Sekejap je. "

Selepas sahaja Arlisa bertanya itu ini dan selanjut. Dia melangkah keluar dari rumah Razif. Kalau bukan sebab Razif asyik berkepit dengan Sara , mesti Arlisa akan terus duduk disitu sehingga pagi. Panas punggung melihat mereka berdua. 

Teringat satu aksi yang dilakukan Sara depan Arlisa

**
"Nah Arlisa, aku potong buah oren. Makan lah"  Sara menghulur pinggan yang dipenuhi potongan buah oren kelada Arlisa.

"Eh takpe. I tak terasa nak makan buah sekarang. " Arlisa menolak pelawaan Sara.

"Oh okey tak kesah. Em Sayang nak?" Sara beralih kepada Razif.

Arlisa hanya melihat melalui ekor mata sambil menaip kerja nya di laptop.

"Eh tapi biy tengah tengok tengok kerja Arlisa ni"

"Meh sini sayang suap. Nganga cepat aaaa" Sara menyuap kan oren ke dalam mulut Razif

Razif mengerut kening dia. Masam mungkin oren tu.  Arlisa seolah ingin tergelak. Dia menutup mulutnya.

"Eh biy kenapa?" Aduh mampus aku kalau tiba tiba dia sumbat oren tu dalam mulut aku.

"Sayang tengok sini kejap" Razif arah.

Dengan teragak agak Sara memandang mata Razif.

"Ha baru la manis oren yang sayang suap ni lepas biy tengok mula sayang" Razif memberi killer smile.

Okey Arlisa terkena. Muka dia kelat semula. Eh masam pon boleh jugak. Hahaha

"Biy ngantuk la" Sara memuncungkan bibirnya. Dah boleh jadi pewaris Anjelina Jolie rasanya si Sara ni.

"Ala tunggu la biy."

"But--"

Razif mengusap kepala Sara. Dan tarik Sara dekat dengan dirinya. Razif peluk pinggang Sara.

Sara dengan otak menggilanya pun , dia melentokkan kepala di bahu Razif. Arlisa tidak boleh duduk diam tengok kemesraan mereka berdua.

"Hm bos. Saya balik dulu lah ye. Keje lagi sikit nak siap dah. Nanti saya sambing dekat rumah."

Arlisa minta diri.
**
"Tak pe kau. Kite tengok siapa menang. Heh"

Arlisa menghentak stereng keretanya dan terus memecut laju keluar dari kawasan perumahan itu. Hatinya panas.

**
"Sep!!"

Tapak tangan kanan Sara bertemu dengan tapak tangan kanan Razif.

"Hahaha. Semak je do dia memalam buta" Razif mengutuk Arlisa

"Muka dia macam nak telan hulk do haha" Sara mengekek tertawakan mimik mula Arlisa.

"Muka dia biar lah. Muka aku? Kau tak nak tanya?"

"Muka kau, aku dah dapat detect dah! Confirm macam tercekik tulang ayam HAHAHA"

Dengan tidak semena mena kepala Sara ditunjal dengan Razif.

"Aku suka la kau lentokkan kepala kau dekat aku. "

Okey. Kalini Sara pula tunjal kepala Razif.

"Paleotakko! Aku cepuk kang japgi"

"Nak suruh Arlisa datang lagi lah. Bukan senang nak tengok bini aku lentok kepala dekat aku" Razif menahan tawa.

Sara menggulingkan matanya.

Akhirnya, tawa mereka meletus apabila melihat mimik muka masing masing.

Masuk sahaja kedalam bilik masing masing. Razif menghempaskan badan diatas katil.

"Walaupun kau duduk bilik berasingan, tapi aku tetap tak rasa sunyi dengan perangai gila gila kau" Razif berkata sendiri.

"Tak sia sia aku kawen dengan kau , Sara Irdina. Kau buat aku rasa bahagia bila kau tak kongkong aku" Razif melepaskan semua perasaan dia.

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now