Khusyuk Razif menatap skrin laptopnya untuk menyelesaikan kerjanya. Pelik dia harini Arlisa tidak pula masuk bagi makanan dekat dia. Selalunya main serbu je.
Apa bende la kau Zif. Kau dah ada bini do. Baik kau fikir bini kau. Dah la dia cuti harini. Yang kau sebok dok mengadap kerja. Apalah kau.
Eh untuk cari nafkah kan? Hahaha.
Razif makin semangat memulakan hari nya sejak hadirnya Sara dalam hidup. Kalau orang lain, isteri tu di anggap isteri. Tapi Razif, isteri dia boleh di anggap partner in crime. Musuh. Dan segalanya lah. Lebih dari isteri.
Tersenyum sengsorang lagi si Razif.
Dalam diam, ada seorang gadis sedang memerhatikan Razif.
"Kau takkan senyum macam tu lagi lepas ni Izz"
Senyuman sinis nya di tarik. Makin melebar senyum dia apabila teringat peristiwa semalam.
Semalam
"Cik! Saya dah cuci gambarnya." Bob menghulur sampul surat yang mengandungi gambar yang baru sahaja di cuci itu kepada Arlisa.
Arlisa melepaskan rambut yang diikat dan membuka cemrin mata hitam yang dipakainya.
Dia mencapai sampul yang diberi oleh Bob dan terus membelek setiap gambar yang dicuci oleh Bob.
"Bagus! Sekarang kau amik gambar ni, kau letak depan rumah dia"
Bob menggaru kepalanya. 'Dia' tu siapa? Rumah siapa? Laki yang dalam gambar tu ke ?
"Cik.... Rumah siapa ni?"
"Tu la kau! Lain kali belajar elok elok dalam kelas bukan membuta je keje kau. Nanti aku what's up alamat rumah. Kau hanta dekat situ"
Hek eleh. Dia ke aku tak belajar elok elok. Alamat rumah pon lembab nak bagi. Hati Bob sedikit panas dengan perlian Arlisa.
"Ha dah bla. Aku taknak kau lambat lambatkan kerja kau" Arlisa menghalau. Tangannya laju menaip alamat rumah Razif.
Malam itu. Arlisa hanya menunggu pesanan ringkas dari Razif. Semenjak dua menjak ni, dia banyak berkomunikasi dengan Razif dekat What's Up. Razif melicinkan lagi 'kerja'nya dalam diam.
**
Ting! Bunyi mesej masuk menyedarkan Arlisa dari lamunannya.Bob : Cik, saya dah settlekan kerja saya. Payment jangan lupa!
Arlisa : ye ye aku tahu la!Makin meleret senyum Arlisa. Kalah senyuman Razif yang sedang bahagia. Tapi malang, bahagia seketika je mampu.
**
Sara POVHari ni Sara ambil cuti. Kejap lagi dia nak jumpa dengan Fina, kawan dari kecil dia.
Fina baru balik dari Sabah. Buat ape tah dia dekat Sabah. Eh Fina sambung belajar la hehe takkan la buat pecah tanah pulak! K tak sampai.
"Wahhh!! Tak sabarrr nak jumpa Finaaaa!!"
Sara terjerit kegembiraan. Fina la yang selalu ada dengan dia bila sedih. Bila gembira. Semua Fina. Time aku lari pergi Rome pon, Fina jagakan mama. Hehe. Anak takguna.
Sara sedang mencari baju yang sesuai untuk dia pakai untuk menjemput Fina di KLIA. Tiba-tiba ada bunyi hon motor di hadapan rumah. Terus Sara mencapai tudung dan menyarung kasut.
"Assalamualaikum Cik... Emm Irdina?"
Seorang lelaki berbadan tegap yang mengenakan singlet di badan memberi salam di hadapan pagar rumah Sara."Ha ye saya Irdina Qaisara. Kenapa ye?"
"Hm. Ni ada bungkusan untuk cik. " Lelaki berbadan tegap itu menghulur sampul surat berwarna coklat.
"Eh barang ape ni? Saya mana ada barang dalam talian?" Dalam talian kauuu. Hahaha berdebar punya pasal sampai tahap tatabahasa pon high.
"Cik tengok la sendiri. Saya tolong pass je. Okey la cik. Saya gerak dulu. Assalamualaikum"
Lelaki tadi terus menaiki motor yang di tunggang dan terus memecut laju keluar dari perumahan Sara.
Di ruang tamu. Sara terfikir.
"Siapa punya? Takkan Razif? Kalau Razif, mesti dia letak atas nama dia. Ni atas nama aku kut. Takkan aku beli barang online. Mana ada aku beli. Ahhh aku bukak la dulu."Dengan bismillah. Sara membuka bungkusan sampul coklat tersebut.
Terkejut Sara melihat suaminya sedang keluar bersama Arlisa.
Melulut depan Arlisa?
Lap mulut Arlisa time makan?
Pegang tangan Arlisa?" eh apa ni semua ni!!" Sara menghempas gambar tersebut di atas sofa.
Sara mula berfikir macam macam.
Dia lamar Arlisa ke?
Dia suka Arlisa ke?
Betul la dia dengan Arlisa boyfriend girlfriend?Sara tak boleh duduk diam. Relax Sara. Relax. Take a deep breath. Ada ornag nak kacau rumah tangga kau ni. Jangan percaya orang luar selain suami kau. Abaikan gambar tu. Abaikan.
Sara menyimpan semula gambar tersebut didalam sampul berwarna coklat. Dan disorokkan di tempat yang Razif tidak ketahui.
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Short StoryPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG