"Weh kau nak makan dekat mana?" Sara memula bicara.
"Aku pon tak tahu. Any suggestion?"
"Entah."
Traffic jammed membuatkan Sara tertidur di dalam kereta. Sedar sedar sahaja mereka berada di perkarangan shopping mall.
"Weh Sara! Ko ni membuta je. Jom dah sampai"
"Oh aku tertidur eh? Hehe sorry! Jom jom wahh laparnyaaa"
Setiba sahaja dishopping mall. Razif memegang tangan Sara. Sengaja.
"Kau apehal do tiba tiba pegang tangan aku?"
"Tak salah kan? Aku suami kau. Halal kay. Kau tengok, semua happy family . Aku pon nak jugak"
"Please la wey. Geli wek wek"
Walaupun mulut mengata geli, hati Sara senang. Dia suka Razif pegang tangan dia erat.
"Elehh kata geli, tapi genggam tangan aku juga"
"Takut hilang" Wahh Sara pandai cover . Hahaha
Razif menyembunyikan senyuman dia. Mereka berjalan bersama.
"Zif. Kita tengok wayang jom!"
"Ada cite best ke? Eh ko tak lapar ke?"
"Ada cite avengers yang baru kuar tuu."
"Ha jom jom. Aku beli tiket. Kau beli popcorn kay?"
"Takdehal"
Masing masing mencari haluan masing masing untuk membeli popcorn dan tiket. Razif terlebih dahulu membeli tiket. Dia menunggu Sara di tempat mereka berpisah.
Tiba tiba seorang perempuan memeluk lengan Razif. Erat. Takkan la Sara peluk lengan aku? Buang tabiat ape dia ni.
Razif toleh.
Rupenya Arlisa."Wah you beli tiket untuk kite berdua ye? How sweet my handsome boy"
"Please Arlisa ...." Belom sempat Razif menghabiskan kata-katanya, Arlisa sudah merampas tiketnya dan menarik Razif ke tempat membeli popcorn.
[Sara POV]
Sara yang baru selesai membuat bayaran untuk popcorn. Dia melihat Razif sedang menunggu dia.Langkah dia terhenti apabila melihat lengan suaminya dipeluk erat oleh seorang perempuan.
Kelihatan seperti mereka menuju ke arah Sara. Sara cuba menegur.
"Zif. Popcorn ?"
Belum sempat Razif membalas. Arlisa memintas.
"Excuse me. How dare you bagi popcorn dekat husband i? You tak tahu halal haram ke?"
Makin dibiarkan makin melampau minah ni. Dia ke aku yang tak tahu halal haram ni?
"See, tiket ni pun untuk dua orang. Razif dan saya. But thnks alot sebab belikan popcorn untuk kami berdua" Arlisa masih riak.
Sara melihat Razif untuk mendapat penjelasan. Ternyata muka Razif juga merah menahan marah. Tangan sebelah Razif sudah menggenggan erat tangan Arlisa yang sedang memeluk erat lengan Razif.
Arlisa dengan berlagak berkata "see, kiteorg sweet macam ni pon you nak jealous? Hahaha" arlisa gelak manja.
Razif terus merentap tangan Arlisa. Dan dia kembali senyum kepada Arlisa.
Razif menjarakkan sedikit dirinya dari Arlisa dan terus menarik pinggang Sara dan memegang erat.
"Maaf cik. Cik salah suami ni. Saya Izz Razif suami kepada Sara. Hm rasanya cik kene check mata cik ni. Suami orang pon pergi kata suami sendiri. Kesian dia, kan sayang?" Razif memerli
"Dah sayang. Movie dah nak start. Abaikan pompuan gila ni" Razif menarik lengan Sara.
Arlisa seperti tidak percaya. Betul ke Izz dah kahwin? Kenapa Izz tak inform? Kenapa dia pilih perempuan tu? Cilaka kau Sara! Kau amik Izz dari aku. Siap kau.

YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Cerita PendekPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG