Agak janggal sebenarnya bila jadi isteri orang. Lagi-lagi unexpected husband. Sara serious 100% penat layan tetamu hari ni, tapi sebenarnya lebih kepada lari daripada Razif. Malu katanya.
Seusai sahaja tetamu berunsur pulang, Sara mengambil keputusan untuk menukar pakaian. Dan nak terus baring atas katil. Oh lupa nak bagitahu, kenduri dorang buat pada waktu malam, and semua catering yang tanggung. So, pengantin dan yang lain-lain just goyang kaki sambut tetamu.
Okey back to the story, Disebabkan Sara langsung tidak dapat detect dekat mana hilangnya Razif, dia menambil kesempatan untuk masuk ke dalam bilik. Sara mandi untuk membersihkan badan. Dia mula menyarung pakaian nya sambil menyanyi kesegaran.
Dia mengambil bantal Iron-Man kesayangannya di atas katil untuk di peluk, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu biliknya.
"Kacau line ahh orang nak tido" Sara membuka pintu dengan hati yang sebel "Kau nak ape?!"
***
Terkejut Razif dibuatnya bila Sara sudah bertukar pakaian. Yang membuatkan matanya terbeliak ialah, Sara mengenakan pakaian yang WOW!
"Apa kau tengok tengok" Eh Sara ni memang tak perasan ke saja nak goda aku?
"Sss...weh! Asal kau pakai macam ni?"
"Apanya??! " Sara mula melihat dirinya. Sara turut terkejut tapi dia sembunyikan terkejutnya. Mana taknya, boleh pula Sara lupa yang malam ni dia sudah mula kene tidur sebilik dengan suami dia. Ada ke patut dia pakai seluar pendek yang menampakkan paha gebu mulusnya, baju t-shirt yang seolah tiada lengan, dan rambut yang dilepaskan. Memang mengundang keghairahan do dia ni
Razif sudah mula tidak tentu arah.
"Aaa..aku memang selalu pakai macam nilah time malam. Kau apa tahu" ye Sara memang selalu memakai seluar pendek ketika tidur, tidak mengundang rimas katanya.
'Kau tabahkanlah hati aku yang memang sudah nipis ini ya Allah' Razif menghembuskan nafas
"Dah sana sikit aku nak mandi, nak beradu" ecewah guna ayat istana nampakkk
"beradu ke berudu? HAHAHAHA" okey sebenarnya tak lawak tapi nak menghilangkan rasa berdebar punya pasal kesah apa Sara
"Ham.bar" Razif terus masuk ke dalam bilik mandi sambil menyorokkan senyum dia.
Okeyy malam pertama dengan peneman memang tak lena tidur
antara sebab-sebabnya
1) Berebut bantal
2) Iron-Man aku dia main campak-campak
3) Gaduh pasal lampu. Sorang taknak tutup lampu, sorang nak tutup lampu
4) Masing-masing nak kuasai katil
5) Kalau sorang dah ambil semua bantal, sorang lagi akan rampas selimut
Lastly hamik kau, bangun je dari tido , kepala dengan kaki masing-masing bertentangan.
Nampak lah kan ganas nya dorang berdua ni.
" MAROBBUKA!" Razif sengaja menggunakan suara dalamnya sambil berkata di tepi telinga Sara
DUSHH!
"Aduh sakit lawoii!!! Kau suka kacau waktu aku tido" dahi Sara bertembung dengan Razif dek terkejut dengan soalan MAROBBUKA
"Kepala kau memang spesis konkrit eh weh? Nak pecah do dahi aku" giliran Razif pula merungut
"Kau dah kenapa marobbuka dekat aku. Mati-mati aku ingat aku dah dalam kubur"
"Kau ahh aku kejut, langsung tak sedo. Lena sangat dengan Iron-Man dia"
Sepanjang malam mereka bergado, Iron-Man sahaja Sara peluk. Nak jeles pun boleh jugak la kut
"Ha aku dah bangun, kau nak ape"
"Kau murtad ke apa? jom la solat subuh"
"Jap 5 minit lagi la ehh?" sambil membuat muka comelnya
"Ha 5 minit tu pun dah cukup untuk malaikat maut tarik nyawa kau" haa! kan dah kene tarbiyah
"Baik setad"
"Pe dia?! Setan?"
"Ustad la bengong" terus melulu masuk bilik air untuk ambil air wudhuk
Seusai sahaja solat, Sara ingin menyambung tidurnya namun di halang oleh Razif. Razif ni memang sajaa nak dera aku ke acane bukan senang dapat cuti ni
"Jom teman aku jogging?" Razif sedang meletak gel rambut. wahh terpaku kejap wehh
"Jogging? bape jauh?"
"Tengok lah jauh mana, dekat je kut"
"Okey jap aku siap." malas dia nak panjangkan perbicaraan sebabnya nanti dia mula dengan nyakat dia
***
"Wehhh tunggu la akuuu!!! Jangan la laju sangatt" panggil Sara termengah-mengah
"Kau yang macam siput hek elehh"
"Semalam dah la kau tak bagi tido dengan aman, lepas tu pagi-pagi tercedut dahi dengan kau. lepastu bila aku nak sambung tidur, kau ajak aku pergi jogging, bila aku ikut kau, kau buat aku macam ni kan? dah la panggil aku siput. Aku dah lari dah weh. Dahlah aku nak balik la kalau macam ni" Sara sudah mula ingin melangkah pergi
"Alaah Saraa apa ni? Jangan la macam ni, okey kalau kau teman aku sampai habis jogging aku lanje kau coklat nak? "
Sara malas nak layan nanti harapan palsu
"Jom kita jalan eh" Razif menghulur lengan dia. Sara disuruh berpaut di lengan Razif yang agak tegap
"Kau memang suka ehh paut tangan macam ni?" merah muka Sara. Baru je hati dia nak berbunga
"Nasib baik aku sekarang dah jadi suami kau, so, kau just boleh pegang aku je, orang lain jangan ehh"
"Macam aku kesah"
"Tak baik bila isteri tak taat suaminya" Razif memberi killer smile.
"Kfine"
Bencinya aku dengan mamat ni grr

YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Historia CortaPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG