SpecialChapter; Anak

321 6 7
                                    

"Uwekk uwekk"

Suara bayi menangis

"Ya allah Sara! Busuk giler doo" Razif merengek sambil menutup hidung.

"Dah nama pum dia berak. Memang la busuk taiknya!!" Sara membalas dari dapur. Tangannya ligat menyiapkan nestum untuk anaknya.

"Weh nak buat apa niii dengan tenggiling nii" Razif menarik kaki Erfan; anak mereka.

"Tenggiling otakko! Tu anak ko la sakai" Sara masih di dapur.

"Erfan dengan tenggiling kan dah nak dekat" Razif sempat menggulingkan mata nya.

Pup! Ha kan dah kene tunjal dengan Sara.

"Ha macam mana ni? Busuk sangat ni! Dia makan petai ke? Kau kecik kecik dah ajar dia makan petai" Razif membebel

Pup! Sebiji bantal mendarat di sisi kepala Razif.

"Nahh!! Cebokkan dia" Sara menghulurkan wetpaper, pampers dan seluar baru kepada Razif.

"Eh tu anak kau. Kau la cebok" Razif mula mengundur kebelakang.

"Okey fine! Nanti aku report mummy" Sara mengangkat kening.

Sehari sebelum dia di labor room, Datin Afiza awal awal lagi sudah warning Razif. Kalau malas tolong Sara, siap la dia.

Nak taknak , Razif tetap perlu mencuci taik anaknya. Fikir senang? Dah la lembut kaki dia. Takleh keras keras. Aduh!

"Kau ni kan! Haih! lain kali pergi berak time papa kerja" Razif membebel dekat anak baru lahir yang baru mencecah 6bulan; Erfan.

Selesai sahaja dia mencuci berak Erfan, Sara memberi Erfan makan nestum.

"Chiuuu..chiuu.. Erfan cepat kapal terbang lalu" Razif membuat suara latar sambil memegang Erfan. Mungkin untuk menarik minat budak kecil itu.

Blurp! Kelihatan halkum Razif naik ke atas dan turun semula menandakan dia terpaksa menelan apa yang telah dimasukkan ke dalam anak tekak nya.

"Sedap? Ha tu la! Bisingg je mulutnya. Kan dah diam sikit" Sara tersenyum kemenangan.

"Kau. Serious. Bini takguna!! Weh tak sedap do!! Kau sumbat makanan baby tu dalam mulut aku kenapa!! Eyy dah la takde rasaaa!!! Welkk! " Razif meluahkan perasaan geram dia.

Mata Razif kini beralih kepada Erfan.
"Em patut la Erfan taknak makan ye? Hm sekarang papa tahu apa perasaan Erfan. Takpe Fan, kita makan maggie nanti. Sedap sikit"

Razif mengangkat Erfan dan duduk membelakangi Sara

"Bagi la anak tu makan. Dia belom kenyang tu"

"Erfan.. Erfan.. Erfan dah kenyang kan? Jangan kawan mama" Razik rajuk.

Sara naik pening dengan perangai Razif.
Tiba tiba Sara dapat idea.

"Ziff"

Sepi.

"Razif"

Diam

"Izz razifff!!!"

Akhirnya Razif menoleh.
"Kau nak apa? Aku tengah tengok didi ni! Kau pergi suap bingo sana"

"Kau nak tak anak tu tidur? Bila dia tidur, kita takde lah rushing sangat nanti" Sara mengangkat kening.

"Ha acane? "

"Kene bagi dia makan dulu. Sampai kenyang. Lepas tu sumbat susu. Lepastu nanti dia tidur"

"Acah la kau"

"Yakin la dengan bini kau nii!!"

Razif mengikut plan Sara. Dan akhirnya Erfan tidur. Ahh!! Hidupku bebassss!!! Hahahaha baru sorang anak Razif oitt!

"Weh. Harini kene pergi rumah Fad. Ada kenduri kesyukuran"

"Eh haah la aku lupa! Ha pergi siap. Aku siapkan Erfan ni kejap sementara dia tengah tidur"

**
Lokasi : Rumah Banglo Fadhly
Masa : 12:05pm

"Nak keluarkan trolley ke?" Razif bertanya.

"Ni bukan shopping mall, biy" Sara tersenyum.

Eh biy? Ehehe tersenyum lebar Razif. Terus dia menutup bonet keretanya dan merangkul pinggang Sara yang sedang mendukung Erfan yang sedang tidur.

"Assalamaualaikum" Sara dan Razif memberi salam dari luar.

Dari luar lagi sudah dengar kemeriahan kenduri kesyukuran Fad dan Fina.

"Wahh!! Cucu kita ni bang dah sampaii!" Datin Afiza menerpa mereka berdua.

Eh? Ada mummy dengan daddy? Oh lupa! Tuan Ghani dengan daddy sharepartner dalam syarikat mereka.

"Alololo! Comelnyaa diaa" Datin Afiza mencuit cuit Erfan. Dato' Eqram pula mencubit pipi Erfan.

Sara memandang Razif
Razif memandang Sara

Suka betul orang tua ni dengan anak aku.

Sara memberikan Erfan kepada Datin Afiza. Seronok betul mereka. Kebetulan pula Erfan baru bangun dari tidurnya. Haih!

"Sara pergi tengok tengok Fina kejap je mummy, daddy"

Razif? Hilang berdesup. Elehh! Dulu punya la kata Fad tu scandal aku la bagai. Last last jadi geng sekepala sekamcing. Heh!

"Finaaa!! Wahh bahagia ye kau sekarang"

"Kau tu yang bahagia terlebih. Anak kau mana?"

"Dekat mummy."

Rancak perbualan mereka berdua. Tiba tiba Sara dipanggil untuk ke ruang tamu.

"Aku gerak dulu ah Fina. Kau settlekan kerja kau ni"

Sesampai sahaja di ruang tamu. Ya allah Erfan! Kau main majalah siapa tuu!!!

Kabut Sara dibuatnya melihat Erfan 'mengemas' majalah yang dulunya tersusun rapi.

Kebetulan dia nampak Razif lalu.

"Razif!"

"Ha pe dia?"

"Weh kau jaga anak kau ni!" Sara menghulur Erfan ke Razif

Razif mencapai Erfan dari Sara.

"Eh apehal aku? Ni anak kau lah!" Razif bagi semula Erfan kepada Sara.

"Aku penat la jaga dia" Sara memumcungkan bibir. Tangannya masih bermain tolak tolak Erfan ke dakapan Razif

"Aku pon penat la. Ala. ni kan anak kau"

"Eh anak kau la."

Sedang dia main tarik tali dengan Razif. Tiba tiba terdengar orang berdehem.

"Ehem! Ni anak kamu berdua!"

O'o . Daddy bersuara.

"Ha ye ye anak kiterg berdua"
Sara terus merapatkan diri di sebelah Razif dan terus mengusap kepala anaknya. Razif hanya mampu tersengih.

Disebabkan penangan ayat daddynya tadi, Sara dan Razif duduk di ruang tamu rumah Fad. Dan hanya mampu memerhati gelagat Erfan yang sedang bermain.

"Haiii.. Tengok anak main je ke? Bakal ada satu lagi tu dalam perut tuu" Fad dan Fina mengekek mentertawakan Sara dan Razif.

"Diam!" Serentak Sara dan Razif berkata.

Sara memandang Razif dan begitu juga Razif. Senyuman Razif ditarik. Begitu juga Sara. Senyuman penuh makna yang hanya mereka berdua sahaja tahu. Malam ni? Malam jumaat eh?

Mereka memandang Erfan. Senyuman masih tidak lekang.

SARAZIF  ✔️Where stories live. Discover now