"Pastikan kau ikut kemana saje isteri dia pergi. Jangan sampai hilang jejak"
"Baik cik Arlisa" Bob, lelaki upahan Arlisa menganggukkan kepalanya tanda dia faham.
"Kalau takk--"
"Duit hilang" Bob memintas. Kacang tumis je bagi dia untuk mengintip pergerakan Sara dan mengambil gambar dia dalam diam.
"Bagus. So sekarang kau boleh gerak" Arlisa menyedut air yang dipesan.
**
Sara duduk di ruang tamu Tuan Ghani setelah kerja mengubah suai perabot sudah diselesaikan."Penat eh Sara?" Fad mula menegur Sara
"Takdelah sangat. Cuma nak amik break kejap" Sara membalas dengan senyuman
"Em sorry la aku tak sediakan air. Bibik aku hilang berdesup ke mana tah. Em kalau tak keberatan, jom la makan dekat luar. "
"Hmm"
"Kau belom makan kan? Nanti kang pengsan, payah la aku nak bersoal jawab dengan papa aku. "
"Hahaha okeyy jom. Kejap eh aku kemas barang barang aku. Rasanya aku stop sampai sini je lah. Esok aku sambung " tangan Sara ralit mengemas barang barang yang bersepah.
"Takdehal" Fad mencapai kunci kereta.
"Tumpang aku je la wey. Nanti aku hantar kau dekat sini balik, kau letak barang kau kat kereta nanti""Ha okey jugak. Okey jom"
"Kebulur sangat ni"
"Diam ah kau" Sara terus menolak lengan Fad.
Ingatkan jauh sangat la restorannya sampai Fad pandu kereta macam nak terkencing. Rupenya seberang taman je. Eh dia ni.
"Kau nak order apa?" Fad tanya Sara
"Meehun tomyam and ice lemon tea"
"Make it two. " Fad berkata kepada pelayan restoran tersebut.
Sepanjang berada di restoran. Sara dan Fad berbual apa yang berlaku sepanjang kehidupan mereka.
"Rumah kau mesti cantik kan? Interior designer kan elehh"
"Full dengan iron man weh. Tu pon laki aku marah"
"Mana tak marah. Orang lain gantung gambar kawen or something else , kau? Iron-Man tak habis habis."
"Dia marah bukan sebab gambar kawen lah! Dia marah sebab dia tak de tempat nak letak Captain America dia hahahahaha"
"Ha 2x5 je la korang berdua ni"
Satu persatu perkara mereka bualkan. Diselangi dengan gelak tawa. Mesra sangat.
**
"Eh dia kan yang cik Arlisa suruh intip? Hahaha senang buat duit macam ni"Bob mengeluarkan telefon bimbitnya.
Click click click click
"Settle!"
Jari jemari dia mendail nombor telefon seseorang.
Kedengaran dari hujung talian "hello. Ko nak ape"
"Tak payah garang sangat boleh? Ni aku dah settlekan dah kerja yang kau suruh"
"Bagus. Baru terima arahan, kau dah settle awal. Okey next projek kau--"
"Payment mana payment? " Bob memintas
"Lepas kau buat projek yang aku suruh ni lah then kau dapat full payment "
Arlisa terus menerangkan projek yang seterusnya. Bob hanya mengangguk faham sambil tersenyum senget. Selesai sahaja Arlisa menerangkan projek yang kedua. Terus dia mematikan talian.
"Petik jari je la semua nih."
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Short StoryPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG