Hari ini Sara rasa moodnya untuk sambung meronda negara Rome terasa hilang apabila Syarafina menghantar mesej padanya pagi tadiFLASHBACK
FinaSakai : Kau busy sangat ke beb? Kalau iye pun busy, call lah mama kau sekejap pun jadilah .
IrdinaQaisara : Kenapa dengan mama?
FinaSakai : Mama kau dah banyak kali call kau. kenapa kau tak angkat? Kalau iye pun merajuk agak lah weyy dia dah tua
IrdinaQaisara : Iye lah nanti aku call mama aku
***
Terasa diri Sara tidak bermaya hari ini bila memikirkan tentang mamanya di Malaysia, tapi kalau balik Malaysia kene hadap tunang pulak! ahhh!! tu lagi la aku taknak!
Serabut dia memikirkan hal itu, dia jalan sambil menundukkan kepala, bangunan-bangunan di sekelilingnya langsung tak dapat meraih perhatian Sara
Tiba-tiba seseorang telah menahan dirinya dari sebalik pokok.
" Haih muka kau lagi. Aku rasa Italian dekat sini belambak kut tapi asal balik-balik muka kau jugak aku kene hadap" kata Sara secara mendatar. Malas nak gadh, malas nak layan
" Kau fikir aku tak rasa bende sama ke ha?"
Sara memang 100% tak de mood nak layan keadaan sekeilingnya apatah lagi nak balas teka-teki lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu
"Kau pahal ikut aku?" dua-dua tanya serentak. Sara memerhati lelaki tersebut dari ekor mata dan membuang pandangan ke arah lain
Tiba-tiba jari telunjuk tangan kanan Sara dan lelaki itu menunjukkan tempat yang sama. iaitu hotel mereka
"WHAT THE?!!!!"
"Ehh jangan salahh anggap. Hotel aku sebelahh kiri. Hotel kau sebelah kanan kan?"
Sara hanya mampu menganggukkan kepala
Disebabkan hotel mereka bersebelahan, jadi mereka beriringan menuju ke hotel. Sepanjang perjalanan Sara hanya mampu diam dan malas nak gaduh dengan lelaki yang tidak dikenalinya
***
12.30 malam waktu di Rome
Sara langsung tidak dapat mententeramkan dirinya setelah mendapat panggilan dari ibunya
"Sara.. Sara balik lah sini cepat, mama tahu Sara terkejut, tapi kenapa Sara tinggalkan mama sorang-sorang lepastu duduk jauh dari perantauan pulak tu. Sara pasal tunang tu mama serius, Sara. Dulu arwah ayah Sara pun nak Sara kahwin dengan anak kawan mama ini tau. Sekarang Sara dan jadi tunang dia, kalau arwah ayah ada sekarang mesti arwah ayah sedih tengok Sara macam ni. Sara tak nak ke tengok arwah ayah senyum dekat sana? senyum sebab anak dia kahwin dengan menantu pilihan ayah sendiri? Sara tolong la pertimbangkan. Jangan jatuhkan maruah keluarga kita ye Sara. Take care Sara. Bila dah sedia, Sara balik ye nak. Assalamualaikum"
Sayu sahaja Sara apabila mengingat semula ayat mamanya. Tambah pula, mama guna senjata halus dia.
Mama bukan tak tahu, kalau sebut je tentang arwah ayah, hati Sara akan terus lembut.
Mana tak nya, dulu Sara paling rapat dekat arwah ayahnya, apa-apa kejadian semua diceritakan dekat ayah nya.
Sara mengambil keputusan untuk menghirup udara di taman seberang hotelnya. Dia duduk sambil mendongak ke langit bagi fikirannya tidak kusut
****
"Eh apa pompuan tu duduk sorang-sorang dekat luar sana? Dah pukul 12.30 malam kut. Haa! nak pergi kacau dia la hihi"
Dia terus melulu keluar dari hotel dan menuju ke bangku tempat Sara duduk. Dengan selamba dia duduk di sebelah Sara sambil mengganggu ketenteraman Sara.
Dia fikirkan Sara akan marah dia, tapi fikiran dia meleset. Kehadiran dia langsung tidak dihiraukan. Dia menoleh melihat perempuan itu,
'Eh ada air mata. Pompuan ni nanges ke? Takkan dah tua bangka pon rindu mak ayah? Kalau tak boleh duduk negara orang sorang-sorang bawak la mak ayah join sekali' desis hati nya
Perlahan-lahan dia mengeluarkan tisu dari poketnya lalu dia beri kepada Sara. okeyy! Sara tak bagi respon! Tak de alternatif lain, dia lapkan air mata di pipi Sara, nasib baik berlapikkan dengan tisu.
**
Terkejut Sara apabila ada orang mengelap sesuatu di pipinya. Terus dia duduk tegak dan mengelap bahagian pipinya dengan belakang tapak tangannya
'Macam mana aku boleh nangis ni aduhh Sara' Sara berkata dalam hati
Sara sedaya upaya memberikan senyuman manis pada lelaki itu. tapi langsung tidak berhasil
"Kau kenapa sampai nangis ni?"
"Tak ada apa-apa"
"Setahu aku, kau datang sini sorang je. Kau ada prob ke?"
"Hm"
"Cerita la dengan aku, mana tahu boleh release sikit beban kau" prihatin pulak tiba-tiba lelaki ni selalunya suka menyakat.
"Aku rindu ayah"
"La kalau rindu pergi la balik Malaysia"
"Kalau aku balik pun aku tak jumpa ayah aku la"
"Ayah kau pergi mana ni? jauh sangat ke? dah berapa hari tak balik?"
"Ayah akuu.. ayah aku dah meninggal"
"I'm sorry"
"Sokey"
"Mummy dengan daddy aku cakap, kalau kita rindu dekat orang yang dah meninggal, kita kene sedekahkan Al-fatihah. Jom kita sedekahkan ye?"
Sekejap saja, daripada asyik berbalah, terus jadi kawan. Sara seakan rasa selesa bila berkongsi cerita dengan lelaki tersebut. Lelaki tersebut bukan sahaja dapat metenteramkan hatinya tapi juga boleh membuat Sara ketawa.
Nak dekat 2 jam mereka bertukar cerita, dan akhirnya masing-masing balik ke hotel masing-masing.
Tiba sahaja di hotel, senyuman Sara seakan tidak dapat disembunyikan lagi. Dia tersenyum apabila teringat saat lelaki itu ingin mengetahui namanya. Sara seakan tidak percaya, duduk sama negara, tapi di luar negara jugak mereka baru dapat kenal sesama sendiri
"Weh! tunggu kejap! aku nak tanya"
"Ha apa dia?"
"Nama kau apa?"
"None of your business"
"Panggil aku Izz"
"Aku, Sara"
'Izz? Macam pernah dengar la nama tu, tapi dekat mana eh? Astaghfirullah Sara, ingat kau tu dah jadi tunang orang. Mana elok ingat laki lain. Tapi macam aku kenal laki tu. Siapa nama dia tadi? Izz? Ahh lantak la. aku tido lagi bagus'
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
Historia CortaPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG