Menghitung hari dan akhirnyaa! Masa yang di tunggu sudah tibaa!
"Balik rumah mamaa yeahh!!" Sara menjerit seronok.
"Kene sawan ape ko ni?"
"Aku rindu mama. Cepat la Razif. Cepat la" Sara menarik lengan sasa Razif yang sedang baring di atas sofa.
"Kau. Semua orang rindu. Amende la dia ni"
"Eyy biar laahh! Jom la Razif jom laa"
"Malas"
"Alaa jom laa"
"Penat la"
"Aku sanggup drive. Jom la jom la jom laa"
"Hmm" Razif saja melelapkan matanya
"Razif sayanggg. Jom kite pergi rumah mama jom?" Sara terus dan terus tarik lengan Razif agar Razif bangun
"Razif ape tadiiii?" Terbuka mata Razif bila Sara panggil dia 'sayang'.
Opss. Ni kes terlepas cakap la ni. Ala Sara spoil!!
"Razif....Razif... Sa...sa..."
"Sa ape " Razif menarik senyuman dia. Aduh aku tak boleh tengok Razif senyum macam tu.
"Razif Sasau!! Wekkk hahahaha" Sara terus berlari dari kene perang bantal dengan Razif.
**
"Mamaaaa!! Sara homeee!!!" Sara menjeritPup! Kepala Sara di ketuk oleh Razif.
"Bagi salam lah. Islam kan?""Okey fine! Assalamualaikumm!! Mamaaa!!"
"Haih bini siapa la ni" Razif berkata dalam nada dengar tak dengar.
Sara toleh dan berdiri berdepan dengan Razif.
"Bini awakk laaa hehe"
Sara terus masuk ke dalam rumah. Kelihatan ibunya baru ingin menyarung tudung.
"Mama!!" Sara memeluk Puan Habibah
"O mak kau! Terkejut mama heish budak ni" Puan Habibah membalas pelukan Sara.
"Ha laki ko mana ni Sara?"
"Saya dekat sini mama." Razif membalas.
"Ha jom kita makan. Mama ada buat kuih sikit ni" Puan Habibah mempelawa.
"Wah! Kuih apa mama?" Sara cukup teruja bila ibunya membuat kuih.
"Kuih seri muka. Razif! Ha sini la"
"Ha baik ma"
Razif agak tidak gemar dengan kuih seri muka. Sebab kebanyakan kuih jenis itu yang dia beli, langsung tidak menambat selera nya. Dengan teragak agak dia memasukkan kuih itu ke dalam mulutnya.
"Emmm~ mama sedapnyaaa" Razif memuji. Ini kali pertama dia merasa kuih seri muka yang dapat menambat seleranya.
"Mama aku. Of course laa" Sara memintas.
Mereka makan diiringi dengan gelak tawa.
Seusai sahaja solat Asar berimamkan Razif. Mereka berkumpul di ruang tamu sambil melayan Puan Habibah menonton cerita Razia Sultan tv3.
"Tiba tiba mama macam teringin nak air kelapa lah hm" Puan Habibah mengemukakan hasratnya.
"Air kelapa ye? Ha Zif pergi beli la eh?" Razif dengan sukarela ingin membeli air kelapa. Ala bukan jauh mana pon. Dekat kedai Pak Mail tu je.
"Mama. Sara macam teringin pisang goreng la" Sara seakan merengek.
"Ha suruh suami kamu beli sekali" Puan Habibah melihat Razif dengan ekor mata.
Sara membuat muka comel.
Tangan kanan Razif dibukan seperti Along meminta hutang"Bak duit"
"Alaa jangan la berkira" Sara memuncungkan bibirnya.
"Takpela. Kita beli air kelapa mama je la kan mama? Orang tu reti mintak je bukan nak teman. Kan mama kan?" Razif mengesot ke tepi Puan Habibah.
Puan Habibah yang sedang khusyuk melihat Razia Sultan hanya mengangguk sahaja.
Razif mengangkat kening tanda dia menang.Sara merenung dengan renungan 'okey fine! Kau menang'
Razif duduk melayan Puan Habibah menonton Razia Sultan.
Sara sudah mula menjauh dari mereka berdua.
"Mama, orang tu merajuk sebab tak dapat makan goreng pisang" Razif menahan gelak.
"Ha bio dia. Nanti dia yang kelaparan. Asalkan air kelapa mama , mama dapat" Puan Habibah mula setongkol demgan Razif untuk menyakat Sara.
"Kan kan kann. Nanti Razif beli untuk kite berdua je kan mama. Biar dia sana. Siapa suruh merajuk. Hahaha"
"Ha Razia dah start. Jom kite tengok sesama." Puan Habibah ingin memulakan fokusnya terhadap cerita kesultanan Delhi tersebut.
Tiba tiba Sara duduk sebelah Puan Habibah.
"Kau bila nak berambus, Razif?"Puan Habibah terkejut. Tangannya segera mencubit peha anaknya.
"Apa cakap macam tu dekat suami?"Sara menggulingkan mata ke atas.
"Wahai suami tercinta, bila sayang nak beli air kelapa ni? Dah nak kering macam padang pasir dah tekak ni" Sara berkata sambil memaniskan senyumannya.
"Ha pergi la minum air 'Coway' kat dapo tu. Letak perisa kelapa. Jadilah air kelapa."
Pup! Bantal mendarat di muka Razif.
Razif ingin memulakan serangan tetapii"Dah dah.. Perang bantal je la kamu berdua ni. Aish"
Okeyy sebelom Puan Habibah berceramah, baik aku gerak beli air kelapa biar dia cool down.
Razif sempat toleh kebelakang. Sara menjelir lidah.
"Siap ko Sara! Kalini kau menang. Takpe kau" Razif berkata dalam hati.
Haih ade je nak balas
YOU ARE READING
SARAZIF ✔️
ContoPerasaan benci kalau asyik dilayan akan timbul satu perasaan luar biasa; SAYANG