[01]

743 23 2
                                    


" Aku benci kau! Aku benci semua tentang kau! " tengking Arrisya kepada seorang gadis yang terduduk lemah di hadapannya bersama tangisan.


-Setahun kemudian-

" Akak~ Maafkan Arrisya.. Arrisya tahu Arrisya salah..Arrisya banyak dosa dengan akak..Akak bangun lah! Akak! " jerit Arrisya yang memangku sekujur tubuh yang berlumuran darah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kringgggggggg Kringggggggggggg

Jam locengku berbunyi, bingkas aku bangun dari katil kesayangan yang bersaiz queen itu lalu menuju ke kamar mandi. Sesudah selesai aku menyegarkan tubuh dan otakku,aku terus menyarung pakaian seragam sekolah. Rambut panjangku yang lurus diikat rapi, mukaku yang pucat ditepekkan dengan bedak compact serta bibirku yang kering diseletkan dengan pelembab bibir kemudian aku turun ke bawah untuk bersarapan.

" Assalamualaikum mama,papa and Arrisya " ucapku dengan senyuman manis terukir di wajah kolotku.

" Waalaikumussalam~ Ha Am duduk sebelah Arrisya tu " pinta mama. Jelas ternyata wajah Arrisya yang pada mulanya ceria bertukar muram.

" Tak apalah umi Am tak sempat, lagipun Am ada study group pagi ni. " jelasku lalu menyalam tangan kedua ibu bapaku.


Aku mula mengatur langkah menuju ke kereta mini cooper berwarna biru milikku yang dihadiahkan oleh papa kerana memperoleh markah yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Setelah enjin keretaku panas, aku terus menuju ke sekolah. Setiba sahaja di perkarangan sekolah aku terus memakir keretaku dan menuju ke perpustakaan sekolah.

" Am! " jerit seseorang.

" Am! Nur Amarra Batrisya Zulhael~ Marah lagi ke? Pandanglah saya,saya cakap dengan awak ni " kata lelaki itu lalu berdiri di hadapan Amarra serta menghalang laluannya.

" Awak nak apa lagi Rayyan? Tak cukup lagi ke awak ganggu saya? Disebabkan awak adik saya benci saya~ Cukup Rayyan cukup! Saya dah penat dengan semua ni.. " jelasku dengan pantas berlari ke perpustakaan.

Ya, nama gadis bertubuh kecil yang comel itu Nur Amarra Batrisya bt Zulhael. Merupakan anak orang berada,bersekolah di private highschool. Seorang yang pemalu,pandai dan aktif sukan. Dianggap queenka kerana wajahnya yang cantik dan manis serta mempunyai susuk tubuh yang diidamkan oleh semua para wanita. Peminat tegar kpop dan mempunyai ramai peminat di sekolah tidak kira lelaki mahupun perempuan. Suka menolong dan baik hati. 

Berbeza pula dengan adik kembarnya, Nur Arrisya Batrisya bt Zulhael. Sikapnya yang sombong,bongkak dan gedik dibenci oleh semua pelajar di sekolah tersebut. Merupakan queenka yang sering memebuli pelajar baharu dan mana-mana pelajar yang lebih cantik darinya kecuali kakaknya. Seorang yang panas baran dan dingin. Meminati  Rayyan Aufa dalam diam. Senang kata, sikapnya 100% berlawanan dengan kakaknya.

[ So~ Back to the story..]

Aku menolak pintu perpustakaan dan melangkah ke arah Farah yang melambaikan tangannya. Aku melabuhkan punggungku di kerusi sebelah kanan Farah. Aku mendengus kasar menyebabkan Syahril merenung anak mataku dengan muka -apa hal?- begitu jugak dengan yang lain. Belum sempat aku membuka mulut,Riana berkata " Tak lain Tak bukan mesti si Rayyan Aufa tu kan? " tanya Riana dan mengangkat-angkat keningnya yang tebal tetapi kelihatan kemas itu. Aku hanya mengangguk dan dengan laju tanganku menyalin nota. Setelah 30 minit berlalu, aku dan rakan-rakanku menuju ke kelas kerana hampir mula.

Miss Az masuk ke dalam kelas dan mula mengajar subjek matematik,iaitu subjek kegemaranku. Sungguh fokus aku melihat Miss Az mengajar dan ligat juga tanganku mencatat segala nota dan tips yang diberikannya. Pada ketika itu, aku dapat merasakan ada seseorang sedang perhatikanku. Aku cuba untuk tidak mengendahkannya tapi mata aku pula degil dan terasa ingin memandang orang tersebut. Dan.........................................



Bersambung...


Tq~ ^^

-Mochi74- 

BenciWhere stories live. Discover now